Friday, November 30, 2007

JIWA BERKARAT PEKAT, LEBIH LIKAT DARI KEBOSANAN AKU

1.
Haa... Dok umah ni best gak... Makan tak payah susah-susah nak cari. Semua dah ada. Makan pun cukup 5 kali sehari tanpa perlu memikirkan duit yang keluar. Bak kata kawan aku "Dah tanggungjawap mak bapak". Nak basuh baju pun tak payah susah payah nak cari duit besi. Kalau tak, pusing satu hostel mencari duit besi. Pulak tu, RM2 sekali cucian... Kalau 2 cucian, 3... 4... Tak ke makan RM10 gak. "Duit makan 2 hari tu..." Kata kawan aku. Tapi aku kat umah ni, buat masa ini, makanan belum kena catu lagi [Catuan ini hanya untuk aku sahaja. Perintah dari Ma'am besar] sebab makanan lebihan raya tempoh hari masih bersisa lagi. Secara officialnya, tugas aku adalah untuk "clear"kan segala macam kuih raya, kerepek raya, jajan-jajan hamper yang berjenama Cap Ayam Ntahapeapentah dan segala serdak-serdak biskut. Kenapa aku? Sebabnya mudah sahaja. Kerana aku je dalam rumah ni yang berpegang pada prinsip "Tolak kayu dengan batu je, yang lain semua lazat". Ha... Bermanfaat gak aku kat umah ni...
~
~
2.
Duduk kat umah ni rasa macam lain macam je. Ye la... Kat hostel kan banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti buat sepah bilik orang, layan movie 24 jam tanpa henti, tidur lebih 8 jam sehari, borak kosong sampai jam 6 a.m walaupun topiknya sangat la bosan dan macam-macam lagi yang orang dah bekerja susah nak buat. Tapi yang memang betul-betul buat aku rasa lain ialah takde budak ketuk pintu bilik aku nak beli rokok dan top up [Roommate aku yang jual, aku tolong je] atau saja nak lepak tengok movie atau sahaja nak kawan-kawan....
~
"Bang, rokok ada?" Tanya sorang dak kelate sapa ntah..
~
"Macha, itu rokok ada ka?" Tanya si Vell, jiran selang 2 bilik...
~
"Top up ada...? Bg maxis.... RM1o.... 1 je... " Ada sorang budak sabah, aku tak kenal...
~
"Bang, ada tukar duit syiling RM2 tak?" Tanya si Daus, junior yang nak basuh baju guna mesin...
~
"Ben, ada rokok tak? Aku sangap nih..." Tanya Tux yang kesangapan... Winston 18 = 10 jam...
~
"Nah... Aku sudah pulangkan ya!.." Si Dien D112 yang selalu pinjam koleksi DVD aku.
~
"Pa***t!!!!" Jerkah Chikamatsu a.k.a Kucing Kurap a.k.a Gham [Kata Syazwan] tiap kali buka pintu bilik aku.
~
Ah.... Aku rindukan suasana sibuk tapi rileks...
Aku rindukan suasana sibuk buat assignment sampai jam 5/6 a.m...
Aku rindukan bunyi "Teeetttt..." mesin pengimbas tiap kali imbas kad matriks untuk naik bas...
Aku rindukan peluh penat lelah aku berlari takut lambat ke kelas...
Aku rindukan bau asap bas UNIC tiap kali aku terlepas bas...
Aku rindukan hilai tawa pondan-pondan 4 orang yang selalu berangan nak jadi model...
Aku rindukan nasi lemak yang izazi jual selalu tu...
Aku rindukan naik motor Gham yang pancit setiap kali aku naik. Jahanam...
Aku rindukan bunyi motor Cikgu Jalal yang macam haram...
Aku rindukan loghat kedah pekat dari si Muaz... Awat hang loglaq sangat....
Aku rindukan suara Bujam menyanyi, yang kerap kedengaran dari dalam bilik aku. Sedap suara budak ni...
Yang paling aku rindukan... Nasi Goreng Ayam Makcik Changlun.... Serta anak daranya... hehehe...
~
~
3.
Ntah sem depan apa plak la citenya ek? Yang pastinya memang tak macam sem lepas. Mesti korang-korang ada pengalaman macam ni kan? Lebih-lebih lagi part main game. Sampaikan buat connection bilik ke bilik [Mcm Balgat]. Tak pun pengalaman selalu pi dating [Mcm Syihanz]. Hahaha.... Pengalaman aku? Buat masa ni, takde pape yang best... Biasa-biasa je...
~
Bosan. Aku nak blah...
~
Buntu dan good bye...
~
Aku nak sambung habiskan sisa makanan...

2 comments:

  1. zaman di kampus mmg indah belaka...

    siot.. mana ko tau aku wat network sendiri sampai 3 blok? panjat bumbung tu..huhu... (sial.. kolej aku miskin xde network mcm kolej lain)

    benar aku mmg suka main game. seronok membunuh noob2 cyber..

    teringat dulu.. tiap2 minggu mesti bertukar² anime.. naruto, death note, one piece dsb...

    sekarang? apa ada itulah dia.. semuanya sendiri..kesorangan..kesepian..
    aku perlukan teman....


    *kem salam ngn anak dara Makcik Changlun....

    ReplyDelete
  2. cite ko bole wat drama mcm dunia baru.. tp mana bole jual rokok.. illegal maa..

    ReplyDelete

Komenlah Aku