Saturday, April 12, 2008

TEORI KONSPIRASI #3 : BERADAB ATAU BIADAB?

Kita perhatikan situasi ini. Bayangkan kita berada dalam situasi ini.

Bas berhenti di hentian bas kolej Petronas untuk mengambil penumpang. Naik 2 orang pelajar warga Indonesia. Sangat mengikut arus fesyen di Indonesia. Rugged. Seorang dapat tempat duduk dan seorang lagi berdiri sambil jari sibuk membalas SMS. Tiba-tiba pelajar Indonesia yang duduk itu beristighfar. “Astagfirullah”. Anda jadi panik. Apa dah jadi? Ketika itu bas menekan brek secara tiba-tiba kerana kucing berlari melintas jalan dan gedebuk! Pelajar Indonesia yang sibuk membalas SMS itu tersembam. Pelajar Indonesia yang duduk itu mula mengerutkan mukanya. Dan pelajar Malaysia, islam dan melayu, bertudung lagi, hanya memerhatikan gadis tersembam itu dengan senyuman sinis tanpa menolongnya.

Berdasarkan situasi itu, boleh anda buatkan kesimpulan dengan mengenepikan jurang-jurang bangsa dan negara?

Pada teori saya, sensiviti orang Malaysia masih lagi kurang terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Asalkan tidak mengganggu hidup mereka, selagi itu mereka takkan masuk campur. Saya yang berada di tempat kejadian pun hanya mampu melihat muka pelajar itu kemerah-merahan menahan rasa malu. Apakan daya, saya tak mampu menolong kerana berada jauh di tempat duduk belakang.

Amalan “Jaga tepi kain sendiri” mula diterapkan oleh kebanyakkan masyarakat kita sekarang. Mereka malas hendak ambil peduli tentang orang lain. Sudahlah tidak ditolong, ditertawakan pula. Malas ambil pusing.

Amalan hidup bermasyarakat semakin kurang dilihat. Tolong menolong tanpa mengira bangsa dan agama. Menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Susah nak jumpa mereka yang masih mengamalkan budaya begini. Mungkin kerana faktor tempat membesar atau faktor kekeluargaan yang membuatkan mereka jadi begini.

Satu lagi situasi.

Ketika anda sedang duduk di medan selera LEGO, menghirup air soya bungkus RM1 dan membaca akhbar hari minggu berharga RM2, anda sudah boleh dikira mewah. Di sini IPT ini la. Tiba-tiba datang seorang mamat melayu duduk di depan anda dan...

“Bang, mintak paper yang abang tak baca tu.”

WTF! Hei, kau siapa nih? Kau ingat kau ni adik aku ke? Ke kau ingat akhbar ni akhbar wakaf yang pihak universiti beri subsidi? Sungguh biadab kelakuannya. Dan yang lebih memilukan lagi, dia beredar tanpa ucapan terima kasih pun. Bukan la marah, tapi bukan kena bayar pun kalau ucap terima kasih. Sampai hari ini saya ingat lagi wajah mamat tuh. Muda, awal 20-an, serabai, cermin mata bingkai hitam, bawa beg galas belakang warna hijau kusam, berkemeja putih kotak-kotak kelabu dan bertali leher jingga. Odd. Stupid fucking nerd.

Berlainan sangat dengan seorang lagi mamat yang saya jumpa di bilik bacaan siswa FPK. Elok tingkah lakunya. Kalau jadi adik ipar pun saya rela. Bagi salam, muka senyum, cakap elok-elok nak pinjam akhbar, borak-borak lebih kurang dan yang penting ucapkan terima kasih. Saya pun masih ingat lagi mamat ni. Trademark dia, dia selalu pakai baju kemeja biru PLKN dan buckle tali pinggang PLKN. Senang nak cam. Pernah nampak?

Pada teori saya, orang sekarang dah banyak sangat terdedah dengan budaya luar. Dulu masa belum terdedah dengan masyarakat luar (duduk bawah ketiak emak bapak) lagi, setiap perkataan yang keluar dari mulut semuanya yang baik-baik belaka. Ucapan terima kasih tu dah selalu sangat ucap. Merendah diri. Sopan santun. Senang kata, semua akhlak mahmudah tu diterapkan dalam amalan seharian la.

Tapi bila diberi peluang hidup sendiri di dunia luar, semuanya...poofff....hilang macam itu sahaja. Semakin hari semakin hilang budaya timur. Hilang integriti sebagai masyarakat yang teguh berpegang pada adat. Salah siapa semua ini?

Tepuk dada tanya iman. Malas mahu layan. Sendiri mahu fikir ya!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku