Saturday, April 12, 2008

KAMI SEMBANG KOSONG. SEMBANG KOSONG KAMI #4 : GOTCHA!

***Selain menjadi angkasawan dan Brother Lowyatt,
Jimbet juga seorang model iklan ubat gigi.

Ini kisah jantan yang sedang dilamun cinta. Tapi tak mengaku dan asyik kata dia Presiden Kelab Bujang. Sekarang kata ganti nama dia yang baru ialah "Bi" atau "Hubby".

Aku : Ni mesti ada orang nak "sabo" aku nih.

Tutot : Lain macam kau ye. Short-formkan sabotaj jadi sabo.

Hahahahaha....

Aku : Biasa la tu.

Tutot : Kalau macam tu aku nak sebut kerusi, jadi "K" je la.

Aku : Itu betul-betul short.

Zan : Abistu kalau sebut babi, jadi "Bi" je la. Opss... Err...

Hahahahahah....

Tutot : Pandai kau bagi nama sendiri ye.

Aku : Jadinya selama ni kau call awek kau yang ter"Bi - Bi" tu kau mencarut ka?

Tutot : Ke kau memang "Bi" ?

Hahahahaha....

Zan : Sial...

Huh!

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR #16

Sedang aku duduk-duduk, terlentang menghadap silling bilik yang dah bersawang, tiba-tiba fikiran aku melayang back to 1996 dan 1998. Tahun-tahun di mana sekolah diserang dengan pelbagai penyakit berjangkit. It quite a danger but it’s fun.

1996. Form 1. Baru bak belajar hidup sendiri tanpa kongkongan ibu bapa. Pada usia sebegini muda, kami memang selalu dapat sakit. Homesick. You know all that stuff. Kita fly. Cabut balik kampung pada hari Jumaat tanpa dapat kebenaran warden. Kad hijau tak dapat sain warden. Pada pilihan yang kami ada selain melakukan aksi-aksi yang bakal membuatkan kami dibuang sekolah?

Hehe...di sini la bermulanya sejarah. 1996. Pada tahun ini, sekolah kami diserang penyakit demam campak. Tahu kan? Bintik-bintik merah menguasai badan. Kepala pening-pening. Badan gatal-gatal. Kawan-kawan mula nak pinjam baju kita yang selama ini mereka jijikkan. Mereka mula nak baring atas katil kita. Mereka mula nak bergesel-gesel dengan kita macam kucing jantan nak mengawan. What the hack! Hehehe...

Perintis penyakit demam campak itu adalah sebahagian dari kami. Pelajar form 1 1996. Kalau tak silap aku, ada 8 orang semuanya. Aku, Apai Sarman, Nassir, Apis Mahat, Obet, Saif dan ada 2,3 orang yang tak berapa nak ingat sangat. Minggu pertama kami dikuarantinkan dari dorm masing-masing. Bilik baru sementara kami ialah bilik rawatan. Istimewa bagai raja sehari. Makanan disediakan oleh biro dewan makan. Sekolah boleh ponteng secara halalnya. Hahaha... selepas seminggu, kami dinasihatkan pulang ke kampung bagi mengelakkan penyakit berjangkit ini merebak. Kami pun dengan muka pura-pura sedih pulang ke rumah dan kami meninggalkan “buah tangan” kepada rakan sedorm. Hehehe... baju yang belum dibasuh...

Seminggu kemudian kami pulang ke semula ke sekolah dan mendapati sekolah kosong. Aspura lengang. Gelanggang kosong. Apa ni? Semuanya disebabkan “buah tangan” yang kami tinggalkan dahulu. Untuk kawan-kawan juga. Kepentingan bersama. Lepas dari itu, sekolah kami dah kurang dapat penyakit ni sebab dengar kata demam ni boleh kita jangkiti seumur hidup cuma sekali. Jadinya, pada masa itu, badan kami dah ada antibodi melawan demam campak ini. Takde rezeki la beb.

1998. Form 3. Dah 2 tahun hidup bebas. Mula fikir nak hadapi PMR tahun itu. Peperiksaan yang menentukan kita ni kelas sains ke kelas sastera. Tapi seperti pelajar asrama yang lainnya, kami masih lagi homesick. Kita mula mencari penyakit baru untuk disebarkan. Huh..

Kali ini penyakit ini aku tak tahu disebarkan oleh siapa. Yang aku tahu penyakit ini memang sangat mudah tersebar. Terlalu mudah. Hari berganti hari, semakin lama semakin ramai yang dinasihatkan pulang. Mereka termasuklah mereka yang mengambil risiko sengaja mendapat penyakit. Sakit mata. Biasa kena jugak ke zaman kerja ni?

Pelbagai cara untuk dapatkan penyakit ini seperti mengambil sedikit air dari mata orang yang dijangkiti dan letak kat mata sendiri. Ini agak ekstrem. Bagai yang takut, mereka cuma mula bergaul dengan pesakit secara ekstrem rapatnya. Sweet!

Aku adalah salah seorang pesakit peringkat awal yang kena. Secara tiba-tiba mata macam nak tercabut bila sujud dan ruku’. 2,3 hari kemudian mata jadi merah dan bertahi pula. Yuck! Aku pun pulang selama seminggu atau bila tak sakit sangat. Bila aku pulang ke sekolah, kebanyakkan kelas dibatalkan sebab pelajar yang ada secara puratanya sekelas Cuma 8 ke 9 orang sahaja. Bagi cikgu yang rajin, buat la kelas. Bagi yang selalunya malas tu, batal la kelas. Memang heaven gila masa tu. Makan kat dewan makan pun mewah. Ayam boleh ambil banyak ketul. Sarapan boleh banyak kali tambah. Air minum malam (supper) tak guna susu tepung tapi guna susu tin. Orang tak ramai, so meja ping pong kami conquer. Yang ada marka tu, boleh la call marka sampai 3,4 pagi. Telefon awam takde orang guna beb. Sebab “penunggu” telefon pun kena sakit mata juga.

Selepas hampir 3 minggu juga la sekolah kami jadi begitu. Heaven! Sweet!

TEORI KONSPIRASI #3 : BERADAB ATAU BIADAB?

Kita perhatikan situasi ini. Bayangkan kita berada dalam situasi ini.

Bas berhenti di hentian bas kolej Petronas untuk mengambil penumpang. Naik 2 orang pelajar warga Indonesia. Sangat mengikut arus fesyen di Indonesia. Rugged. Seorang dapat tempat duduk dan seorang lagi berdiri sambil jari sibuk membalas SMS. Tiba-tiba pelajar Indonesia yang duduk itu beristighfar. “Astagfirullah”. Anda jadi panik. Apa dah jadi? Ketika itu bas menekan brek secara tiba-tiba kerana kucing berlari melintas jalan dan gedebuk! Pelajar Indonesia yang sibuk membalas SMS itu tersembam. Pelajar Indonesia yang duduk itu mula mengerutkan mukanya. Dan pelajar Malaysia, islam dan melayu, bertudung lagi, hanya memerhatikan gadis tersembam itu dengan senyuman sinis tanpa menolongnya.

Berdasarkan situasi itu, boleh anda buatkan kesimpulan dengan mengenepikan jurang-jurang bangsa dan negara?

Pada teori saya, sensiviti orang Malaysia masih lagi kurang terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Asalkan tidak mengganggu hidup mereka, selagi itu mereka takkan masuk campur. Saya yang berada di tempat kejadian pun hanya mampu melihat muka pelajar itu kemerah-merahan menahan rasa malu. Apakan daya, saya tak mampu menolong kerana berada jauh di tempat duduk belakang.

Amalan “Jaga tepi kain sendiri” mula diterapkan oleh kebanyakkan masyarakat kita sekarang. Mereka malas hendak ambil peduli tentang orang lain. Sudahlah tidak ditolong, ditertawakan pula. Malas ambil pusing.

Amalan hidup bermasyarakat semakin kurang dilihat. Tolong menolong tanpa mengira bangsa dan agama. Menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Susah nak jumpa mereka yang masih mengamalkan budaya begini. Mungkin kerana faktor tempat membesar atau faktor kekeluargaan yang membuatkan mereka jadi begini.

Satu lagi situasi.

Ketika anda sedang duduk di medan selera LEGO, menghirup air soya bungkus RM1 dan membaca akhbar hari minggu berharga RM2, anda sudah boleh dikira mewah. Di sini IPT ini la. Tiba-tiba datang seorang mamat melayu duduk di depan anda dan...

“Bang, mintak paper yang abang tak baca tu.”

