Sunday, April 06, 2008

TEORI KONSPIRASI #1 : TERAPI MAKAN MENENANGKAN MINDA


Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai masakan dan makanan. Begitu juga dengan budaya makan. Boleh dikatakan rakyat Malaysia memang susah nak mati kebuluran kerana makanan hampir berada dimana-mana. Dalam keretapi, tepi lebuhraya, tepi laut, kawasan rekreasi. Cuma bergantung kepada kita samada mempunyai wang atau tidak.

Sedang saya sibuk memerhatikan kerakusan rakyat Malaysia meratah makanan, tiba-tiba saya terfikir suatu teori konspirasi. Bagaimana jika makanan dijadikan sebagai suatu terapi bagi pengurusan stress? Boleh jadi juga.

Pernah saya perhatikan beberapa orang rakan terdekat yang mengamalkan terapi ini. Walaupun ketika itu terapi ini belum lagi disedari ramai kerana kebiasaannya ia dilakukan atas tindakan minda bawah sedar. Kebanyakkan mereka yang mengalami stress ini lebih cenderung untuk memilih makanan yang enak dan sedap, tak kiralah berapa sekalipun harganya. Asalkan rasanya menepati ciri-ciri emosi ketika itu. Jika perasaan sedih kebiasaannya orang akan memilih untuk makan makanan yang manis. Jika perasaan marah kebiasaannya orang akan makan makanan pedas. Biarlah berpeluh sekali.

Biasanya, terapi makan ini ada 2 cara. Samada kita makan dengan kadar banyak dan lebih mewah dari hari kebiasaan atau makan dengan kadar sedikit dan tak mewah langsung dari hari kebiasaan.

Bila kita dalam keadaan stress, biasanya kita perlukan sesuatu yang menyenangkan agar stress tidak bertambah serabut. Ditambah pula kebiasaan di Malaysia, kita akan makan paling kurang pun 3 kali sehari. Sarapan, makan tengahhari dan makan malam. Mengikut budaya orang Malaysia, itu sudah tetap sejak dahulu lagi. Disebabkan ianya 3 kali seharilah kita perlu menikmatinya. Di bawah keadaan biasa, kita akan makan mengikut situasi. Jika sibuk, makan apa sahaja yang senang didapati seperti biskut dan roti. Jika keadaan biasa, kita akan makan nasi atau mee. Tetapi apa yang kita akan makan jika dalam keadaan stress?

Menu bergantung kepada minat seseorang itu. Ada yang saya pernah jumpa, dia akan makan atau minum produk tenusu dengan kadar luar biasa seperti susu, keju, coklat berasaskan susu, susu kocak, kek keju dan bermacam lagi. Dalam kes yang lain, ada juga yang akan makan makanan berasakan daging [lembu atau ayam] sepanjang hari. Sarapan makan nasi lemak rendang dagung, tengahhari makan beef steak, malam makan chicken chop, supper makan burger special [daging + ayam]. Hairan? Ini benar-benar terjadi. Ada juga kes kebiasaan, mereka akan makan atau minum di tempat exclusive. Kebiasaannya, dia hanya singgah di kedai mamak untuk minum petang atau supper. Jika dalam keadaan stress, dia akan duduk di Starbuck [bukan Se-Taq-Bak, ok] dan order air yang entah saya pun tak tau dan makan sepotong tiramisu mungkin. Manusia memang pelik.

Tapi buruk padahnya jika makanan itu indah rupa dari rasa. Pada saat ini, peniaga itu perlu tadah je la telinga dengar kutukan dan komen sinis tentang makanan yang tak sedap. Bayar tetap bayar. Biasanya la.

Bagi saya sendiri yang telah lama mengamalkan terapi ini secara diam-diam [tetapi ketahuan juga akhirnya kerana perut lama kelamaan semakin besar]. Sejak sekolah menengah lagi. Jika saya ada masalah soal persahabatan, pelajaran, saya lebih rela merujuk kepada makanan daripada saya perlu menetapkan temujanji dengan kaunselor. Saya makan, makan, makan, makan, tanpa memikirkan apa-apa kesan akan datang.

Tetapi apa yang saya nampak tentang terapi ini ialah ianya hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja. Macam kesan dadah la. Masalah memang hilang untuk seketika tetapi masalah tetap ada sehinggalah kita sendiri menyelesaikannya.

Hendak cuba? Cubalah untuk merasaikan keseronokannya sendiri.

1 comment:

  1. So you in UUM right now or singgah sebentar?

    Pernah tengok cerita Buli? Afdlin Shauki's character said, "Bila kita makan kita rasa happy, so bila kita sedih, kita makan banyak-banyak, kita jadi bertambah happy dan dapat lupakan kesedihan."

    Something like that la. Can't seem to recall the exact words :)

    Thanks for the visit!

    ReplyDelete

Komenlah Aku