1.
Aku dibesarkan dengan menonton drama-drama komedi. Banyak dah drama-drama komedi yang dah aku tonton samada komedi tempatan atau luar negara. Daripada sesengal-sengal lawak, silent comedy, komedi kampung hingga la ke komedi bahasa rojak. Semua aku suka sahaja yang aku tonton. Yang sangat sengal, aku off televisyen. Buat rosak otak aku je.
~
2.
Antara karektor yang aku suka ialah Mr Bean yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson. Kenapa aku suka? Suka hati aku la aku nak suka. Dah aku suka. Kalau korang tak suka sekarang, aku pasti satu ketika dulu korang pernah menyukainya sepertimana zaman kecil dulu korang suka beli Ding Dang atau Tora yang percuma mainan yang dulunya gah dan canggih. Sekarang korang suka lagi benda tu semua? Pastinya tidak kerana korang lebih cenderung menghabiskan duit beli replika kereta atau robot Transformers yang berharga puluhan ringgit berbanding Ding Dang yang hanya RM1 [percuma bebola coklat lagi] atau berhabis duit menonton wayang.[Seminggu 2,3 kali kan?].
~
3.
Kenapa Mr Bean? Dia pandai buat muka. Tahukah kamu bahawasanya gaji seorang comedian lebih besar daripada gaji penggali kuburr!!! Seorang yang berperwatakan serius berubah menjadi seorang yang sangat kelakar di depan lensa kamera walaupun tak banyak skrip yang digunakan. Dengan hanya drama komedi "Mr. Bean", dia berjaya menjual namanya ke serata dunia termasuk la negara kita, Malaysia. Bohong la kalau anda kata anda tak kenal Mr Bean sedangkan adik-adik kita yang seusia dengan abad ke-21 pun telah mengenalinya.
~
4.
Kebolehan Rowan Atkinson ni patut dicontohi oleh pemuda-pemudi zaman sekarang yang perlu bermuka-muka atas alasan kerja, ambil hati dan sebagainya. Dengan orang ni dia lain, dengan orang lain dia lain. Tak pandai buat muka? Tonton drama dan filemnya. Sekalipun anda kata ia lawak bodoh, saya pasti sekurang-kurangnya anda pasti tersenyum.
"Hutang sudah abes, Muka ata sinyum..."
tul tu.. adik aku yg kecik 2 org tu pun tau pasal mr. bean..
ReplyDeletepadehal, aku dah tgk criter2 die tu, lame dulu dah..
evergreen btul la die..