Tuesday, April 08, 2008

WRITER’S BLOCK #1 : IDEALISME PENULIS BARU YANG KESANGAPAN


Biar pun aku bukan seorang penulis profesional tetapi aku tetap penulis, di dalam blog ini. Dan sesekali akan mengalami terencat idea. Secara tiba-tiba minda tidak berfungsi secara eloknya. Hilang fokus. Kuasa kosmos jadi tak seimbang. Tergelincir dari titik keseimbangan.

Malam tadi nak buat tugasan pun tak boleh. Hilang semangat. Hilang punca kuasa. Minda kosong. Aku bancuh segelas besar Penang Kopi-O. Hitam likat pekat berbuih gelap. Dah macam ekspresso. Cuma ianya versi aku. Versi bujang suku abad.

Terlentang kesunyian ditemani lagu yang baru habis dimuatturun dari internet. Saja mahu uji bunyi. Kebanyakkannya lagu jiwang karat mendayu yang menguasai pemain media window aku. Aduh, malas pula nak bangun tukarkan koleksi lagu. Aku rasa aku mahu yang lebih kuasa. Lebih hentak. Lebih goreng. Malas nak layan fikiran yang buntu.

Aku ambil buku nota etika perniagaan yang masih kosong di ruangan halaman belakang. Aku conteng ikut jiwa aku. Tak luak pun buku ni kalau aku conteng. Semester dah nak habis tapi nota ciput jek. Aku bayangkan diri aku jadi Chairil Anwar. Tulis poem yang jadi lagenda. Seketika lagi aku jadi Rangga, menyajak sombong puisi ciptaannya. Seketika pula aku jadi Encik Amir, pensyarah FALAN 1 aku yang suka merapu, bagi mengelakkan pelajar mengantuk. Aku rapu, rapu, rapu. 3 halaman aku conteng. Entah, aku sendiri tak faham. Bahasa jiwa. Memang susah nak faham.

Wahai mata. Kantuklah kamu. Esok masih banyak agenda penting yang perlu dibereskan. Aku belum mahu orang ternampak bulatan gelap bawah mata aku. Ia mengurangkan kadar kemanisan muka aku. Wajah jadi kelat. Tapi tak sekelat wajah muncung MonaLisa yang plastik senyumannya. Monalisa atau Leonardo Da Vinci? Biar bijak pandai yang kaji. Aku cuma tertarik dengan kesimpulan mereka. Tak kuasa aku nak simpul sendiri.

Mata yang degil tak mahu terkatup. Minda jadi nakal semakin kesangapan. Toleh kanan. Ternampak kad jemputan kahwin yang aku tak dapat hadir. Aku lekatkan di papan kenyataan bilik. Toleh kiri. Roommate dah tidur. Gelap. Takut. Aku toleh kanan semula. Terbayang-bayang keindahan malam pertama mereka. Harap-harap indah. Aku jadi cemburu. Minda jadi sangap. Suku abad tanpa teman wanita. Satu pencapaian terbaik sepanjang karier aku sebagai manusia dan rekod ini memecah tradisi keluarga. Mata degil jadi sayu. Jadi sangap seperti minda.

Tekup bantal dan jerit, “BILA AWEK NAK KAT AKU!!!”. Jangan kuat-kuat. Nanti roommate mengigau lagi. Letih layan minda, mata jadi marah lalu mencebik. Malas mahu layan.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku