Saturday, March 15, 2008

MEREKA SUDAH TAMAT. AKU BILA LAGI?

~
Ini bukan isu perkahwinan. Turn aku masih jauh lagi. Banyak yang perlu aku langsaikan sebelum aku bersedia untuk ke tahap yang satu lagi. Aku beri peluang kepada sahabat-sahabat metropolis untuk mendahului aku. Sampai bila kalian nak enjoy? Dah tua nanti, tak laku pulak. Jangan ikut hati yang membenci sangat. Buka lembaran baru. Lupakan la pakatan kalian tu. Yeh, just for fun.
~
Ops...melalut...
~
Bermula kelmarin, pesta konvokesyen telah bermula dengan jayanya. Bergerombolanlah bekas-bekas pelajar yang berjaya dan kurang berjaya datang untuk memenuhi hutan yang aman ini. Dan untuk minggu ini hutan nan aman ini akan bergempita dengan para tetamu.
~
Jemput hadir untuk menggempitakan majlis yang aman ini. Tapi turn saya lama lagi. 2 tahun. Pejam-celik-pejam-celik? Hopefully.

Thursday, March 13, 2008

MAAF KERANA AKU SEORANG PELAJAR YANG MASIH MENAGIH KASIH IBU BAPANYA.

~
Satu dua hari lagi 4 orang kenalan aku akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Hari di mana ditabalkan menjadi raja untuk sehari. Hari di mana duit banyak dihabiskan. Pasti meriah dengan pelbagai sambutan.
~
Muka pun kena manis walaupun susah nak senyum sebab duit banyak habis. Hahaha... Tapi takpe. Kebanyakkan dari mereka sudah pun membina kerjaya dalam bidang masing-masing. Lagi pun masing-masing sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab hidup berkeluarga. Dah datang seru.
~
Tahniah kepada para sahabat; Shah Mohd Firdaus b. Shahbudin, Mohd Helmy b. Pie'e dan Iskandar b. Bohro. Semuanya dari Dorm Umar dulu. Semuanya pernah merasa kesusahan hidup di bawah pemerintahan kuku besi Ramaizak Rasak. Tak sangka dah sampai dah seru kalian.
~
Seorang lagi dari Politeknik Port Dickson; Rafizah Ithnain. Tahniah, semoga dapat anak cepat-cepat. Jangan gatal-gatal ok?
~
Maaf, aku tak dapat nak menghadiri majlis kalian disebabkan kekangan kewangan dan jidwal pembelajaran yang semakin ketat. Jika aku berharta dan sangat metropolis macam Balgat, aku pasti menghadiri majlis salah seorang dari kalian. Aku jamin dengan status student aku. Hehehe...

Tuesday, March 11, 2008

CINTA MENGUBAH PERIBADI #1 : ZAN

Kekecewaan seorang Cupid kerana memanah ke arah orang yang salah, Zan.
~
~
Beberapa hari kebelakangan ini, Zan semakin berubah. Sealiran dengan tampok kepimpinan sekarang. Berubah. Perubahan Zan terlalu ketara. Very obvious. Tapi bagus la, perubahan positif. Lain dengan perubahan sebelum ini yang lebih ke arah negatif.
~
Perubahan yang buat kami [kelompok geng hu-ha-hu-ha] terperanjat dengan perangainya. Dia sudah rajin buat tutorial. Tak cukup pelik? Kalau dia buat tutorial pada waktu perdana [primetime] pelik tak? Waktu orang tengah sibuk main game sebelum pergi makan. Waktu Shah baru bangun dari hibernasi pendek syif petang. Zan? Zan buat tutorial. Siap SMS kami, bahagi-bahagikan bahagian kami lagi. Wanita! kamu berjaya ubah malaun seorang ni. Tahniah!
~
Cinta boleh buat manusia hilang berat badan? Betul. Walaupun tiada bukti saintifik sebagai sokongan, Zan tetap cuba kaedah ini. Tiada ruginya jika mencuba, kan? Tiada lagi maksud "Lunch" dalam kamus dwi-bahasa hidup Zan. Digantikan dengan bingkisan-bingkisan kata-kata manis sayang cinta rindu untuk para wanita. Itu sudah bisa membuatkan perut boroinya kenyang. Tahniah Zan. Anda bisa membuatkan hati wanita hancur dan cair. Dan semoga berjaya dengan program diet kali ini. Aku? Nak cuba? Nonsense...
~
Anda tau apa itu Listerine? Nasib baik anda tahu. Kerana benda ini telah menjadi salah satu koleksi peribadi toiletries Zan. Dulu tak pernah dia cuba nak membeli benda ini. Si Tua bagi try yang dia punya dulu pun Zan cakap pedas. Sekarang? Masih lagi cuba berbohong. Maaf, kami sudah lali dengan pembohongan anda. Cuba teka Zan salahkan siapa untuk Listerine ini? Ya! Betul! Dia salahkan Tomoq. Who's else rite?
~
Zan adalah kacukan Dewa Cinta Cupid dan Syaitan. So, sesiapa ada masalah cinta, boleh hubungi dia ok? Insya-Allah masalah anda dapat diselesaikan.

SINAR KEBAIKAN SELEPAS PILIHANRAYA. PROGRAM NILAI DI PERINGKAT UNIVERSITI PASTI BERJAYA.

~
Segala ketegangan selepas pilihanraya mula lega.
~
Wakil rakyat sudah boleh tidur lena. Pengusaha syarikat percetakkan sudah mula mengira keuntungan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mula pening nak kutip sampah-sampah pilihanraya. Budak-budak bujang sudah boleh berjoli selepas dapat duit upah gantung poster. Jalanraya dah makin terang tanpa poster berselirat di tiang-tiang lampu jalan.
~
Kembali seperti normal. Sesetengah perkara normal menjadi abnormal sebentar.
~
Sejak 2 hari yang lalu, stok suratkhabar pelbagai bahasa tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan dan selera membaca pelajar kampus ini. Semangat membaca tiba-tiba membara gara-gara keinginan mengetahui keputusan pilihanraya.
~
Semua tauke kedai yang menjual suratkhabar boleh mula tersenyum seawal jam 10.00am. Pelajar berebut suratkhabar dengan pensyarah telah menjadi permandangan biasa 2 hari kebelakangan ini. Segalanya berubah kerana pilihanraya. Indeks Membaca pelajar meningkat, koleksi suratkhabar lama turut meningkat, tampok pemerintahan bertukar tangan. “Everybody Changing” kata Keane.
~
Ironiknya, itu semua berlaku 4 tahun sekali, semasa pilihanraya. Indeks Membaca pelajar akan kekal pada paras 5 buku setahun untuk 4 tahun akan datang sebelum pelajar kembali gila untuk mengetahui keadaan politik negara dengan membaca suratkhabar dan buku-buku berkisarkan politik di perpustakaan. NILAM di peringkat universiti? I don’t think so.

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 14

Aku masih lagi ingat 4 tahun dahulu. 2004. Semasa aku masih menuntut di politeknik. Masih lagi mentah untuk mengetahui dan menyelami dunia politik Malaysia. Tapi hari itu aku mula berjinak-jinak. Seminggu sebelum hari pilihanraya aku habiskan wang makan tengahhari aku dengan membeli akhbar-akhbar tempatan. Sengaja menyuapkan berita politik ke dalam otak benak aku ini. Biar aku tahu keadaan sekeliling. Tak la malu bila khalayak mula berbincang. Kita dah boleh menyampuk.
~
Ya, 4 tahun dahulu. 2004. Malam itu aku stay up untuk mengetahui keputusan pilihanraya. Berbekalkan se”jug” kopi o kaw dan biskut mayat. Sambil berborak dengan orang-orang tua-tak-balik-mengundi seperti Jamal, Malek dan Acong. Borak-borak sambil menghirup kopi berselangselikan hembusan asap rokok. Televisyen dibuka sambil pemberita comel molek mengomel sendirian. Kami khusyuk menanti keputusan.
~
4 tahun dahulu. 2004. Kami tergolek depan televisyen sambil gelas-gelas kopi dan serdak-serdak biskut bertaburan. Terlentang bersimpang siur tanpa haluan. Keputusan? Entah? Beli suratkahabar dan baca. Itulah suratkhabar terakhir aku beli sempena pilihanraya 4 tahun lepas. Yang menyebabkan aku skip lunch untuk hari itu.

Tuesday, March 04, 2008

.::ANOTHER TAG FOR ME::.

Tagging by others that be awarded except me. Noted.
1) Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
~
Aku agak cerewet dlm soal pemilihan tempat makan. Restoren yang mahal akan menyebabkan poket aku kontang. Bukan murah nak belanja wanita kan? So... I boleh makan di mana-mana je asalkan afforded by my pocket.
~
2) Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
~
Come on la. Bagi la peluang lelaki berada dalam ruang mereka sendiri. Bukan untuk apa pun. Untuk kesejahteraan masa akan datang hubungan anda juga. Lagipun, lelaki kan pemimpin, kena la fikir lebih dari mereka yang dipimpin.
~
3) Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
~
Aku sangat setuju. Walaupun Ain is out of topic, kebanyakkan wanita seperti itu. Ingat, anda bukan kucing untuk dibelai di mana-mana. Anda tu istimewa. Hanya di tempat-tempat tertentu sahaja perlu dibelai dan bermanja.
~
4) Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
~
Lelaki perlu banyak berfikir tentang hidup mereka pada masa-masa akan datang. Jika anda hendak berkomunikasi dengannya, perlu baling bola lurus. Voice out. Terus terang. Kami tak mudah ambil hati. Lebih-lebih lagi dengan wanita.
~
5) Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
~
Lelaki lebih bersikap pemalu :p Dia jarang luahkan dengan kata-kata.Kami berkomunikasi dengan bahasa alam. Bahasa badan. Wanita kena peka danharus tahu bahasa-bahasa ini.
~
6) Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
~
Ya, lelaki lebih cenderung kepada mencari duit. Wanita cenderung kepada menghabiskan duit. Maklum la, tak kena bayar duit hantaran.
~
7) Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
~
Ops, lelaki juga ada yang seperti ini. Suka bergosip. Berita mesti sensasi untuk menarik perhatian lelaki. Contohnya: Wiwin.
~
8) Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
~
Rujuk jawapan nombor 5 dan fahamkan. Jangan marahkan teman lelaki anda hanya kerana diatak ucapkan "I Love You".
~
9) Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.
~
Diam itu pintar. Lelaki tak suka bising. Tapi kalau dah tak tahan, kami lebih suka bahasa tangan je. Biar tangan buat kerja. Mulut rehat.
~
10) Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
~
Betul. Sangat setuju. Lelaki adalah pemimpin anda. Bukan manusia peliharaan anda yang anda boleh kawal sesuka hati.
~
11) Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang itu.
~
Ini macam kurang betul. Biasanya wanita yang tunjuk lebih kasih sayang. Pelik?
~
12) Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
~
Ya, jadi la wanita yang berdikari. Ni tak, kalau ajak makan, "Awak je la yang pilih". Bila minum,"Apa-apa je la". Tension siot.
~
13) Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
~
Merajuk biar comey. Biar lelaki jadi cair. Kalau dah tua dan anak ramai team bola sepak tapi kalau merajuk buat muka comey, boleh jadi. Cair jugak.
~
14) Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
~
Ya. Setuju. Please take note.
~
15) Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
~
Betul. Tolong terima jawapan kami. Dah cukup jujur dah dalam jawapan itu.
~
16) Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
~
Ya. Jangan percaya wanita jika manjanya tetiba jadi lebih. Mesti nak something tu *wink*
~
17) Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.
~
Kadang-kadang layan gak. Tapi kalau nak selalu, bengkok la pakcik.
~
SEGALA KETERSINGGUNGAN AMATLAH DIKESALI. SEKIAN.

.:: KAMU KENA BERHENTI BERANGAN DAN KURANGKAN TIDUR::.

Sahabat, tengok muka kamu. Jerawat tumbuh melata. Gara-gara kamu yang skip solat Jumaat ni. Atau gara-gara mulut jahat kamu. Tengok, muka kamu yang mendapat balasan. Dengan jerawat sebesar itu, tentu kamu malu hendak ke cafe Mak Ngah. Ingat, dah 2 kali. Jaga mulut kalau tak mahu jerawat yang kedua tumbuh tepat di bawah hidung anda.
~
Sekadar menasihat.

.::KAMI PELAJAR YANG AMAT SIBUK::.



***Nothing can describe how busy we are as a B.AIS student.

.::SI COMEL PART AKHIR : MY HAPPY ENDING ::.


Satu gambar 1000 cerita.
~

Kejayaan milik Si comel. Setelah melalui beberapa episod memalukan dan cabaran-cabaran getir selama satu semester. Akhirnya segala usahanya berbalas. Tangan saling bertepuk-tepuk. Cinta makin berputik walaupun seorang di Kachi dan seorang Guthrie. Kuasa cinta.
~
Jari manis ini setahun yang lepas belum tersarung apa-apa tanda atau hiasan. Kini sudah ditandai dengan cincin perak pemberian si dia. Tanda cinta yang tulus. Kononnya. Cincinini lambang cinta mereka walaupun pelbagai alasan diberikan.

~
Ingat tarikh ini kawan-kawan. 14 Februari. 2 kejadian penting terjadi pada tarikh ini dalam Kitab Sejarah Pelajar Jahat Kolej-Sebelah-tasik-Ada-Kayak. Pertama, kisah di mana meraikan hari lahirnya dengan pelbagai campuran cecair baik dan jahat. Lupa? Baca link ini. Yang kedua, Si comel telah "declare" dengan cinta agongnya. Tahniah. Tepuk skit.
~
Kenali serba sedikit Si comel melalui kepala gondolnya.

Saturday, March 01, 2008

.::SI COMEL PART 2 : PERMULAAN YANG PENAT::.

~
Si comel seperti lelaki kacak yang lain. Dia juga perlukan sumber kuasa dari kata-kata dan belaian seorang wanita yang diminati. Dia mempunyai hak yang setara seperti Zan iaitu berbalas SMS dan bergayut berjam-jam lamanya. Dia tinggal di negara demokrasi dan dia mempunyai hak itu.
~
Cinta dalam hati Si comel mula bertandang apabila menghadiri kelas Sains Pemikiran Dan Etika pada semester 1 dahulu. Bermula dengan gurau senda biasa, bertukar-tukar jajan dan berpinjam-pinjam nota. Si comel mula mengorak langkah untuk mendekati wanita ini. Hari-hari yang dilalui menjadi lebih bermakna. Kelas yang tidak diminatinya itu menjadi subjek kegemarannya sekarang.
~
Pada akhir semester 1 itu juga, iaitu pada kelas terakhir pada semester itu, sebelum peperiksaan akhir semester bermula, dia dengan berpakaian kemas, berkemeja hijau, bertali leher krim dan seluar slack siap bergosok, mula mengorak langkah terakhir.
~
Harapannya untuk mendapatkan nombor telefon wanita itu; kita akan kenalinya dengan nama "Cinta Agong". Terserempak dengan kami di Lego dengan facial expression pura-pura cool. Sangat menggelabah. Kelakar. Yelah, nak jumpa Cinta Agong, memang patut pun menggelabah.
~
Sejam kemudian. di tempat yang sama, kelihatan muka muram Si comel. Cinta Agong tak datang kelas terakhir. Nyata Cinta Agong tak serajin Si comel. Maklum la, Cinta Agong itu senior Si comel.
~
Apa cintanya akan berakhir? Nantikan sambungnya.