Showing posts with label Dongeng Rimba. Show all posts
Showing posts with label Dongeng Rimba. Show all posts

Wednesday, April 23, 2008

CERITERA DONGENGAN MODEN #2 : SINGA TASIK YANG BACUL

Ini kisah dongeng.

Ada suatu kisah.

Tentang seekor singa yang menguasai sebuah tasik. Tersangat la sombong dan riaknya dia. Cakap besar, berlagak sombong dan pelbagai mazmumah yang lain, diterapkan dalam nilai-nilai kehidupannya. Mengaku presidn kelab bujang la. Mengaku perempuan yang tergila-gilakan dia la. Buruk akhlaknya.

Rakan-rakan singa yang lain malas mahu ambil pusing dengan "kata-kata bangga diri tapi satu pun tak boleh pakai, hampeh!" yang diluahkan sang singa. Mereka tahu, jika singa tak berbuat demikian, orang tak hormat dia sebagai penguasa tasik. Biarlah dia, bila penat berbohong, pandai la dia berhenti sendiri. Mereka tahu perkara sebenar. Presiden kelab bujang mana ada pergi dating dengan awek sampai tengah malam. Mereka tahu dan belum bodoh lagi.

Satu hari, seekor kucing betina tersesat berdekatan tasik tersebut. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, kucing betina ini adalah dewi venus yang diidamkan selama ini. Selama ini dia hanya perhatikan dari jauh je. Bila rakan-rakan tanya, disembunyikan saja perasaan itu. Dikutuk-kutuk kucing betina itu. Tapi jauh di lubuk hatinya, perasaan sayang itu ada.

Sejak kucing betina itu hadir di persekitaran tasik, rakan-rakannya boleh melihatkan perubahan sikapnya. Ngaumannya kurang power. Kawasan tasik tak terjaga. Teruk! Bagaimana haiwan selemah kucing bisa ubah singa menjadi spesisnya? Hebat!

Suatu hari, seorang rakan singa mahu bermigrasi ke hutan yang lain. Ke hutan konkrit. Rakan-rakan singa yang lain mengadakan sedikit majlis untuk rakan itu. Namun kelibat singa langsung tidak kelihatan. Tapi si kucing betina ada. Pelik? Mungkin si kucing menhalang singa dari hadir.

"Eeeuuuwwww.... Tak malu... Takut bini..."

Tuesday, April 08, 2008

CERITERA DONGENGAN MODEN #1 : KERA LUPA SIAPA RAJANYA


Sekonyong-konyong sekumpulan kera bertebar memenuhi kawasan jajahannya. Berkumpulan di bawah pohon ketapang yang tiada berbuah. Dengan wajah chengey, seekor kera-jantan-hitam melangkah berani,

“Sahabat kera!” Katanya,”Kita kena support aktiviti hutan. Kita paksa mereka join aktiviti kita.”

“Bagaimana jika mereka melawan?” Jerit seekor kera kecil dengan nada excited.

“Kita buang keahlian mereka. Kita buang mereka ke hutan jauh-jauh.” Kera-jantan-hitam menjawab. Chengey.

“Apa rasionalnya kita buang dia?” Tanya kera betina yang manis.

Kata kera jantan, “Biar mereka takut dengan kita. Biar mereka ikut kata kita. Kita ketua. Mereka kena takut.”

Kera yang lain sorak. Ada yang melompat-lompat. Macam kera. Kena belacan. Suka betul mereka. Bila dapat kuasa, mereka lupa siapa yang tua. Makan lebih garam. Bong! Bong! Bong! Tong! Tong! Tong!

Esok. Sebatalion kera melompat dari pokok ke pokok. Melolong-lolong. Bersorak-sorak memaksa penghuni hutan melibatkan diri dengan aktiviti hutan. Disogok-sogok dengan ugutan buang hutan. Memomok-momokan penghuni yang lemah.

“Woi kamu! Kera-jantan-hitam menyuruh semua penghuni join aktiviti. Jika tidak...”

“Jika tidak, APA!!!” Jerkah kucing gergasi itu. “Kamu ingat kamu siapa?”

“Err....kami balachi kera-jantan-hitam. Ada masalah pergi jumpa dia.”

Ngappp!!! Utusan tinggal tulang. Perut kucing jadi kenyang. Kera, bila dapat kuasa mereka lupa siapa raja mereka. Kera mudah lupa. Macam melayu.

(Entry ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati)