Tuesday, April 29, 2008

SEKITAR MAJLIS MINGGU LEPAS

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya kerana komitmen yang diberikan oleh semua peserta. Masalah tempat membakar telah berjaya diselesaikan kerana ada 2 lagi majlis lain yang berlangsung di tempat yang sama; tepi tasik. Semuanya datang tepat pada waktunya, mungkin kerana takut tak dapat makan. Kerana yang hadir ini, nafsu mereka buas-buas belaka.


Gham : Ni nak potong macam mana ni Herman?

Herman : Ko potong je cepat-cepat. Tak kesah la macam mana pun.

Gham : Nanti tak lawa la.

Herman : Tak kesah la. 2 orang ni dah tengok semacam dah ni.

Gham : Biar la.

Herman : Tak boleh. Nanti dorang paw.

Daus : Lazatnya. Nak paw boleh? Ngeh...Ngeh..

Yeop : Lazatnya.....

Herman : Aku dah agak dah!

2 ketul ayam pertama yang **geseng kerana kelalaian dan kemantulan pemasak-pemasak yang dijemput khas dari beberapa buah kolej. AYAM AKU!!!


2 orang suspek dikehendaki dalam menyelesaikan jenayah pencopetan kerang bakar yang disaksikan sendiri oleh chef utama majlis, Herman. Tanpa segan silu dan terkantoinya mereka.

Monday, April 28, 2008

PERHATIAN! EGM KELAB BUJANG KAMPUS.


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Bujang Kampus akan mengadakan mesyuarat agong luar biasa dalam jangka masa terdekat ini. Di harap kepada semua ahli supaya mengambil perhatian terhadap mana-mana pengumuman akan datang.

Mesyuarat kali ini diadakan adalah untuk membuat perlantikan bagi posisi Presiden Kelab. Ini kerana dipercayai Presiden Kelab yang lama telah melanggar Akta Bujang 2006, "Mempunyai kekasih dalam jangka masa pengajian di kampus ini." Undang-undang menetapkan bahawa beliau akan dilucutkan jawatan serta merta.

Sehubungan dengan itu, mana-mana ahli yang berminat untuk menjawat jawatan ini, sila kemukakan resume yang lengkap dengan borang yang boleh didapati di pejabat kelab, dihantar tidak lebih dari tarikh 13 Mei 2008.

Ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat posisi Presiden Kelab;
1) Mesti seorang lelaki asli/tulen.
2) Pengguna talian prabayar maxis.
3) Tidak mempunyai teman wanita sepanjang tempoh perkhidmatan. (Jika masih belum ada)
4) Dilarang untuk bergayut lebih dari 5 minit.
5) Tidak mempunyai teman wanita di Kolej EON. (Jika telah mempunyai)
6) Tidak pandai menipu, kelepet, membohong.
7) Tidak mempunyai motosikal honda c70 berplatkan "CAD ...."
8) Mestilah tidak mudah cair dengan tipu daya wanita yang suka menipu.
9) Sedar diri.
10) Senarai kekasih gelap kurang dari 2 orang.
11) Nama wanita dalam kad sim telefon mesti kurang dari 5 orang.
12) Boxer bukan dari jenama Adidas.
13) Mempunyai baju kemeja lebih dari 7 helai dan tali leher lebih dari 5 helai.

Pemohon diingatkan bahawa tanggungjawab presiden amat berat dan requirementnya sangat ketat.

Selamat mencuba dan selamat beramal!

Saturday, April 26, 2008

PERLAWANAN MESTI TONTON YANG AKU TAK TONTON **kemaskini

Peminat bola sepak Eropah akan menjadi gila ini malam.

Yang minat Manchester, digelarkan Penyokong Pasukan Manchester.

Yang minat Chelsea, digelarkan Penyokong Pasukan Chelsea.

Yang minat dua-dua pasukan, digelarkan Penyokong Pasukan Manchelsea.

Yang tak minat dua-dua pasukan, akan gelar penyokong-penyokong ini Manchelshit.

Chow, aku mahu makan. Dengan tenang, Jauh dari pekik lolong penyokong fanatik.



**Dengan kekalahan Manchester 2 -1 ke atas Chelsea, maka tonggang langgang lah kampus kerana ketidakpuashatian penyokongnya terhadap pengadil kerana memberikan sepakan penalti pada saat-saat akhir. Kemarahan mereka juga ditujukan kepada pengusaha cafe kolej ini kerana hanya membenarkan menyaksikan perlawanan separuh masa pertama sahaja, sebab pengusaha cafe nak tengok Akademi Fantasia pada separuh masa kedua. Huh!

Wednesday, April 23, 2008

CERITERA DONGENGAN MODEN #2 : SINGA TASIK YANG BACUL

Ini kisah dongeng.

Ada suatu kisah.

Tentang seekor singa yang menguasai sebuah tasik. Tersangat la sombong dan riaknya dia. Cakap besar, berlagak sombong dan pelbagai mazmumah yang lain, diterapkan dalam nilai-nilai kehidupannya. Mengaku presidn kelab bujang la. Mengaku perempuan yang tergila-gilakan dia la. Buruk akhlaknya.

Rakan-rakan singa yang lain malas mahu ambil pusing dengan "kata-kata bangga diri tapi satu pun tak boleh pakai, hampeh!" yang diluahkan sang singa. Mereka tahu, jika singa tak berbuat demikian, orang tak hormat dia sebagai penguasa tasik. Biarlah dia, bila penat berbohong, pandai la dia berhenti sendiri. Mereka tahu perkara sebenar. Presiden kelab bujang mana ada pergi dating dengan awek sampai tengah malam. Mereka tahu dan belum bodoh lagi.

Satu hari, seekor kucing betina tersesat berdekatan tasik tersebut. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, kucing betina ini adalah dewi venus yang diidamkan selama ini. Selama ini dia hanya perhatikan dari jauh je. Bila rakan-rakan tanya, disembunyikan saja perasaan itu. Dikutuk-kutuk kucing betina itu. Tapi jauh di lubuk hatinya, perasaan sayang itu ada.

Sejak kucing betina itu hadir di persekitaran tasik, rakan-rakannya boleh melihatkan perubahan sikapnya. Ngaumannya kurang power. Kawasan tasik tak terjaga. Teruk! Bagaimana haiwan selemah kucing bisa ubah singa menjadi spesisnya? Hebat!

Suatu hari, seorang rakan singa mahu bermigrasi ke hutan yang lain. Ke hutan konkrit. Rakan-rakan singa yang lain mengadakan sedikit majlis untuk rakan itu. Namun kelibat singa langsung tidak kelihatan. Tapi si kucing betina ada. Pelik? Mungkin si kucing menhalang singa dari hadir.

"Eeeuuuwwww.... Tak malu... Takut bini..."

Tuesday, April 22, 2008

SESI GEMBIRA-GEMBIRA SEBELUM TAMAT PEPERIKSAAN

MAJLIS SUKA-SUKA BERGEMBIRA SEBELUM TAMAT EXAM

Pada 24 April 2008 ini, satu majlis BBQ student MISC yang bakal tamat dan bekas studentnya akan diadakan di persekitaran tasik Guthie pada jam 8.30pm. Justeru itu, para peserta dikehendaki membayar wang penyertaan sebanyak RM10.00 pada saya atau mana-mana wakil majlis, sebelum 23 April 2008.

Penyertaan tidak terhad kepada mana-mana bilangan peserta. Asalkan anda bayar, anda layak untuk menikmati juadah yang bakal kami sediakan. You pay, you eat. If not, get lost!

Kasar? Takde la.

Menu di dalam cadangan:
1) Ayam panggang.
2) Sosej Cap Ayam, yang dipanggang.
3) Bee hoon goreng.
4) Kerang bakar (kalau cukup budget)
5) Dadih, macam biasa.
6) Buah-buahan tempatan (actually, tembikai je)
7) Air oren sunquick (atau sirap atau air R.O)
8) Lain-lain itu kalau ada lebih budget.

Peserta dikehendaki memakai baju hitam "Till death do us apart" yang baru sampai last week pada majlis itu nanti. Alaa....yang Jamal handle aritu la.

Aktiviti-aktiviti lain adalah seperti sesi makan-makan (of course), nyanyi-nyanyi, mabuk-mabuk (metafora sahaja), gelak-gelak, kutuk-kutuk, campak orang dalam tasik, snap-snap gambar, nangis-nangis (depend pada peserta), dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Jangan ketinggalan ok? Kepada Roommate, balik cepat tau. I boring la tido sorang-sorang kat bilik tu :p

Monday, April 21, 2008

TANYA SAMA ITU HUD-HUD!


Hari ini menjadi permulaan bermulanya hari-hari terakhir seorang sahabat, Normala, untuk berada di kampus ini. Bukan kerana tamat pengajian, tetapi untuk meneruskan cita-cita dan kerjaya yang diidamkan selama ini. Selama dua tahun setengah kami bersama menuntut ilmu yang sama tetapi mempunyai pointer yang berbeza. Kenangan yang indah, buruk, jelek, lucu dan pelbagai lagi menjadi penyeri sepanjang persahabatan ini.

Beliau merupakan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum beliau berjaya melanjutkan pengajian dalam Kursus Perakaunan Sistem Maklumat di kampus ini, beliau terlebih dahulu mendapat didikan awal dalam bidang perakaunan di Politeknik Kota Kinabalu. Menyedari bahawa beliau lebih berpotensi untuk bekerja berbanding belajar, beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian kerana ditawarkan kerjaya yang cukup menarik. Beliau akan menghadiri sesi lapor diri di Putrajaya pada 5 Mei 2008 dengan menjawat jawatan Penolong Akauntan di kementerian yang masih belum pasti.

Menyedari bahawa rakan-rakan lain sedang bersungguh-sungguh mengulangkaji kerana peperiksaan hanya berada di sekitar selekoh, beliau mengambil keputusan untuk menghebahkan perkara ini kepada beberapa orang rakan kepercayaannya sahaja sebagai teman mengadu. Beliau bercadang untuk pergi tanpa mengucapkan bye-bye kepada kami. Sungguh kejam keputusan itu.

Dengan daya inisiatif gabungan beberapa kepala bengong para sahabat, mereka merancang untuk mengadakan majlis selamat tinggal secara kecil-kecilan peringkat rakan terdekat (sekitar kolej laluan B sahaja tetapi seorang sahabat laluan A tersesat di sini). Idea yang datang pada waktu petang itu dilaksanakan dengan masa yang singkat. Proses pembelian kek, jajan-jajan, snek-snek, air berkarbonat, biskut belanda (boikot!) dan juga friskies (?) mengambil masa kurang daripada 3 jam. Para AD-HOC majlis memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk memastikan program ini berjaya.

Setelah memastikan para jemputan semuanya telah hadir kecuali ZAN yang tidak kelihatan dengan alasan tidak kukuh; mahu study FALAN 2. Ke awek tak bagi datang? Atau ada alasan lain yang boleh menyebabkan kami rasa kasihan pada kamu? Ah...persetankan dia, kami memberi isyarat “O.K” kepada mastermind, Liza dan Oli supaya Mala dibawa dinner (Kononnya. Sebagai alasan je).

Setibanya Mala ke tempat majlis (Cement Ferro depan asrama wanita Kolej Petro), tiada riak wajah terkejut atau terperanjat. Hanya wajah yang biasa-biasa sahaja. Wajah biasa seperti pergi menghadiri kelas Puan Adura. Cis, kecewa betul. Dah la tak menitiskan air mata kesedihan, tak terkejut pula tu. Penat kami bawa berkoyan-koyan tisu muka (bukan tisu wanita) sebagai persediaan takut-takut ada yang teriak nanti. Hampeh.

Majlis yang berlangsung dengan penuh gelak ketawa, snap-snap gambar, kutukan-kutukan mengusik couple baru batch kami (Si dia dan Zan), potong-potong kek dan pelbagai lagi aksi lawak spontan yang dipersembahkan oleh badut-badut profesional kami. Nampaknya majlis berakhir dengan jayanya. Sesi ucapan penghabisan oleh wakil pelajar kursus AIS dan PURE diadakan dengan aman tanpa sebarang pertumpahan darah.

Enjoy! Beberapa gambar-gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung.
(click picture to enlarge)







Saturday, April 19, 2008

JALAN ALTERNATIF UNTUK BERCOUPLE


Mungkin kawan-kawan yang masih bujang dan mahu belanja mereka di Chilies.

Cuba try test. Mungkin anda tidak lagi merana hidup keseorangan.

Mana la tahu, berkesan.... :)

Friday, April 18, 2008

KASIHKU BER"BARE-BACK" HITAM PLASTIK YANG SEXY

**Kalau ada yang berkenan, jangan hubungi saya ok.
Saya bukan agen mereka.

Para kekasih yang dikasihi,
Ku curahkan rasa sayang ini,
Untuk kau hayati,
Betapa aku sayang kamu,
Cinta aku belum pernah pudar,
Biar kamu jadi kelam,
Biar kau jadi miskin,
Tapi kamu,
Kaya dengan fesyen,
Kamu anggun,
Itu kamu!

Monday, April 14, 2008

MEREKA MENCARI HIDUP MASING-MASING. HALUAN SENDIRI.


Kampus ini sudah memasuki zon peperangan. Pelajar sudah sibuk memenuhi kawasan perpustakaan dan kawasan-kawasan sunyi yang lain untuk mula menyediakan diri bagi menghadapi perang saraf ini. "Eye-bag" juga sudah menjadi trend masa kini. Tidur lambat. Dah rupa mata Gaara.

Kawan-kawan sekeliling juga sudah melangkah satu tapak ke hadapan dalam fasa kehidupan masing-masing. Sudah boleh nampak haluan masa depan sendiri. Jalan yang mereka pilih, aku harap adalah jalan yang tidak sia-sia.

Taqir, sibuk dengan projek "rollercoster" dan Konsert Amal Kasih Jamal dan Saleemnya.

Shahfler, sibuk dengan "khatib" kesayangannya dan pembacaan buku Art Of War, Sun Tzu-nya.

Jimbet, sibuk dengan karier baru, model iklan ubat gigi dan rantai manik.

Zan, sibuk dengan aktiviti "Hubby-Honey"nya.

Tomoq, sibuk dengan tugasan IF-nya,

Tutot, sibuk dengan penjualan penghabisan stok tudung-tudung bawalnya.

Mat Pen, sedang mabuk dilamun cinta kali kedua,

Judin....judin bukan kawan aku...

Jadinya sekarang, aku sahaja yang masih di takuk lama. Masa lapang aku diisi dengan blogging. Tak pun dengan menonton movie dan drama yang tak habis-habis lagi. Peperiksaan sudah berada di hujung selekoh. Kesedaran tak kunjung tiba lagi. Apa nak jadi?

Saturday, April 12, 2008