Monday, June 30, 2008

ANAK SEORANG PROFESIONAL


Pulang dari Kuala Lumpur semalam, kami singgah di Nilai 3 untuk memenuhi hasrat emak aku yang teringin bebenor nak ke situ. Biasa la, sejak jadi penjahit pakaian wanita yang profesional, mengetahui paten-paten baru gaya tudung, jenis kain dan pelbagai fesyen lain adalah penting bagi emak aku. Sebagai modal perbualan dengan loyal customer dan potential customer.

Habis pusing seluruh Nilai 3 itu. Penat lutut bukan kepalang. Nasib baik lah keadaan kaki emak tidak mengizinkannya untuk berjalan lebih jauh. Jika tidak, lambat kami akan pulang ke rumah.


Belek punya belek, satu kedai ke satu kedai, aku selaku bouncer emak aku, pun belajar sekali pelbagai gaya tudung makcik-makcik masa kini. Kata emak aku, tudung jenis ini, jika dia beli di kedai di JB, boleh jadi RM30 harganya. Tapi di sini cuma RM8 jek. So, emak aku sambar 2 helai. Sekali pandang, aku rasa tudung ini macam tudung minah indon. Tapi bila aku tengok dan lebih 80% makcik-makcik di Nilai 3 yang datang ber"shopping", baik makcik kampung ulu banat sampai la ke makcik-makcik gaya ala-ala datin, semuanya pakai tudung ni. Popular jugak ye. Korang tak nak cuba?

****

"Mak, beli la kain ni. Lawa tau. Harga pun baru RM25 sepasang." Ujar aku.
"Tak mau la. Gayat." Jawap emak aku sambil tersengih.

Pap! Aku tepuk dahi. Ada ke gitu, bilamana aku menghulurkan sepasang kain baju kurung bernama Angkasawan Thai Silk.

****

Entah apa kena, Tol Skudai semalam, dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia berkereta. Aku syak mereka semua baru pulang dari menghantar anak-anak untuk mendaftar di IPT sekitar Kuala Lumpur atau ke arah Utara. Keadaan hujan, kereta bersesak membuatkan aku ingin mengamuk. Sebab perut lapar.

SEJENAK DI KUALA LUMPUR


Hari minggu yang lalu, aku merayap ke Kuala Lumpur. Bersama keluarga aku. Saya nak tengok-tengok hiruk pikuk bandaraya ini berbanding dengan bandaraya JB.

Sila ikuti laporan selanjutnya di sini.

Friday, June 27, 2008

KOMEN DARI PEMINAT : SEPI

Aku nak menyatakan di sini beberapa komen dan spoiler untuk bakal penonton filem Sepi yang kini menjengah pawagam tempatan.

1. Aku suka sangat adegan Adam dan Ilyana bergurau mesra di dapur restoren Adam. Dengan tepung yang bertaburan di atmosfera dapur. Fuh! Skor lagu yang tangkap leleh. Menjadi beb...

2. Suka sangat kisah cinta Imaan. Penuh falsafah, ayat-ayat indah dan misteri. Misteri? Ya, misteri.

3. Kisah ini semua ditemukan dalam satu insiden. Dan insiden disebabkan oleh kertas iklan (flyer) "Mencari Jodoh" yang bodoh. Insiden ini merupakan detik permulaan kisah sepi Sufi, pengakhiran kisah sepi Imaan dan pertengahan kisah sepi Adam.

4. Kisah sepi Sufi yang paling tak best!

5. Kotak kek Adam sangat-sangat tak realistik. Kek masuk dalam kotak, bawa huru-hara tanpa rosakkan krim kek?

6. Jennifer seksi sangat la. Auww!

7. Ilyana berperwatakkan ala-ala wanita melayu terakhir. Cucuk bunga Kamelia di rambut, pakaian baju ala-ala kebarung penuh dengan corak kerawang dan motif melayu. Fuh!

8. Tabir spring sama Khalil sebab berani beranang dalam Sungai Klang.

9. Memartabatkan puisi Khalil Gibran. You rock!

10. Adam macam aku. Sibuk kumpul kad kahwin member-member tapi jodoh asyik datang dan pergi. Hu Hu Hu.

Thursday, June 26, 2008

PUAS HATI!



Aku tak bohong. Aku sendiri rasa kagum. Kali ini 2 kali ganda.

Mulut aku melopong-lopong. Air liur meleleh-leleh. Belum campur tangis awek belakang aku lagi. Beria-ia dia nangis di bahu sang kekasih.

Rata-rata datang berpasangan. Lelaki dengan perempuan. Atau lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Cuma aku. Langkah keseorangan. Sepi.

Garapan cerita yang amat menarik. Pelakon masih lagi berjiwa. Rasa cinta memeluk jiwa aku. 3 cerita cinta yang berbeza. Dunia yang berbeza. Kejutan yang berbeza. Kejutan? Ya, ini bukan filem tipikal melayu. Sebab pengarahnya bukan melayu.

