Tuesday, December 04, 2007

SEDATIFKAN OTAK AKU AGAR FIKIRAN AKU KOSONG


Pasti korang dah pernah tengok cerita "Buli" arahan Afdlin Shauki. Filem ini telah menjulang namanya dalam persada filem tempatan. Ia telah memenangi pelbagai anugerah dalam pelbagai festival. Ada beberapa dialog dalamnya yang aku ingin kongsikan bersama korang. Bukan apa, dialognya kelakar dan memberi makna yang berlainan dari makna yang konvensional. Makan dalam beb... Ini antara favourite dialog aku.

1.
"Martabat tu tak dapek nak bolikan lampin cucu den tu ha. Kodai bosar semua tu nakkan ringgit malaysia tu.." - Mak Dr Ika

2.
" Adakah kawan-kawan anda memberikan nama timangan lain seperti si gemuk, si debab, si boroi. Bintat turun. Fee Low. Happy mere sathi. Fatty Boom Boom. Adakah pencuri sering bersembunyi di belakang anda untuk mengelak dari dikesan oleh pihak berkuasa...?" - Din Beramboi [Promoter produk LU.SLIM.LA.BEB!]

3.
"Adakah perut anda [Fonte] boleh kelihatan dari Dubai, Karachi atau Istanbul?" - Din Beramboi [Promoter produk LU.SLIM.LA.BEB!]

4.
"Nordin, jom kita masuk dalam [Butik B.U.M] sekejap" - Dr Ika
"Takpe la you masuk je la. I tak suka pilih baju. Takde saiz." - Nordin

5.
"Mungkin saya yang sensitif sangat... kot. Dulu-dulu kawan-kawan saya semua selalu cakap. Weh Nordin, kau ni sensitif sangat ar. Takkan la kita sumbat muka kau dalam jamban pun, kau nak nangis." - Nordin.

6.
"Tapi ada banyak lagi kerja kita kena buat. Untuk mengupas misteri hidup awak ni Nordin." - Dr Ika.
"Saya rela dikupas" - Nordin

7.
"Kau ni dah la gemuk, bodoh pulak tu!" - Masron Hj Dasuki a.k.a Roy

8.
"Hee... Ada mutut ka? Haa? You jangan main-main saya punya feeling ha.. Saya anak yatim tau ka? Haa?" - Tan Sri Michael [Tuan Punya Michaelsoft]

9.
"Nama aku bodoh la Roy... Roy la bodoh!" - Masron Hj Dasuki a.k.a Roy

10.
"Pakcik teringatkan anak pakcik. Tapi dorang semua dah takde dah." - Pakcik Jalil.
"Apsal pakcik tak cari dorang?" - Nordin.
" Nak cari buat ape? Anak-anak pakcik semua taknak ngaku pakcik ni bapak dia. Dah tak mahu ada apa-apa hubungan dengan pakcik pun." - Pakcik Jalil.
"Apsal macam gitu sekali pakcik?." - Nordin
"Biasa la masa tu muda-muda, darah cepat panas. Tali pinggang dengan buku lima ni, jadi guru kat dorang dengan mak-mak dorang tu. Pakcik ni bukan apa. Niat baik. Suapa dorang tu tak la menderita macam pakcik ni." Pakcik Jalil.
"Pakcik tak rindukan dorang ke? Mungkin kalau pakcik berjumpa dengan dorang, pakcik boleh mengubah keadaan pakcik sekarang." - Nordin
"Bukan aku tak rindu. Aku rindu jugak. Tapi dorang tu melampau. Dia suruh aku mintak maap pada dorang. Mana boleh! Aku ni orang tua. mana boleh aku minta maap pada dia. Berdosa." Pakcik Jalil.
"Pakcik rela tak jumpa dengan anak-anak pakcik walaupun dengan hanya minta maap tu je Pakcik boleh jadi lebih bahagia." - Nordin.
"Aku rela, aku rela. Ini soal maruah aku. Mana boleh aku minta maap pada anak aku. Dulu bapak aku pun tak pernah mintak maap dengan aku. Bapak kepada bapak aku tak pernah mintak maap pada bapak aku punya bapak. Macam mana nak mintak maap? Lagipon bapak kepada bapak kepada bapak aku dulu, tak pernah pun jumpa pada bapak kepada bapak aku mintak maap. Lagi, nbapak 3 pangkat bapak......." - Pakcik Jalil.
"Gila rupanya..." - Nordin

11.
"Disebabkan saya takut diherdik, dihina, ditekan saya jarang bergaul semasa saya kecik dan juga sekarang ni. Tapi dalam masa 2 hari ni, Ika dah memaksa saya bergaul dengan bermacam jenis orang yang berada disekeliling saya ini. Ika tahu apa yang saya nampak? Saya nampak diri saya dalam mereka. Kita semua sama aje. Saya masih boleh berbuat sesuatu dengan hidup saya. Saya tak nak nanti bila saya dah tua, nasib anak mcm hidup saya. " - Nordin

12.
"Pepatah melayu pernah berkata... Malang tidak berbau tetapi kemalangan itu memang berbau... petrol dan karbon monoksida." - Nordin.

13.
"Roy tidak menemui ajalnya dalam kemalangan itu kerana beliau betul-betul ingin hadir dalam Buli part 2" - Nordin

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku