Monday, November 26, 2007

AKTIVITI BERMORAL SELEPAS PEPERIKSAAN PART 2

Venue : Tasik Kolej ***
Masa : 8.30pm - 12.30am
Tarikh : 23 November 2007
Aktiviti : Aktiviti lain selain makan.



Part 2 [AKHIR]


Err.. Bukan... Ini bukan Jailani, pekerja Restoren Subaidah. Betul... Ini juga bukan foreign student yang menjadi kegilaan ramai student Malaysia. Ya... Ini cuma Azam je. Transformasi yang berlaku pada wajahnya adalah kesan daripada kelewatan bermulanya majlis makan ayam yang sepatutnya mula awal. Menahan lapar tahap dewa kot.
[**Penaja Pisau Cukur : Gillette]

Ini adalah contoh 2 student yang berdedikasi dalam pelajarannya. Dalam kesibukan orang memanggang ayam, membakar kerang, menyalai sosej dan membancuh air, mereka tetap tenang membincangkan tugasan OSH 2 yang masih belum selesai walaupun exam pada hari esok [27 November 2007].

Aktiviti yang menjadi ketakutan student dalam mana-mana majlis yang dilangsungkan di sekitar tasik ini. Campak dalam tasik. Yang dah kena tu, kena la. Yang ni pulak, antara mangsa tapi tak jadik, untuk malam itu. Rontaan yang ganas menyebabkan pegangan tangan mastermind aktiviti ini terlepas dari badan mangsa. Lepas dari ini. Semua tak berani nak duduk dekat dengan tasik. Menjauhi radius 5 meter dari tasik. Hahahaha....
[**Mangsa : Tux] [**Pemangsa/Mastermind : Acap]

Jarang kita dapat lihat orang gembira lepas BBQ melompat riang. Maklum la perut dah sarat dengan makanan. Yang lain pulak ceritanya. Mungkin perut dia kosong lagi kot. Tu yang larat nak lompat. "Perut tak kenyang pun, lompat je la". Mungkin itu kata hati Roy @ Rahim. Tengok tu, dengan buat muka ghairah tu.

Anyway, majlis ni best sangat. Makanan macam-macam, cukup, takde yang tak cukup makan. Air pun best [Mesti la best, aku yang bancuh]. Pemula api yang berpengalaman pun ada [**Credit to Apit Kelisa Biru]. Terima kasih juga kepada pemanggang ayam amatur [**Thanks to Syazwan, Siham, Alnadine, Mirul, Denan, Tux, Azam] dan pemanggang/pemeram ayam profesional [**Thanks t0 Herman dan Danny]. Terima kasih juga kepada penganjur yang bersusah payah kutip wang dan beli barang [**Thanks to Yeop dan Acap]. Thanks juga kepada pemeriah majlis pada malam itu [**Thanks to Azam, Denan, Mat Akhir, Mirul, Lan, Roy, Azrai'e, Dayat, Acap, Yeop, Farhan, Apit, Jep, Apai, Syazwan, Siham, Aben, Danny, Herman, Tux, Alnadine dan Sahak.]. Next semester buat lagi. Makanan lebih sikit. Makan sampai mabuk plak. Hahahahaha.....

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku