Friday, April 20, 2012

MEET CUTE : RUGI DIA ADALAH UNTUNG KITA

Tini mengadakan satu parti kecil-kecilan untuk meraikan majlis pertunangannya dengan Habil. Rakan-rakan terdekat mereka dijemput untuk memeriahkan majlis. Pelbagai jenis alkohol dihidangkan. Barisan makanan yang ditempah di Johnson Caterer telah tersusun rapi di atas meja. Semua jenis hidangan "one-bite". Sengaja Tini tempah hidangan sebegitu sebab mudah nak makan. Sebenarnya majlis itu semata-mata untuk mengumumkan secara rasmi kepada kawan-kawan mereka bahwa mereka telah rasmi bertunang.

Ketika emcee mula memutarkan lagu berirama ballad, ramai tetamu mengambil kesempatan untuk menari bersama pasangan masing-masing. Sedikit demi sedikit tetamu mula memenuhi ruangan tengah rumah, termasuk juga Tini dan Habil. Lampu mula dimalapkan dan lagu terus diputarkan. Mereka melenggok mengikut irama lagu. Asyik.

Para pekerja caterer sibuk menghidangkan juadah dan menuang alkohol jenis wine merah ke gelas para tetamu. Secara tidak sengaja, seorang pekerja caterer telah menumpahkan wine merah ke baju Habil. Bukan main marah lagi Tini maki hamun pekerja caterer tadi, sampai nak menangis budak itu. Itulah Tini, kalau dia marah, nilai kemanusiaan langsung hilang. Habil cool sahaja. Orang lelaki memang cool. Benda kecil, buat apa nak bising-bising depan tetamu. Tak manis. Bukan Habil tak bawa baju spare. Tukar sahajalah. Entah ke mana budak yang Tini marah tadi pergi. Terus berhenti kerja agaknya.

Rumah peninggalan mendiang ayah Tini, Dalton McRory, seorang usahawan berjaya bandar itu, masih lagi berseri dan kukuh sungguh pun telah berusia 30 tahun. Mendiang sukakan rekaan rumah ala zaman kolonial. Mungkin untuk mendekatkan dirinya dengan kampung halamannya di Ireland. Ruang tamu yang luas, kamar tidur besar, perabot diperbuat dari pokok oak dan fir diimport khas dari Eropah.

Sedang asyik mereka berdansa dan hanyut dalam rentak slow, tiba-tiba loceng kedengaran. Menanda ada orang di pagar besar yang ingin masuk. Setelah Tini menekan butang "buka", mereka sambung berdansa. Pang! Bunyi pintu kereta di tutup kuat. Macam dah tak reti tutup perlahan-lahan.

"Tini, what you have done?"

Seorang lelaki berwajah arab turun dari kereta Audi TT yang ditutup kuat tadi. Jenis bangsa kasar.

"Mehmet, what are doing here?" Cemas sekali wajah Tini apabila Mehmet meluru ke arahnya dan terus memeluknya erat.

Habil terkesima. Terpaku dengan kejadian yang terjadi di hadapan matanya sendiri. Tetamu dah mula bising-bising. Berbisik semasa mereka. Membuat spekulasi terbaik berdasar mata kasar mereka. Dulu bukan main dia cuba menidakkan nasihat kawan baiknya, Kamal tentang hubungan sulit Tini dengan lelaki lain. Kini telah terbukti. Habil malas nak ambil port dengan apa yang berlaku, lantas hilang di dalam himpunan tetamu lain. Sementara itu Mehmet masih lagi memeluk erat Tini. Tini kelihatan buntu. Tembelangnya pecah, siapa yang tak buntu kan?

Tangan kanan Habil memegang sebotol champage yang dicapainya dari meja caterer. Ditonggak rakus. Ibarat setiap hirupan bakal mengikis tragedi malam ini. Melangkah perlahan menuju kolam ikan artifisial, tempat dia biasa melapangkan fikirannya. Dan tatkala itu dia perasan susuk tubuh yang dia ingat tadi, turut berada di tepi kolam.

" Nangis?" Tanya Habil mengejut.

"Erm... Takde lah" Jawab gadis itu sambil menyeka air mata. Tidak bijak untuk berdalih.

"Nak?" Tanya Habil lagi sambil menghulurkan botol champage tadi.

"Takpelah. Saya tengah kerja. Saya masuk dapur dulu ye." Kata gadis tadi sambil menunduk minta izin untuk menyambung kerjanya.

"Boleh awak teman saya kejap." Habil bersuara lagi, sambil melabuhkan punggungnya ke cement ferro, "Kita borak-borak kejap. Nanti saya bagi tahu supervisor awak. Boleh?"

"Ermmm..." Gadis tadi nampak ragu-ragu.

"Nama saya Habil." Kata Habil lagi lantas menghulurkan salam.

"Erm... Saya Alice" Gadis dari membalas hulur salam Habil. Lantas melabuhkan punggung ke tempat duduk bersebelahan.

Dan malam itu, malam paling nurakka untuk Habil dan Alice tetapi malam itu juga menunjukkan magisnya bila mereka mula berkenalan.

Dan kisah cinta mereka bermula.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku