Friday, December 07, 2007

LAUGHTER IS A TONIC, THE RELIEF, THE SURCEASE FOR PAIN - CHARLIE CHAPLIN

1.
Aku dibesarkan dengan menonton drama-drama komedi. Banyak dah drama-drama komedi yang dah aku tonton samada komedi tempatan atau luar negara. Daripada sesengal-sengal lawak, silent comedy, komedi kampung hingga la ke komedi bahasa rojak. Semua aku suka sahaja yang aku tonton. Yang sangat sengal, aku off televisyen. Buat rosak otak aku je.
~
2.
Antara karektor yang aku suka ialah Mr Bean yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson. Kenapa aku suka? Suka hati aku la aku nak suka. Dah aku suka. Kalau korang tak suka sekarang, aku pasti satu ketika dulu korang pernah menyukainya sepertimana zaman kecil dulu korang suka beli Ding Dang atau Tora yang percuma mainan yang dulunya gah dan canggih. Sekarang korang suka lagi benda tu semua? Pastinya tidak kerana korang lebih cenderung menghabiskan duit beli replika kereta atau robot Transformers yang berharga puluhan ringgit berbanding Ding Dang yang hanya RM1 [percuma bebola coklat lagi] atau berhabis duit menonton wayang.[Seminggu 2,3 kali kan?].
~
3.
Kenapa Mr Bean? Dia pandai buat muka. Tahukah kamu bahawasanya gaji seorang comedian lebih besar daripada gaji penggali kuburr!!! Seorang yang berperwatakan serius berubah menjadi seorang yang sangat kelakar di depan lensa kamera walaupun tak banyak skrip yang digunakan. Dengan hanya drama komedi "Mr. Bean", dia berjaya menjual namanya ke serata dunia termasuk la negara kita, Malaysia. Bohong la kalau anda kata anda tak kenal Mr Bean sedangkan adik-adik kita yang seusia dengan abad ke-21 pun telah mengenalinya.
~
4.
Kebolehan Rowan Atkinson ni patut dicontohi oleh pemuda-pemudi zaman sekarang yang perlu bermuka-muka atas alasan kerja, ambil hati dan sebagainya. Dengan orang ni dia lain, dengan orang lain dia lain. Tak pandai buat muka? Tonton drama dan filemnya. Sekalipun anda kata ia lawak bodoh, saya pasti sekurang-kurangnya anda pasti tersenyum.
"Hutang sudah abes, Muka ata sinyum..."

Thursday, December 06, 2007

KEMBALIKAN VENUS HATIKU KERANA AKU TERDESAKKAN INSPIRASI

1.
Di rumah, hanya ada emak, ayah dan kami 3 beradik. Aku pun tak pasti dari mana akan datangnya inspirasi kalau dengan hanya bergaul sesama kami berlima. Aku perlukan sesuatu pemangkin supaya otak aku ni terus berfungsi sebagai otak seorang pelajar dan seorang pemuda [orang yang muda]. Jika tidak, ia menjadi lembap bila naik semester nanti.
~
~
2.
Puas aku tonton rancangan menarik sepanjang minggu samada siaran ASTRO atau siaran tempatan mahupun siaran Singapura. Banyak rancangan yang menarik-narik mata aku untuk meneruskan tontonan pada minggu berikutnya. Rancangan seperti :
~
- Bones [misteri, ilmu kaji tulang dan very odd couple]
~
- House M.D [Very into medication stuff dan odd doctor - sweet Dr Cameroon :p]
~
- Numb3rs [Odd brothers relationship, very into mathematic stuff]
~
- Surreal Gourmet [Funny Bob Blumer represent his cooking in funny way]
~
- MakanSutra [AFC channel 703 ASTRO - Singapore Program about best food stall around S'pore, even Warong they go]
~
- All CSI series [No Comment - Aku tengok cerita ni sejak 4 tahun lepas, never miss the season]
~
- Kisah Kaisara [Why? Sebab the girl is very girlish. Who? Kaisara of course!]
~
~
3.
Ke mana hilangnya Venusku kerana aku terdesakkan inspirasi,
Otakku terhenti fungsinya dek capek dalam pencarian,
Hatiku meraung kosong, jiwaku terhentak-hentak,
Adakah Flu Sepanyol kembali ganas menyerang,
Atau hanya halusinasi semata-mata,
Sebab jiwaku penat berkecamuk,
Berperang dengan emosi kawalan manusia gonjol,
Aku penat, aku mahu rehat....

Wednesday, December 05, 2007

TIMBUNKAN AKU ILMU SETINGGI BUKIT AGAR DAPAT AKU MENCICIPINYA SEDIKIT DEMI SEDIKIT

1.
Maaf. Tiada paparan fotografi untuk majlis rumah terbuka aku tempoh hari. Aku miskin. Tiada kamera sendiri. Pinjam pun tak mampu.
~
2.
Hari minggu lepas, aktiviti aku penuh sangat sehingga nak bernafas pun rasa sayang. Pergi majlis perkahwinan sepupu aku membuatkan aku segera terfikir tentang nasib penjodohan aku. Adakah aku masih belum layak berbuat demikian atau aku takde masa atau tuhan masih belum mahu aku hidup berkeluarga. Aku sangat-sangat inginkan tapi belum bersedia kot. Entah. Aku tak tahu. Minta valium untuk aku mantul cara halal.
~
3.
Buat masa ini, bahagian cahaya otak aku ini sangat-sangat ketagih bahan bacaan berunsur suspen seperti mana karya Ramlee Awang Murshid. Bila abg Ramlee nak terbitkan buku barunya, itu masih lagi mencari tanda tanya seperti mana misteri hidupnya. Hidup kita misteri. Masa depan kita misteri. Cakerawala itu misteri. Misteri di mana-mana. Otak aku rindukan misteri yang lazat....

Tuesday, December 04, 2007

SEDATIFKAN OTAK AKU AGAR FIKIRAN AKU KOSONG


Pasti korang dah pernah tengok cerita "Buli" arahan Afdlin Shauki. Filem ini telah menjulang namanya dalam persada filem tempatan. Ia telah memenangi pelbagai anugerah dalam pelbagai festival. Ada beberapa dialog dalamnya yang aku ingin kongsikan bersama korang. Bukan apa, dialognya kelakar dan memberi makna yang berlainan dari makna yang konvensional. Makan dalam beb... Ini antara favourite dialog aku.

1.
"Martabat tu tak dapek nak bolikan lampin cucu den tu ha. Kodai bosar semua tu nakkan ringgit malaysia tu.." - Mak Dr Ika

2.
" Adakah kawan-kawan anda memberikan nama timangan lain seperti si gemuk, si debab, si boroi. Bintat turun. Fee Low. Happy mere sathi. Fatty Boom Boom. Adakah pencuri sering bersembunyi di belakang anda untuk mengelak dari dikesan oleh pihak berkuasa...?" - Din Beramboi [Promoter produk LU.SLIM.LA.BEB!]

3.
"Adakah perut anda [Fonte] boleh kelihatan dari Dubai, Karachi atau Istanbul?" - Din Beramboi [Promoter produk LU.SLIM.LA.BEB!]

4.
"Nordin, jom kita masuk dalam [Butik B.U.M] sekejap" - Dr Ika
"Takpe la you masuk je la. I tak suka pilih baju. Takde saiz." - Nordin

5.
"Mungkin saya yang sensitif sangat... kot. Dulu-dulu kawan-kawan saya semua selalu cakap. Weh Nordin, kau ni sensitif sangat ar. Takkan la kita sumbat muka kau dalam jamban pun, kau nak nangis." - Nordin.

6.
"Tapi ada banyak lagi kerja kita kena buat. Untuk mengupas misteri hidup awak ni Nordin." - Dr Ika.
"Saya rela dikupas" - Nordin

7.
"Kau ni dah la gemuk, bodoh pulak tu!" - Masron Hj Dasuki a.k.a Roy

8.
"Hee... Ada mutut ka? Haa? You jangan main-main saya punya feeling ha.. Saya anak yatim tau ka? Haa?" - Tan Sri Michael [Tuan Punya Michaelsoft]

9.
"Nama aku bodoh la Roy... Roy la bodoh!" - Masron Hj Dasuki a.k.a Roy

10.
"Pakcik teringatkan anak pakcik. Tapi dorang semua dah takde dah." - Pakcik Jalil.
"Apsal pakcik tak cari dorang?" - Nordin.
" Nak cari buat ape? Anak-anak pakcik semua taknak ngaku pakcik ni bapak dia. Dah tak mahu ada apa-apa hubungan dengan pakcik pun." - Pakcik Jalil.
"Apsal macam gitu sekali pakcik?." - Nordin
"Biasa la masa tu muda-muda, darah cepat panas. Tali pinggang dengan buku lima ni, jadi guru kat dorang dengan mak-mak dorang tu. Pakcik ni bukan apa. Niat baik. Suapa dorang tu tak la menderita macam pakcik ni." Pakcik Jalil.
"Pakcik tak rindukan dorang ke? Mungkin kalau pakcik berjumpa dengan dorang, pakcik boleh mengubah keadaan pakcik sekarang." - Nordin
"Bukan aku tak rindu. Aku rindu jugak. Tapi dorang tu melampau. Dia suruh aku mintak maap pada dorang. Mana boleh! Aku ni orang tua. mana boleh aku minta maap pada dia. Berdosa." Pakcik Jalil.
"Pakcik rela tak jumpa dengan anak-anak pakcik walaupun dengan hanya minta maap tu je Pakcik boleh jadi lebih bahagia." - Nordin.
"Aku rela, aku rela. Ini soal maruah aku. Mana boleh aku minta maap pada anak aku. Dulu bapak aku pun tak pernah mintak maap dengan aku. Bapak kepada bapak aku tak pernah mintak maap pada bapak aku punya bapak. Macam mana nak mintak maap? Lagipon bapak kepada bapak kepada bapak aku dulu, tak pernah pun jumpa pada bapak kepada bapak aku mintak maap. Lagi, nbapak 3 pangkat bapak......." - Pakcik Jalil.
"Gila rupanya..." - Nordin

11.
"Disebabkan saya takut diherdik, dihina, ditekan saya jarang bergaul semasa saya kecik dan juga sekarang ni. Tapi dalam masa 2 hari ni, Ika dah memaksa saya bergaul dengan bermacam jenis orang yang berada disekeliling saya ini. Ika tahu apa yang saya nampak? Saya nampak diri saya dalam mereka. Kita semua sama aje. Saya masih boleh berbuat sesuatu dengan hidup saya. Saya tak nak nanti bila saya dah tua, nasib anak mcm hidup saya. " - Nordin

12.
"Pepatah melayu pernah berkata... Malang tidak berbau tetapi kemalangan itu memang berbau... petrol dan karbon monoksida." - Nordin.

13.
"Roy tidak menemui ajalnya dalam kemalangan itu kerana beliau betul-betul ingin hadir dalam Buli part 2" - Nordin

Monday, December 03, 2007

BREAKING THE CODE - POR QUE NO TE CALLAS!

Yasa kat hafam pa'e lerpu yasa taka ladam post yasa laki ni'i. Pati yasa rabu retingat sapal nekangan di kesitar mazan perkesolahan yasa ludu. Maku tesmi da'a nekangan sama mazan kesolah ludu nak?
~
1.
Habasa Terlabik in dikerpenalkan lo'eh Yotak... Opss... Rekasang yi'de dusah daji gikgu... Lo'eh Gikcu Yotak... Luma-luma yasa kat hafam pa'e yang yi'de bemsang. Camam yisal ej nyubinya. Sara camam hamu tenhak ej tama yi'de yang lujing ut. Pati, mala-mala, habasa terlabik in dusah daji lopupar. Tasu kesolah dusah nuga habasa in. Radi dubak form 1 pamsai ke keringpat rugu-rugu lekas yang kick up. Katat kan tukuk ta'au kami gikcu pedan-pedan nup lobeh besab riodang kuban hafam. Takat tukuk Hayay Wa'ang cunbit pedan yi'de nup yi'de lobeh legak besab kat hafam... Hahahahahha..... Gahabia...
~
~
2.
Ut tice 10 hatun ludu. Kesarang, lumpukan Dpiser dusah nuga u'bat galu. Yi'de taput yabar kedisit mokisen dapa Gikcu Yotak... Hahahah.... Yekisan Gikcu nepat raci habasa rabu, dpiser lobeh u'bat galu lupak...
~
~
3.
Rokang nuga habasa in gali? Yasa nuga kiset-kiset ej besab dusah kat safih hal.... Pati Galbat ludu ngasat safih besab Yotak ludu ba'ang kang'at yide. Wa'ang meguk nup masa. Is Sibu....
~
~
Ah... najaj pamher lebum bahis. Yasa bamsung kaman ludu hal...

Friday, November 30, 2007

JIWA BERKARAT PEKAT, LEBIH LIKAT DARI KEBOSANAN AKU

1.
Haa... Dok umah ni best gak... Makan tak payah susah-susah nak cari. Semua dah ada. Makan pun cukup 5 kali sehari tanpa perlu memikirkan duit yang keluar. Bak kata kawan aku "Dah tanggungjawap mak bapak". Nak basuh baju pun tak payah susah payah nak cari duit besi. Kalau tak, pusing satu hostel mencari duit besi. Pulak tu, RM2 sekali cucian... Kalau 2 cucian, 3... 4... Tak ke makan RM10 gak. "Duit makan 2 hari tu..." Kata kawan aku. Tapi aku kat umah ni, buat masa ini, makanan belum kena catu lagi [Catuan ini hanya untuk aku sahaja. Perintah dari Ma'am besar] sebab makanan lebihan raya tempoh hari masih bersisa lagi. Secara officialnya, tugas aku adalah untuk "clear"kan segala macam kuih raya, kerepek raya, jajan-jajan hamper yang berjenama Cap Ayam Ntahapeapentah dan segala serdak-serdak biskut. Kenapa aku? Sebabnya mudah sahaja. Kerana aku je dalam rumah ni yang berpegang pada prinsip "Tolak kayu dengan batu je, yang lain semua lazat". Ha... Bermanfaat gak aku kat umah ni...
~
~
2.
Duduk kat umah ni rasa macam lain macam je. Ye la... Kat hostel kan banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti buat sepah bilik orang, layan movie 24 jam tanpa henti, tidur lebih 8 jam sehari, borak kosong sampai jam 6 a.m walaupun topiknya sangat la bosan dan macam-macam lagi yang orang dah bekerja susah nak buat. Tapi yang memang betul-betul buat aku rasa lain ialah takde budak ketuk pintu bilik aku nak beli rokok dan top up [Roommate aku yang jual, aku tolong je] atau saja nak lepak tengok movie atau sahaja nak kawan-kawan....
~
"Bang, rokok ada?" Tanya sorang dak kelate sapa ntah..
~
"Macha, itu rokok ada ka?" Tanya si Vell, jiran selang 2 bilik...
~
"Top up ada...? Bg maxis.... RM1o.... 1 je... " Ada sorang budak sabah, aku tak kenal...
~
"Bang, ada tukar duit syiling RM2 tak?" Tanya si Daus, junior yang nak basuh baju guna mesin...
~
"Ben, ada rokok tak? Aku sangap nih..." Tanya Tux yang kesangapan... Winston 18 = 10 jam...
~
"Nah... Aku sudah pulangkan ya!.." Si Dien D112 yang selalu pinjam koleksi DVD aku.
~
"Pa***t!!!!" Jerkah Chikamatsu a.k.a Kucing Kurap a.k.a Gham [Kata Syazwan] tiap kali buka pintu bilik aku.
~
Ah.... Aku rindukan suasana sibuk tapi rileks...
Aku rindukan suasana sibuk buat assignment sampai jam 5/6 a.m...
Aku rindukan bunyi "Teeetttt..." mesin pengimbas tiap kali imbas kad matriks untuk naik bas...
Aku rindukan peluh penat lelah aku berlari takut lambat ke kelas...
Aku rindukan bau asap bas UNIC tiap kali aku terlepas bas...
Aku rindukan hilai tawa pondan-pondan 4 orang yang selalu berangan nak jadi model...
Aku rindukan nasi lemak yang izazi jual selalu tu...
Aku rindukan naik motor Gham yang pancit setiap kali aku naik. Jahanam...
Aku rindukan bunyi motor Cikgu Jalal yang macam haram...
Aku rindukan loghat kedah pekat dari si Muaz... Awat hang loglaq sangat....
Aku rindukan suara Bujam menyanyi, yang kerap kedengaran dari dalam bilik aku. Sedap suara budak ni...
Yang paling aku rindukan... Nasi Goreng Ayam Makcik Changlun.... Serta anak daranya... hehehe...
~
~
3.
Ntah sem depan apa plak la citenya ek? Yang pastinya memang tak macam sem lepas. Mesti korang-korang ada pengalaman macam ni kan? Lebih-lebih lagi part main game. Sampaikan buat connection bilik ke bilik [Mcm Balgat]. Tak pun pengalaman selalu pi dating [Mcm Syihanz]. Hahaha.... Pengalaman aku? Buat masa ni, takde pape yang best... Biasa-biasa je...
~
Bosan. Aku nak blah...
~
Buntu dan good bye...
~
Aku nak sambung habiskan sisa makanan...

Monday, November 26, 2007

BROKEN HEART SYNDROME


1.
Pernah dengar tak penyakit ini? Benar... Ini bukan penyakit MC nak mintak cuti. Ini bukan penyakit nak meraih perhatian orang. Ini penyakit adalah benar-benar kejadian. Walaupun kes-kes yang dilaporkan adalah kecil, ini tidak bermakna penyakit ini tidak merbahaya. Kebanyakkan yang dilaporkan berakhir dengan kematian. Apekejadahnya penyakit ini? Nama macam pelik je?

~

**Aku rasa macam kena penyakit ni la.

2.
Sebentar tadi aku ada menonton drama bersiri "House M.D" di saluran AXN. Ya... Episod kali ini mengesahkan pesakit yang menghidap "Broken Heart Syndrome". Seorang sukarelawan lelaki telah menyelamatkan seorang wanita yang dia sendiri tidak kenali dalam satu kebakaran berkeadaan "BackDraft" di mana lelaki ini terpaksa menjalani prosedur pencantuman kulit selepas peristiwa itu. Itu kisah lama mereka. Mereka menjadi kawan selepas peristiwa itu. Sekali lagi kebakaran berlaku yang hampir meragut nyawa wanita ini tapi lelaki ini gagal menyelamatkanya kerana pengsan sebelum sempat memberikan bantuan. Wanita itu selamat dan sentiasa menemani lelaki itu di hospital. Pasukan House cuba mencari jawapan persoalan mengapa lelaki tadi boleh pengsan secara tiba-tiba. Rupa-rupanya mereka tersalah diagnosis. Setiap kali lelaki ini bersama dengan wanita itu di hospital, setiap kali itu lah dia terkena serangan jantung. Serangan ini agak pelik kerana jantung lelaki ini adalah sihat. Rupa-rupanya ia berkaitan dengan Sindrom Patah Hati kerana ia suka wanita itu dan tidak pernah menyatakan perasaannya sehinggalah dia mendapat berita bahawa wanita itu adalah tunang abangnya! Ironiknya, itu semua adalah khabar angin dan lelaki itu telah menjalani prosedur renjatan otak untuk memadam segala memori dan menyelamatkan nyawanya sebelum dia mengetahui keadaan sebenar.

~

3.
Penyakit ini berkaitan dengan kardiologi. Penyakit ini berpunca daripada kejutan emosi yang akan menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi walaupun jantung adalah sihat dan segala saluran arteri dalam keadaan baik selepas pemeriksaan andiogram. Berlainan sama sekali dengan penyakit jantung biasa yang berpunca daripada salur arteri yang tersumbat. Kegagalan kardio dan permainan emosi mungkin mempunyai kaitan secara terus dan inilah yang dikaji oleh sepasukan pakar dari John Hopkin Medicine dan masih lagi dalam peringkat kajian.

~

** Aku taknak la kena penyakit ni. Aku tak kahwin lagi. Amal pun tak cukup.

Link ke John Hopkin Medicine : Broken Heart Syndrome

AKTIVITI BERMORAL SELEPAS PEPERIKSAAN PART 2

Venue : Tasik Kolej ***
Masa : 8.30pm - 12.30am
Tarikh : 23 November 2007
Aktiviti : Aktiviti lain selain makan.



Part 2 [AKHIR]


Err.. Bukan... Ini bukan Jailani, pekerja Restoren Subaidah. Betul... Ini juga bukan foreign student yang menjadi kegilaan ramai student Malaysia. Ya... Ini cuma Azam je. Transformasi yang berlaku pada wajahnya adalah kesan daripada kelewatan bermulanya majlis makan ayam yang sepatutnya mula awal. Menahan lapar tahap dewa kot.
[**Penaja Pisau Cukur : Gillette]

Ini adalah contoh 2 student yang berdedikasi dalam pelajarannya. Dalam kesibukan orang memanggang ayam, membakar kerang, menyalai sosej dan membancuh air, mereka tetap tenang membincangkan tugasan OSH 2 yang masih belum selesai walaupun exam pada hari esok [27 November 2007].

Aktiviti yang menjadi ketakutan student dalam mana-mana majlis yang dilangsungkan di sekitar tasik ini. Campak dalam tasik. Yang dah kena tu, kena la. Yang ni pulak, antara mangsa tapi tak jadik, untuk malam itu. Rontaan yang ganas menyebabkan pegangan tangan mastermind aktiviti ini terlepas dari badan mangsa. Lepas dari ini. Semua tak berani nak duduk dekat dengan tasik. Menjauhi radius 5 meter dari tasik. Hahahaha....
[**Mangsa : Tux] [**Pemangsa/Mastermind : Acap]

Jarang kita dapat lihat orang gembira lepas BBQ melompat riang. Maklum la perut dah sarat dengan makanan. Yang lain pulak ceritanya. Mungkin perut dia kosong lagi kot. Tu yang larat nak lompat. "Perut tak kenyang pun, lompat je la". Mungkin itu kata hati Roy @ Rahim. Tengok tu, dengan buat muka ghairah tu.

Anyway, majlis ni best sangat. Makanan macam-macam, cukup, takde yang tak cukup makan. Air pun best [Mesti la best, aku yang bancuh]. Pemula api yang berpengalaman pun ada [**Credit to Apit Kelisa Biru]. Terima kasih juga kepada pemanggang ayam amatur [**Thanks to Syazwan, Siham, Alnadine, Mirul, Denan, Tux, Azam] dan pemanggang/pemeram ayam profesional [**Thanks t0 Herman dan Danny]. Terima kasih juga kepada penganjur yang bersusah payah kutip wang dan beli barang [**Thanks to Yeop dan Acap]. Thanks juga kepada pemeriah majlis pada malam itu [**Thanks to Azam, Denan, Mat Akhir, Mirul, Lan, Roy, Azrai'e, Dayat, Acap, Yeop, Farhan, Apit, Jep, Apai, Syazwan, Siham, Aben, Danny, Herman, Tux, Alnadine dan Sahak.]. Next semester buat lagi. Makanan lebih sikit. Makan sampai mabuk plak. Hahahahaha.....

DAYUS! LAGAK BAGAI HERO SOYUZ! JANGAN JAGI PERENGUS!

1.
Sejuta kemaafan kepada semua rakan-rakan jika sejak akhir-akhir ini saya telah melakukan kesilapan sekali lagi dalam hidup saya dan kesalahan kepada rakan-rakan sekalian. Dengan ini saya akan delete segala link dengan rakan-rakan sekalian supaya kesilapan saya ini tidak berulang buat kali kedua kepada rakan-rakan lain. Buat takut atau pengecut, cuma saya sayang untuk kehilangan persahabatan. Biar saya meminta maaf sekali lagi. Itu pun jika maaf saya ini ada nilai lagi dalam hidup rakan-rakan. Jika mahu meminta aku untuk meminta maaf secara 1 by 1 anak jantan, maaf aku tak boleh lakukannya. Aku bukan stand-on-earth person. Aku boleh jadi gila sebab rasa guilty, untuk seumur hidup aku. Aku kena lari dari realiti. Itu aku... Jangan suruh aku ubah. Aku dah penat jadi bukan diri aku.
~
** Aku dah tak tahu nak buat apa. Sorry. Aku buntu. Kosong. Blank. Blur.
2.
Jika ada rakan-rakan yang mengharapkan saya siarkan gambar jamuan open house saya, tolong berhenti berharap untuk masa terdekat ini kerana tarikh jamuan terpaksa ditangguhkan kepada sabtu hadapan [1 Disember 2007]. Benar, saya telah bohong tapi itu semua bukan dirancang. Maaf sekali lagi dipohon.
~
** Aku masih lagi buntu. Menipu ini susah. Kadangkala terlupa dengan apa yang ditipu. Tapi aku tak bohong. Perasaan aku selama ini juga bukan bohong. Tapi entah, kosong...
3.
Kadangkala aku menyesal berada dalam persekitaran teknologi. Aku benci keadaan ini. Ada bocah-bocah goblok pi'eng, kementus dan gonjol yang salahgunakan teknologi. Maki hamun bahasa utama. Bahasa yang menjadi kebanggaan mereka. Mungkin ini cara bocah-bocah sekarang untuk lepasan stress masing-masing. Agaknya, dah takde lagi ke Pakar Sakit Jiwa dan Kaunselor untuk bantu mereka. Salah maki, terkena batang hidung sendiri. Ada pula kata-kata yang buat orang titiskan air mata. Bukan air mata kegembiraan atau kejayaan tapi air mata penyesalan dan kebencian. It's very uncool to let others crying dude.
~
** Tiada lagi yang dapat pecahkan kebuntuan aku. Maaf pun dah takde nilai. Aku masih buntu...
4.
Aku pikirkan selepas musim peperiksaan ni, dapat la aku jadi hero. Macam Hero Soyuz. Arghh!!!! Tetiba plak rasa stress. Perlukah aku menggunakan bahasa kesat sebagai bahasa utama aku sekarang memandangkan aku dalam keadaan stress? Relax... Jangan jadi perengus.
~
** Aku kosong. Guilty. Bersalah. Yang tertuduh. Hilang kawan. Rasa malu. Segan. Kenapa aku yang terpilih untuk rasa semua perasaan ini sekaligus? Perlukah aku gunakan Mesin Pengisar untuk sebatikannya agar tiada rasa pahit ketika menelannya? Hidup ni macam ubat. Ada yang manis ada yang pahit. Kadangkala ada yang murah ada yang mahal. That is the price that we have to pay.

Saturday, November 24, 2007

AKTIVITI BERMORAL SELEPAS PEPERIKSAAN PART 1

Venue : Tasik Kolej ****
Masa : 8.30pm - 12.30am
Tarikh : 23 November 2007
Aktiviti : BerBBQ bersama-sama serta bergelak-ketawa



PART 1


Geng-geng BBQ yang kebuluran berposing berkumpulan.
[**Sorry gambar kurang memuaskan pada waktu malam bulan purnama]
[*Penaja Kamera : Danny]



Laptop [*Penaja : Apai] dan Sound System Edifier [*Penaja: Tux] memuaskan dengan lagu-lagu yang seringkali ditukar oleh tangan-tangan gatal yang telinganya tak bisa mendengar lagu mendayu-dayu.



Hidangan sampingan [*Kerang bakar dan sosej ayam Cap Ayam] yang menyebabkan banyak lidah terliur, seluar terbakar, tangan melecur dan telinga berdesing kena sound.
[*Penaja Tray Buffet : Apit Kelisa Biru]



Pembuka selera yang dijamah enak oleh Mirul. Walaupun dicedok menggunakan serpihan cawan polistrin tapi keenakan dadih milo dan vanilla tetap tidak berkurang.
[*Penaja Dadih : Herman,Yeop]-[*Penaja Peti Sejuk Utk Sejukkan Dadih: Dayat]



Air standard bagi mana-mana majlis BBQ di serata Malaysia. Air Oren Sunquick. Walaupun tak habis pada malam itu, ia boleh di"recycle" semula sebagai minuman pemuas nafsu selepas bersukan untuk hari-hari yang akan datang.
[*Penyedia Minuman : Acap, Apai, Yeop, Aben]





Kisah Penculikan
Biru: Kau tutupkan kerang ni.
Hijau : Tutup pakai paper boleh?
Biru : Boleh la. Takut kena culik la.
Hijau : Kau tak boleh tutup sendiri ke? Saje je nak bermanja dengan aku.
Biru : Aku nak potong tembikai. Takut orang culik tembikai ni pulak.
Hijau : Aik? Tu pun ada orang nak culik gak ke?
Biru : Ada. Penculik yang kebulur...


[**Segala kata-kata adalah khayalan penulis semata-mata]