Saturday, November 24, 2007

AKTIVITI BERMORAL SELEPAS PEPERIKSAAN PART 1

Venue : Tasik Kolej ****
Masa : 8.30pm - 12.30am
Tarikh : 23 November 2007
Aktiviti : BerBBQ bersama-sama serta bergelak-ketawa



PART 1


Geng-geng BBQ yang kebuluran berposing berkumpulan.
[**Sorry gambar kurang memuaskan pada waktu malam bulan purnama]
[*Penaja Kamera : Danny]



Laptop [*Penaja : Apai] dan Sound System Edifier [*Penaja: Tux] memuaskan dengan lagu-lagu yang seringkali ditukar oleh tangan-tangan gatal yang telinganya tak bisa mendengar lagu mendayu-dayu.



Hidangan sampingan [*Kerang bakar dan sosej ayam Cap Ayam] yang menyebabkan banyak lidah terliur, seluar terbakar, tangan melecur dan telinga berdesing kena sound.
[*Penaja Tray Buffet : Apit Kelisa Biru]



Pembuka selera yang dijamah enak oleh Mirul. Walaupun dicedok menggunakan serpihan cawan polistrin tapi keenakan dadih milo dan vanilla tetap tidak berkurang.
[*Penaja Dadih : Herman,Yeop]-[*Penaja Peti Sejuk Utk Sejukkan Dadih: Dayat]



Air standard bagi mana-mana majlis BBQ di serata Malaysia. Air Oren Sunquick. Walaupun tak habis pada malam itu, ia boleh di"recycle" semula sebagai minuman pemuas nafsu selepas bersukan untuk hari-hari yang akan datang.
[*Penyedia Minuman : Acap, Apai, Yeop, Aben]





Kisah Penculikan
Biru: Kau tutupkan kerang ni.
Hijau : Tutup pakai paper boleh?
Biru : Boleh la. Takut kena culik la.
Hijau : Kau tak boleh tutup sendiri ke? Saje je nak bermanja dengan aku.
Biru : Aku nak potong tembikai. Takut orang culik tembikai ni pulak.
Hijau : Aik? Tu pun ada orang nak culik gak ke?
Biru : Ada. Penculik yang kebulur...


[**Segala kata-kata adalah khayalan penulis semata-mata]

2 comments:

Komenlah Aku