Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Bujang Kampus akan mengadakan mesyuarat agong luar biasa dalam jangka masa terdekat ini. Di harap kepada semua ahli supaya mengambil perhatian terhadap mana-mana pengumuman akan datang.
Mesyuarat kali ini diadakan adalah untuk membuat perlantikan bagi posisi Presiden Kelab. Ini kerana dipercayai Presiden Kelab yang lama telah melanggar Akta Bujang 2006, "Mempunyai kekasih dalam jangka masa pengajian di kampus ini." Undang-undang menetapkan bahawa beliau akan dilucutkan jawatan serta merta.
Sehubungan dengan itu, mana-mana ahli yang berminat untuk menjawat jawatan ini, sila kemukakan resume yang lengkap dengan borang yang boleh didapati di pejabat kelab, dihantar tidak lebih dari tarikh 13 Mei 2008.
Ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat posisi Presiden Kelab;
1) Mesti seorang lelaki asli/tulen.
2) Pengguna talian prabayar maxis.
3) Tidak mempunyai teman wanita sepanjang tempoh perkhidmatan. (Jika masih belum ada)
4) Dilarang untuk bergayut lebih dari 5 minit.
5) Tidak mempunyai teman wanita di Kolej EON. (Jika telah mempunyai)
6) Tidak pandai menipu, kelepet, membohong.
7) Tidak mempunyai motosikal honda c70 berplatkan "CAD ...."
8) Mestilah tidak mudah cair dengan tipu daya wanita yang suka menipu.
9) Sedar diri.
10) Senarai kekasih gelap kurang dari 2 orang.
11) Nama wanita dalam kad sim telefon mesti kurang dari 5 orang.
12) Boxer bukan dari jenama Adidas.
13) Mempunyai baju kemeja lebih dari 7 helai dan tali leher lebih dari 5 helai.
Pemohon diingatkan bahawa tanggungjawab presiden amat berat dan requirementnya sangat ketat.
Selamat mencuba dan selamat beramal!
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku