Wednesday, December 05, 2007

TIMBUNKAN AKU ILMU SETINGGI BUKIT AGAR DAPAT AKU MENCICIPINYA SEDIKIT DEMI SEDIKIT

1.
Maaf. Tiada paparan fotografi untuk majlis rumah terbuka aku tempoh hari. Aku miskin. Tiada kamera sendiri. Pinjam pun tak mampu.
~
2.
Hari minggu lepas, aktiviti aku penuh sangat sehingga nak bernafas pun rasa sayang. Pergi majlis perkahwinan sepupu aku membuatkan aku segera terfikir tentang nasib penjodohan aku. Adakah aku masih belum layak berbuat demikian atau aku takde masa atau tuhan masih belum mahu aku hidup berkeluarga. Aku sangat-sangat inginkan tapi belum bersedia kot. Entah. Aku tak tahu. Minta valium untuk aku mantul cara halal.
~
3.
Buat masa ini, bahagian cahaya otak aku ini sangat-sangat ketagih bahan bacaan berunsur suspen seperti mana karya Ramlee Awang Murshid. Bila abg Ramlee nak terbitkan buku barunya, itu masih lagi mencari tanda tanya seperti mana misteri hidupnya. Hidup kita misteri. Masa depan kita misteri. Cakerawala itu misteri. Misteri di mana-mana. Otak aku rindukan misteri yang lazat....

1 comment:

Komenlah Aku