Susunan muzik yang mengkagumkan oleh Pacai. Aku suka. Mood cerita kena dengan lagu latar. Adegan romantiknya sangat romantik. Bukan tipikal romantik. Mungkin terasa macam khayalan sahaja sebab hakikatnya di dunia nyata, susah nak jumpa keadaan begini.

Aku suka karektor Adam. Ada kerjaya. Keluarga bahagia. Tapi bila masuk bab bercinta, memang "fail". Dia kelakar. Macam Po, Pahlawan Naga. Semua tahu reputasi Afdlin. Aksi kelakar selamba. Macam Po, Pahlawan Naga.

Sesuai dengan taglinenya "Cinta tak datang hanya sekali".

Seperti yang dirancang. Aku antara penonton pertama yang menonton filem ini.

BAWA PERGI RASA RINDU!



*PERCUMA! Hanya klik untuk mendapatkan gambar bersaiz wallpaper ini!

Wednesday, June 25, 2008

PELUANG PELUK BERUANG


Kadang-kadang kita tak perasan bagaimana rupa fizikal peluang itu. Ia datang dan pergi tanpa kita sedari. Dan yang lebih menyedihkan jika kita tahu yang kita sudah terlepas sesuatu peluang.

Peluang untuk diri kita memang tidak akan datang selalu. Cuma mereka yang bernasib baik sahaja yang dapat menangkap peluang itu sebelum ia berlalu pergi. Kita cuma perlu sensitif dengan persekitaran kita.

Menonton musim ke 4 siri drama Grey's Anatomy di saluran NTV7 pada malam sabtu yang lepas sungguh menerujakan saya kerana saya telah mengikuti setiap peristiwa yang berlaku dalam musim-musim yang lepas.

Kisah George yang gagal dalam peperiksaan dan terpaksa mengulang sesi praktikalnya. Kisah kegagalan percintaan Yang dan Burke serta Meredith dan Shephard. Kisah Addison yang bertukar ke L.A. Kisah Bailey yang kecewa sebab tak dapat jadi Chief Of Resident. Dan kisah-kisah tentang peluang mereka yang mereka sendiri tidak menyedarinya.

Kadang-kadang.

Bila peluang itu datang, kita tak rasa pun bahawa itu adalah peluang untuk kita sebab ia tidak kelihatan seperti ditakdirkan untuk kita. Ketika itu, hati kita akan berkata, "Biar la. Bukan rezeki kita." lalu menyerahkan keadaan bulat-bulat kepada takdir. Dan apabila peluang itu berlalu, barulah kita akan menepuk dahi dan berkata, "Damn it. Kalau la....".

Kadang-kadang.

Bila peluang itu datang, kita akan tunggu pula masa yang sesuai untuk menangkapnya sedangkan kita tahu bahawa peluang tidak akan datang selalu. Kita akan melengah-lengahkan masa. Seperti, jika kita sudah ada seseorang yang istimewa dalam hidup dan kita tahu yang dia amat menyayangi kita tetapi kita tidak melamar dia sebab kita tahu yang dia tetap akan suka kita walaupun kita tidak melamarnya. Kita terlalu pasti yang dia milik kita. Tapi kita kena ingat, dia itu manusia dan manusia itu sangat subjektif.

Kadang-kadang.

Kita tidak perlu menunggu sehingga peluang itu mencari kita. Kita perlu mencipta sendiri peluang untuk diri kita. Sesuatu akan menjadi lebih menarik jika dilakukan tanpa perancangan (tidak semua perkara). Sesuatu yang dilakukan secara spontan boleh menjadikan kita orang lebih berani. Dan misterius.

Yang penting adalah usaha kita untuk mendapat dan mencipta peluang.

Monday, June 23, 2008

ZAMAN INI BUKAN ZAMAN KOMUNIS BERLELUASA TAPI ITULAH HIDUP AKU


Curfew.

Apa yang kau tahu tentang curfew?

Bagi aku, definasinya terpulang kepada individu masing-masing.

Kalau dulu, masa komunis sibuk menentang tanah melayu. Perintah berkurung dikuatkuasakan oleh pemerintah. Untuk mengawal gerakan komunis dari memasuki kawasan kediaman. Juga mengurangkan aktiviti maksiat muda mudi. Apabila loceng dibunyikan, semua orang perlu berada di rumah masing-masing. Tak kira lah rumah banglo ke rumah setinggan ke. Kecuali rumah ibadat.

Sekarang. Apabila aku keluar rumah jam 10.00am dan pulang jam 6.00pm. Selangkah memasuki rumah pada jam 6.00pm itu, suara emak aku dengan pantas bak halilintar menerjah masuk gegendang telinga aku. Berdesing. Ada macam-macam cara. Ayat kasar. Ayat sindir. Semua aku dah dapat. Dan bermula tika dan saat itulah, penguatkuasaan perintah berkurung untuk diri aku bermula. Sehingga satu masa yang ditentukan kelak.