WTF! Hei, kau siapa nih? Kau ingat kau ni adik aku ke? Ke kau ingat akhbar ni akhbar wakaf yang pihak universiti beri subsidi? Sungguh biadab kelakuannya. Dan yang lebih memilukan lagi, dia beredar tanpa ucapan terima kasih pun. Bukan la marah, tapi bukan kena bayar pun kalau ucap terima kasih. Sampai hari ini saya ingat lagi wajah mamat tuh. Muda, awal 20-an, serabai, cermin mata bingkai hitam, bawa beg galas belakang warna hijau kusam, berkemeja putih kotak-kotak kelabu dan bertali leher jingga. Odd. Stupid fucking nerd.

Berlainan sangat dengan seorang lagi mamat yang saya jumpa di bilik bacaan siswa FPK. Elok tingkah lakunya. Kalau jadi adik ipar pun saya rela. Bagi salam, muka senyum, cakap elok-elok nak pinjam akhbar, borak-borak lebih kurang dan yang penting ucapkan terima kasih. Saya pun masih ingat lagi mamat ni. Trademark dia, dia selalu pakai baju kemeja biru PLKN dan buckle tali pinggang PLKN. Senang nak cam. Pernah nampak?

Pada teori saya, orang sekarang dah banyak sangat terdedah dengan budaya luar. Dulu masa belum terdedah dengan masyarakat luar (duduk bawah ketiak emak bapak) lagi, setiap perkataan yang keluar dari mulut semuanya yang baik-baik belaka. Ucapan terima kasih tu dah selalu sangat ucap. Merendah diri. Sopan santun. Senang kata, semua akhlak mahmudah tu diterapkan dalam amalan seharian la.

Tapi bila diberi peluang hidup sendiri di dunia luar, semuanya...poofff....hilang macam itu sahaja. Semakin hari semakin hilang budaya timur. Hilang integriti sebagai masyarakat yang teguh berpegang pada adat. Salah siapa semua ini?

Tepuk dada tanya iman. Malas mahu layan. Sendiri mahu fikir ya!

Wednesday, April 09, 2008

TEORI KONSPIRASI #2 : IKUT ATAU LANGGAR?


Undang-undang dicipta untuk mengajar manusia supaya lebih bertamadun. Ianya berlainan dengan maksud nilai moral yang mengajar manusia untuk berfikir secara rasional berdasarkan situasi yang tertentu. Pengamal undang-undang memerlukan pelbagai sijil dan pengalaman manakala pengamal moral tiada had umur dan tiada ciri-ciri spesifik.

Samada kita sedar atau tidak, kehidupan harian kita banyak dipengaruhi dengan pelbagai undang-undang dan peraturan yang kita akan patuhi secara tidak kita sedari.

Bagi kita masyarakat timur walaupun kita berlainan kaum, ada sesetengah pantang (peraturan?) yang telah diterapkan dalam diri sejak dari kita kecil lagi. Jangan itu, jangan ini. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.

Teringat pula pada satu iklan suatu ketika dahulu,” Nama saya Jangan. Bila saya korek hidung, emak kata, Jangan!”

Pantang-pantang inilah yang membezakan kita dengan pelbagai masyarakat lain di seluruh dunia. Semacam sudah menjadi trademark kita. Jangan lari bawah ampaian, jangan duduk atas bantal, jangan makan menatang pinggan dan bermacam-macam lagi. Kadangkala ia menjadi suatu yang menjengkelkan.

Sedar atau tidak, apabila kita dewasa kelak, usia mencapai lebih suku abad, perkara yang jangan-jangan inilah yang kita akan terapkan semula kepada generasi akan datang. Apa yang kita rasa, itulah generasi akan datang akan rasakan. Mengapa jadi begitu?

Teori konspirasi saya rasakan ini adalah lumrah kehidupan manusia biasa. Apabila kita nampak anak kita buat sesuatu yang dahulunya ditegah, kita akan menegahnya juga. Macam deja vu. Secara automatik otak kita akan analisis benda yang sama macam dahulu. Proses data yang sama. Analisis data yang sama. Dan outcome yang sama, nasihat.

Semalam saya berkesempatan untuk menonton filem “Just Follow Law” arahan pengarah kelahiran Singapura, Jack Neo, yang juga merupakan pengarah untuk filem “Ah Long Pte Ltd” yang baru-baru ini ditayangkan di Malaysia. Filem yang berkisarkan banyak pantang-pantang dan jangan-jangan dalam kehidupan masyarakat Singapura atau Malaysia. Jangan lintas semasa lampu merah, jangan buat benda yang orang lain tak buat, jangan lawan cakap ketua yang berakhlak buruk, ikut je la peraturan yang ada. Semuanya perlukan hitam putih. Sebab tak mahu pikul tanggungjawab. Sebab nak selamatkan diri sendiri. Satiranya tepat mengenai hidung kebanyakkan dari kita.

Bukan saya ingin mengajar orang supaya melanggar peraturan, nanti kerja-kerja untuk peguam seperti Afzan akan bertambah pula. Cuma mahu kesedaran dalam diri masing-masing itu bangun dari pendaman. Dah lama terlalu dipendam sehingga jadi macam pak turut. Ikut je. Tak semestinya yang baik untuk orang lain itu baik untuk kita. Tapi kita perlu fikir juga, bukan semua yang baik untuk kita itu baik juga untuk orang lain.

Masyarakat kita dah terlalu pandai untuk nilai sendiri. Anggaran graduan universiti yang bijak pandai sudah tidak terkira. Oleh itu, sendiri mahu ingat la kawan!

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR #15


Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.

Sekarang di sekitar universiti, penyakit berjangkit sudah mula menular. Sudah mula berjangkit antara pelajar. Ada yang mempunyai antibodi yang kuat, boleh la dia tahan. Ada yang masih terkejut dengan penyakit, sakitnya masih belum pulih. Di hujung-hujung semester seperti ini, penyakit yang senang dihidapi oleh pelajar ialah demam peperiksaan.

Apabila penyakit ini mula tersebar, beberapa tempat di universiti akan mula penuh dengan pelajar. Perpustakaan akan menjadi sesak. Tak kira la, siang atau malam. Di foyer, bilik bacaan pintar, bilik 24 jam (yang kini tidak dibuka untuk 24 jam), meja-meja dari tingkat 1 hingga tingkat 5, semua penuh. Ini termasuk juga karel-karel atau cubicle persendirian yang siap ditempah untuk masa 5 hari akan datang.

Bukan itu sahaja impaknya. Impak juga dapat dirasai oleh pengusaha-pengusaha kedai mini dan unimart di sekitar universiti. Mereka mula tersenyum riang apabila stok-stok mee segera pelbagai jenama mula laris dijual. Begitu juga dengan bekalan biskut pelbagai perasa. Biskut merry, biskut kering semuanya habis. Serbuk minuman segera berasaskan kafein juga mula menunjukkan tanda-tanda untuk laris. Penangan demam peperiksaan.

Pengusaha kedai fotostat juga merasaikan lempias demam ini. Tempahan untuk memfotostat nota-nota minit-minit akhir turut meningkat. Tempahan memfotostat koleksi soalan peperiksaan juga bertambah. Pengusaha kafe ketika ini mula rasa kurang selesa kerana di hujung-hujung semester seperti ini, kebanyakkan pelajar lebih selesa untuk makan di bilik. Kurang kos dan kurangkan masa bersembang. Makan malam hanya dibeli dari bilik-bilik yang menjual makanan segera seperti nasi lemak changlun, hotdog segera, nasi daging kicap, roti dan pelbagai menu lain yang setanding dengan masakan kafe. Dan dijual dengan harga semurah RM1. Ingat, keperluan makan di universiti bukan dinilai dari aspek rasanya. Aspek sedap atau tidak itu perkara no.2. Yang penting sekali ialah murah dan mengenyangkan.

Abang-abang pengusaha kereta sewa juga bermasam muka kerana graf tempahan kereta akan mula jatuh kerana pelajar sibuk dengan mengulangkaji pelajaran dan tiada duit untuk sewa kereta. Mereka lebih rela menaiki bas ala zaman perang, Bas HBR (Hari-hari Bas Rosak) untuk ke Changlun atau Jitra. Apa la nasib kome ye....

Memandangkan semester ini kami tidak berpeluang untuk merasai minggu ulangkaji (Study Week) kerana beberapa faktor yang tidak diketahui, kami terpaksa mula mengulangkaji seawal mungkin iaitu di waktu minggu pembelajaran belum berakhir. Pandai-pandai la curi-curi masa untuk ulangkaji. Yang tak pandai tu, lingkup la ke laut. Hanyut dengan filem-filem yang belum habis ditonton.

Pasangan-pasangan yang selalu kelihatan berdua-dua pun sudah mula perlahankan aktiviti jiwang karat mereka. Untuk kebaikan bersama juga. Tetapi sesekali apabila sudah sangap, keluar berjalan mengelilingi tasik pun sudah memadai. Atau sekadar keluar makan malam. Walaupun hanya untuk 30 minit. Jadi la, dari tak dapat...

Walau susah mana pun keadaan ini, kenangan inilah yang merakamkan saat-saat indah melihat si pemalas jadi rajin untuk seketika. Bila lagi mahu jadi rajin, ye tak? Suasana sibuk alam pekerjaan berlainan sama sekali. Kerana target kita berbeza. Semoga berjaya semua.

Tuesday, April 08, 2008

LAWAK MANTUL #1: KISAH ROKOK ANTARABANGSA


I am Peter Stuyvesant.
I have 2 friends. Benson & Hedges.
I come from the city near Marlboro, near Texas in the Salem high country.
I always carry a Mild Seven.

One day, i was on a White Horse going to Kingsway in Kent.
It was so Lucky Strike i fell in love with the daughter of Master Duke from Gentori.
Her name is YSL and she was a Slim Virginia.

We were married by Perillys, the priest.
We checked in at the house of Dunhill and booked into room no.555.
I laid her on a bed made of Gold Leaf.
I played with her two Matterhorns.
When i poked in my Rothmans King Size, she cried in delight.

"You are a Rough Rider! You are riding like a mad Camel."
When i asked her if she satisfied, she answered, "I want MORE!!"
Then suddenly she turned around and asked me if i want to enter her Gudang Garam.
She said ,"Depan belakang puas, barulah Sempoerna..."

Huh!!

CERITERA DONGENGAN MODEN #1 : KERA LUPA SIAPA RAJANYA


Sekonyong-konyong sekumpulan kera bertebar memenuhi kawasan jajahannya. Berkumpulan di bawah pohon ketapang yang tiada berbuah. Dengan wajah chengey, seekor kera-jantan-hitam melangkah berani,

“Sahabat kera!” Katanya,”Kita kena support aktiviti hutan. Kita paksa mereka join aktiviti kita.”

“Bagaimana jika mereka melawan?” Jerit seekor kera kecil dengan nada excited.

“Kita buang keahlian mereka. Kita buang mereka ke hutan jauh-jauh.” Kera-jantan-hitam menjawab. Chengey.

“Apa rasionalnya kita buang dia?” Tanya kera betina yang manis.

Kata kera jantan, “Biar mereka takut dengan kita. Biar mereka ikut kata kita. Kita ketua. Mereka kena takut.”

Kera yang lain sorak. Ada yang melompat-lompat. Macam kera. Kena belacan. Suka betul mereka. Bila dapat kuasa, mereka lupa siapa yang tua. Makan lebih garam. Bong! Bong! Bong! Tong! Tong! Tong!

Esok. Sebatalion kera melompat dari pokok ke pokok. Melolong-lolong. Bersorak-sorak memaksa penghuni hutan melibatkan diri dengan aktiviti hutan. Disogok-sogok dengan ugutan buang hutan. Memomok-momokan penghuni yang lemah.

“Woi kamu! Kera-jantan-hitam menyuruh semua penghuni join aktiviti. Jika tidak...”

“Jika tidak, APA!!!” Jerkah kucing gergasi itu. “Kamu ingat kamu siapa?”

“Err....kami balachi kera-jantan-hitam. Ada masalah pergi jumpa dia.”

Ngappp!!! Utusan tinggal tulang. Perut kucing jadi kenyang. Kera, bila dapat kuasa mereka lupa siapa raja mereka. Kera mudah lupa. Macam melayu.

(Entry ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati)

WRITER’S BLOCK #1 : IDEALISME PENULIS BARU YANG KESANGAPAN


Biar pun aku bukan seorang penulis profesional tetapi aku tetap penulis, di dalam blog ini. Dan sesekali akan mengalami terencat idea. Secara tiba-tiba minda tidak berfungsi secara eloknya. Hilang fokus. Kuasa kosmos jadi tak seimbang. Tergelincir dari titik keseimbangan.

Malam tadi nak buat tugasan pun tak boleh. Hilang semangat. Hilang punca kuasa. Minda kosong. Aku bancuh segelas besar Penang Kopi-O. Hitam likat pekat berbuih gelap. Dah macam ekspresso. Cuma ianya versi aku. Versi bujang suku abad.

Terlentang kesunyian ditemani lagu yang baru habis dimuatturun dari internet. Saja mahu uji bunyi. Kebanyakkannya lagu jiwang karat mendayu yang menguasai pemain media window aku. Aduh, malas pula nak bangun tukarkan koleksi lagu. Aku rasa aku mahu yang lebih kuasa. Lebih hentak. Lebih goreng. Malas nak layan fikiran yang buntu.

Aku ambil buku nota etika perniagaan yang masih kosong di ruangan halaman belakang. Aku conteng ikut jiwa aku. Tak luak pun buku ni kalau aku conteng. Semester dah nak habis tapi nota ciput jek. Aku bayangkan diri aku jadi Chairil Anwar. Tulis poem yang jadi lagenda. Seketika lagi aku jadi Rangga, menyajak sombong puisi ciptaannya. Seketika pula aku jadi Encik Amir, pensyarah FALAN 1 aku yang suka merapu, bagi mengelakkan pelajar mengantuk. Aku rapu, rapu, rapu. 3 halaman aku conteng. Entah, aku sendiri tak faham. Bahasa jiwa. Memang susah nak faham.

Wahai mata. Kantuklah kamu. Esok masih banyak agenda penting yang perlu dibereskan. Aku belum mahu orang ternampak bulatan gelap bawah mata aku. Ia mengurangkan kadar kemanisan muka aku. Wajah jadi kelat. Tapi tak sekelat wajah muncung MonaLisa yang plastik senyumannya. Monalisa atau Leonardo Da Vinci? Biar bijak pandai yang kaji. Aku cuma tertarik dengan kesimpulan mereka. Tak kuasa aku nak simpul sendiri.

Mata yang degil tak mahu terkatup. Minda jadi nakal semakin kesangapan. Toleh kanan. Ternampak kad jemputan kahwin yang aku tak dapat hadir. Aku lekatkan di papan kenyataan bilik. Toleh kiri. Roommate dah tidur. Gelap. Takut. Aku toleh kanan semula. Terbayang-bayang keindahan malam pertama mereka. Harap-harap indah. Aku jadi cemburu. Minda jadi sangap. Suku abad tanpa teman wanita. Satu pencapaian terbaik sepanjang karier aku sebagai manusia dan rekod ini memecah tradisi keluarga. Mata degil jadi sayu. Jadi sangap seperti minda.

Tekup bantal dan jerit, “BILA AWEK NAK KAT AKU!!!”. Jangan kuat-kuat. Nanti roommate mengigau lagi. Letih layan minda, mata jadi marah lalu mencebik. Malas mahu layan.

Sunday, April 06, 2008

TEORI KONSPIRASI #1 : TERAPI MAKAN MENENANGKAN MINDA


Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai masakan dan makanan. Begitu juga dengan budaya makan. Boleh dikatakan rakyat Malaysia memang susah nak mati kebuluran kerana makanan hampir berada dimana-mana. Dalam keretapi, tepi lebuhraya, tepi laut, kawasan rekreasi. Cuma bergantung kepada kita samada mempunyai wang atau tidak.

Sedang saya sibuk memerhatikan kerakusan rakyat Malaysia meratah makanan, tiba-tiba saya terfikir suatu teori konspirasi. Bagaimana jika makanan dijadikan sebagai suatu terapi bagi pengurusan stress? Boleh jadi juga.

Pernah saya perhatikan beberapa orang rakan terdekat yang mengamalkan terapi ini. Walaupun ketika itu terapi ini belum lagi disedari ramai kerana kebiasaannya ia dilakukan atas tindakan minda bawah sedar. Kebanyakkan mereka yang mengalami stress ini lebih cenderung untuk memilih makanan yang enak dan sedap, tak kiralah berapa sekalipun harganya. Asalkan rasanya menepati ciri-ciri emosi ketika itu. Jika perasaan sedih kebiasaannya orang akan memilih untuk makan makanan yang manis. Jika perasaan marah kebiasaannya orang akan makan makanan pedas. Biarlah berpeluh sekali.

Biasanya, terapi makan ini ada 2 cara. Samada kita makan dengan kadar banyak dan lebih mewah dari hari kebiasaan atau makan dengan kadar sedikit dan tak mewah langsung dari hari kebiasaan.

Bila kita dalam keadaan stress, biasanya kita perlukan sesuatu yang menyenangkan agar stress tidak bertambah serabut. Ditambah pula kebiasaan di Malaysia, kita akan makan paling kurang pun 3 kali sehari. Sarapan, makan tengahhari dan makan malam. Mengikut budaya orang Malaysia, itu sudah tetap sejak dahulu lagi. Disebabkan ianya 3 kali seharilah kita perlu menikmatinya. Di bawah keadaan biasa, kita akan makan mengikut situasi. Jika sibuk, makan apa sahaja yang senang didapati seperti biskut dan roti. Jika keadaan biasa, kita akan makan nasi atau mee. Tetapi apa yang kita akan makan jika dalam keadaan stress?

Menu bergantung kepada minat seseorang itu. Ada yang saya pernah jumpa, dia akan makan atau minum produk tenusu dengan kadar luar biasa seperti susu, keju, coklat berasaskan susu, susu kocak, kek keju dan bermacam lagi. Dalam kes yang lain, ada juga yang akan makan makanan berasakan daging [lembu atau ayam] sepanjang hari. Sarapan makan nasi lemak rendang dagung, tengahhari makan beef steak, malam makan chicken chop, supper makan burger special [daging + ayam]. Hairan? Ini benar-benar terjadi. Ada juga kes kebiasaan, mereka akan makan atau minum di tempat exclusive. Kebiasaannya, dia hanya singgah di kedai mamak untuk minum petang atau supper. Jika dalam keadaan stress, dia akan duduk di Starbuck [bukan Se-Taq-Bak, ok] dan order air yang entah saya pun tak tau dan makan sepotong tiramisu mungkin. Manusia memang pelik.

Tapi buruk padahnya jika makanan itu indah rupa dari rasa. Pada saat ini, peniaga itu perlu tadah je la telinga dengar kutukan dan komen sinis tentang makanan yang tak sedap. Bayar tetap bayar. Biasanya la.

Bagi saya sendiri yang telah lama mengamalkan terapi ini secara diam-diam [tetapi ketahuan juga akhirnya kerana perut lama kelamaan semakin besar]. Sejak sekolah menengah lagi. Jika saya ada masalah soal persahabatan, pelajaran, saya lebih rela merujuk kepada makanan daripada saya perlu menetapkan temujanji dengan kaunselor. Saya makan, makan, makan, makan, tanpa memikirkan apa-apa kesan akan datang.

Tetapi apa yang saya nampak tentang terapi ini ialah ianya hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja. Macam kesan dadah la. Masalah memang hilang untuk seketika tetapi masalah tetap ada sehinggalah kita sendiri menyelesaikannya.

Hendak cuba? Cubalah untuk merasaikan keseronokannya sendiri.

Wednesday, April 02, 2008

INI SEMBANG KOSONG. SEMBANG KOSONG KAMI #4 : 3 EKOR KHINZIR UNTUK KAMU.

***Jangan ikut perangai buruk ini.


Mesej teks.

Aku : “Ko pegi kelas SAD x?
Shahfler : “Klas cancel la”
Aku : “Mana ko tau? Yg cancel tu next week la, bukan this week”
Shahfler : “Tak caya bukak website dia”
Aku : “Oh ye ke? Ok la kalo mcm tu”

Kamu khinzir.


****
Mesej teks.


Aku : “Ko baca mana psl batal klas? Xde pun dlm website dia”
Shahfler : “Hahaha... April fool. Sorry”
Aku : “Ko mmg bangang. Bodoh. Bnda serius ko buat main2. Ko ingat aku mcm ko ke suka ponteng klas. *((&^%^$#&!”

Kamu khinzir lagi.


****
Mesej teks.


Shahfler : “Klas FM mlm ni batal la. Ehehek”

Kamu khinzir lagi sekali.


****
Pantang aku benda serius buat main-main. Lebih-lebih lagi pada masa Soraya Zainal tengah seronok terima ucapan “Selamat Ulangtahun Kelahiran” atau “Happy Birthday”. Pantang.

By the way Sue, do you need any prank? :p


Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang tolong saya melampiaskan kemarahan saya terhadap Shahfler. Jasamu tak terbalas. TQ.