Kampus ini sudah memasuki zon peperangan. Pelajar sudah sibuk memenuhi kawasan perpustakaan dan kawasan-kawasan sunyi yang lain untuk mula menyediakan diri bagi menghadapi perang saraf ini. "Eye-bag" juga sudah menjadi trend masa kini. Tidur lambat. Dah rupa mata Gaara.
Kawan-kawan sekeliling juga sudah melangkah satu tapak ke hadapan dalam fasa kehidupan masing-masing. Sudah boleh nampak haluan masa depan sendiri. Jalan yang mereka pilih, aku harap adalah jalan yang tidak sia-sia.
Taqir, sibuk dengan projek "rollercoster" dan Konsert Amal Kasih Jamal dan Saleemnya.
Shahfler, sibuk dengan "khatib" kesayangannya dan pembacaan buku Art Of War, Sun Tzu-nya.
Jimbet, sibuk dengan karier baru, model iklan ubat gigi dan rantai manik.
Zan, sibuk dengan aktiviti "Hubby-Honey"nya.
Tomoq, sibuk dengan tugasan IF-nya,
Tutot, sibuk dengan penjualan penghabisan stok tudung-tudung bawalnya.
Mat Pen, sedang mabuk dilamun cinta kali kedua,
Judin....judin bukan kawan aku...
Jadinya sekarang, aku sahaja yang masih di takuk lama. Masa lapang aku diisi dengan blogging. Tak pun dengan menonton movie dan drama yang tak habis-habis lagi. Peperiksaan sudah berada di hujung selekoh. Kesedaran tak kunjung tiba lagi. Apa nak jadi?
x yah stress. time musim exam dulu aku suka tgk tv, cd cite korea+taiwan, etc. study sikit. tdo byk. haha..
ReplyDeletebila lg nak enjoy beb!
ReplyDelete