Kau. Boleh dikira beruntung. Sebab dapat berhu-ha sehingga lewat malam. Tak nak balik rumah pun tak apa. Bukan housemate nak risau pun. Lagi pun kalau kau nak enjoy, itu duit kau. Atas kerja kau. Kau boleh buat ikut suka.

Aku lain. Jika tidak pulang ke rumah, aku yang kena keluar rumah. Ada orang yang risaukan hidup aku. Ada peraturan dan undang-undang yang aku perlu patuhi. Kali pun aku nak enjoy, itu duit mak bapak aku. Perbelanjaan aku terbatas. Paling banyak pun aku ada sekarang ni RM7.80. Baki dalam akaun still maintan RM10.00 sejak 3 bulan yang lalu.

Itu pun kau susah nak faham ke?

Atau kau lebih suka cakap, "Aku nak jumpe gak bdk2 geng2 bintang ni, tapi mesti ade yg takmo jumpe aku kan?"

Cibai!

Saturday, June 21, 2008

BUAT APA HUJUNG MINGGU?



Kami sudah. Anda bila lagi? Test market kerja anda di sini. Macam-macam ada!

KISAH MALAM JUMAAT

Sejak aku mula duduk rumah, sepanjang cuti semester kali ini, semakin hebat aku pergi ke masjid pada waktu Maghrib dan Isya'. Perangai liar aku boleh dikawal. Semacam disumbatkan jiwa aku ke dalam rehab.

Malam Jumaat yang lalu, macam biasa. Macam yang di masjid-masjid yang lain adakan, acara membaca yasin mengambil tempat selepas selesai semuanya solat sunat ba'da maghrib.

Lepas itu, kaki aku mula rasa sengal-sengal. Pedih. Macam kena semut-semut. Aku ambil keputusan untuk ambil ubat dalam kereta.

Suasana luar masjid agak suram dan gelap, hanya dilimpahi lampu neon dari dalam masjid sahaja. Selangkah aku keluar, dapat aku rasakan ada sepasang mata yang memerhatikan aku. Aku jadi gerun.

"Mungkin perasaan aku je kot" Kata hati menyedapkan perasaan.

Aku menuju ke kereta yang aku parkir di tempat biasa aku parkir. Aku menjolokkan kunci ke lubangnya. Remote kereta ini sudah lama rosak. Nak tak nak, aku guna cara manual.

Aduh.. Aku jadi panik. Kereta ni buat hal lagi barangkali. Baru minggu lepas enjinnya buat hal. Kini pintu pula nak buat mogok. Aku cuba 2,3 kali.

Sah, pintu kereta rosak!

Sedang aku mula menyusun ayat berdalih yang aku perlu hujah pada ayah aku nanti, aku mundar mandir aku di tepi kereta. Keringat sudah mula berjujuran. Tiba-tiba, aku perhatikan rim kereta.

"Eh, bila masa pulak rim kereta aku ni jadi buruk?" Aku mula berfikir, hairan.

Tiba-tiba bunyi tingkap kereta diturunkan dengan janaan automatik. Terpacul satu kepala!

"Adik salah kereta kot. Ni kereta akak ni." Kata akak tudung kuning, dengan muka tahan gelak.

"Er... sori ye kak" ujar aku dengan muka yang amat malu.

Sial, walaupun tingkap kereta sudah ditutup, aku masih boleh dengar kekekan gelak tawa akak tadi. Tak henti-henti sampai la azan berkumandang.

Hilang rasa sakit kaki, timbul pula sakit hati.

Friday, June 20, 2008

SOKONGAN TERHADAP BUTANG!



.
Dalam nukilan saya yang ini, ada ramai yang menyokong dan tak kurang juga ada yang membantah. Ikut kata hati kamu. Setiap orang ada perspektif yang berbeza. Tapi pastikan jawapan anda bukan berlandaskan fantasi semata-mata. Lihat pada dunia sebenar dan keadaan sekeliling.
.
Baru-baru, filem ini baru ditayangkan di pawagam di Malaysia. Berdasarkan gezet yang ditayangkan, saya yakin filem ini menyokong pendapat saya ini.
.
Anda boleh baca sinopsisnya di sini.
.
Baca dan bandingkan dengan kisah Butang dalam entry saya yang terdahulu. Cuma bezanya, Butang tu kurang sikit hensemnya jika dibandingkan dengan Patrick Dempsey.
.
Bolehkah lelaki bersahabat baik dengan wanita? Waktu sudah tentukan. Kamu juga sudah tentukan. Kamu bersahabat baik dengan saya?
.
Tepuk dada, tanya selera.