Tuesday, October 19, 2010

INI BARU BETUL DON'T JUDGE BOOK BY IT'S COVER PUNYA CERITA.

Tempoh hari selepas aku mengambil kad pengenalan baru, aku terus melangsaikan aktiviti-aktiviti yang tertunda akibat kerosakkan cip kad pengenalan aku seperti buat passport, print penyata EPF di pejabat EPF dan juga buka akaun baru di Maybank. Oleh kerana sekarang banyak bisnes dilakukan di alam siber, aku merasakan dengan aplikasi Maybank2U dapat memudahkan urusan niaga ini.

Tapi itu bukan topik aku.

Sedang aku tunggu pegawai bank itu settlekan update data aku dalam komputer, aku analisis pegawai bank tu. Senang kata, aku judge dia by it's cover.

Orangnya tak smart mana. Rambut agak panjang tapi tak lebat. Gigi banyak yang dah rosak menunjukkan dia kurang ambil peduli tentang kesihatan mulut. Pakai baju melayu sebab hari itu hari Jumaat. Cermin mata bingkai hitam tebal menunjukkan hati ada ada bahagian "remaja" lagi. Ish, tak mungkin pula dia dah berkahwin. jauh sekali ada anak. Nampak macam pemalas pun ada. Sedap rupanya judge orang by it's cover. He he he.

Then aku terlihat jadual pembayaran untuk pinjaman ASB. Aku ambil dan aku tenung. Cuba buat congakkan dividen tiap-tiap tahun dalam otak.

"Kau minat ke nak buat loan untuk ASB ni?"

"Minat la juga. Tapi dalam planning lagi."

"Kau muda lagi. Elok la buat. Pung pang pung pang...."

Sekali brader tu bersuara, terus susah dia nak berhenti cakap. Cakap pasal produk (loan untuk ASB) la, cakap pasal kehidupan la.

"Kita ni kalau nak tolong orang, jangan fikir banyak sangat. Jangan fikir nak minta balasan. Mungkin kita tak dapat bantuan macam kita bagi pada orang tapi bantuan itu yang kita sangat sangat perlukan masa itu nanti. Contoh macam aku, pernah la 2,3 kali tolong orang naik motor minyak habis. Tapi tuhan balas aku dengan bila tayar motor aku pancit. Ada mamat tu siap call kawan dia pomen bengkel mana ntah tolong tukarkan tiub. Haa... Tuhan bayar macam tu."

Tiba-tiba aku terkesima. Aduyai, mamat yang aku analisis tadi dengan mamat yang cakap depan aku ni orang yang sama tapi jauh menyimpang analisis yang aku buat tadi.

"Lagi satu, kau jangan lupa orang tua kau. Utamakan diorang dulu. Jangan abaikan diorang."

"Ok, bang. Ni akaun saya bila nak siap buat ni?"

"Kejap la. Lagi satu, kalau kau rasa gaji kau kecik dan nak rezeki lebih, jangan lupa call 24434. Call tau, jangan SMS. Lambat!"

"Nombor phone siapa tu bang?"

"Ish kau ni, tu solat 5 waktu. Jangan tinggal. Haa... Bangun pagi-pagi tu terus ketuk pintu rezeki. Buat macam pengemis. Kita buat hari-hari. Minta... Minta.. Minta... Insya-allah dimakbulkan. Macam pengemis juga. Kalau dia minta duit pada kita tiap-tiap hari, pagi-pagi buta lama-lama kita pun bosan. Lalu kita bagi la RM5 tapi dia minta lagi. Kita bagi RM10 pula. Tapi dia minta lagi, last-last kita bagi RM100 sebab tak nak pengemis tu mintak lagi. Betul? Lebih kurang gitu la perumpamaannya."

Aku terkebil-kebil tengok brader tu. Tak sangka dia boleh pula bagi nasihat motivasi ala-ala Dr Fadzillah Kamsah pada aku. Dalam bank pula tu. Masa buka akaun bank aku pula tu. Aku kagum. Aku juga rasa menyesal sebab baru aku tahu kenapa orang cakap don't judge book by it's cover.

Sebelum selesai urusan, sempat juga brader tu pesan, "Ni kalau kau jumpa aku, aku dah jadi pakar motivasi ke penceramah ke, jangan tak tegur aku pulak eh. He he he"

3 comments:

  1. Aku main call 3 saat. Aku harap lepas ni kredit aku cukup.

    Kau pakai line, dah try call belum?

    ReplyDelete
  2. ai mcm zaman baru pakai henset dulu je win, letak bila orang angkat.

    pasal loan asb tu ade pro dgn contra die...negok butul2 sebelum amek. pendek kate dapatkan nasihat ramai2 org dan tak lupe perunding kewangan islam yang beretika...sekian..

    ReplyDelete

Komenlah Aku