Sempena aku menganggur, aku cuba masuk Fixi Kontes untuk novel terbarunya, Licik dan aku konfiden aku menang sebab aku rasa cerpen aku best. Ha ha ha. Dan alhamdulillah dipilih sebagai pemenang. Rasanya, kalau dah menang, baik aku kongsi dengan korang semua. Fixi Kontes untuk novel Dosa aku masuk juga, tapi tak menang dan aku tak letakkan harapan untuk menang.
Sila gembira membaca.
*****
Ramli merenung tingkap. Rasa sesal mula terbit. Dia tidak sepatutnya buat begini. Dia mula rasa berdosa. Kalau dulu benda ini semua sudah menjadi lumrah tapi kini dia sudah berubah. Perangai buruknya dulu sudah dibuang. Kalau bukan kerana hasutan Johnny semalam, mesti semua ini tak terjadi.
“Come on la Ramly. Bukan wife you tahu pun. I belanja ni. Chill skit. I kena balik dulu. You and Alice enjoy okay”
Terngiang-ngiang lagi kata-kata Johnny malam tadi. Ah, dasar bapak setan. Bangkit dari katil, Ramly memandang sekujur tubuh yang masih lagi tidur. Alice namanya. Gadis ini dibawa oleh Johnny malam tadi. Mulanya diperkenalkan sebagai pembantu peribadinya tetapi sekarang lain pula. Lebih kepada perempuan simpanan Johnny. Dah lama juga Ramly berkenan tapi Johnny jadi penghalang.
Kalau tidak kerana tender projek perumahan berharga RM 3 juta, jangan harap Johnny nak bagi Alice pada dia. Sambil bersiap untuk pulang ke rumah, tersenyum sendirian Ramly terkenangkan kejadian malam tadi. Tubuh tuanya bagai dikerahkan ke titisan tenaga terakhir. Tidak mahu kalah dengan prestasi Alice punya pasal.
Jam sudah masuk pukul 8.30am. Sebelum jalan raya di Kuala Lumpur ini semakin sesak, baik Ramly balik dulu. Bilik hotel ni nanti, pandai-pandai la Alice atau Johnny uruskan. Hari minggu begini, kebiasaannya dia dan Ramlah, isterinya akan bersarapan bersama.
Dia tak mahu Ramlah membebel kalau dia terlewat nanti. Ternanti-nanti juga panggilan dari isterinya malam tadi. Tapi sampai ke sudah tak telefon lagi. Dia jadi tak sedap hati. Rasa berdosa kerana mengkhianati isterinya malam tadi tiba-tiba menerjah otak. Apa jadi kalau Ramlah dirompak malam tadi? Kalau rumahnya dipecah-masuk? Ngeri!
Setelah keretanya diparkir di luar rumah, Ramly masuk ke ruang tamu dan dapur. Kosong. Jarang sekali Ramlah bangun lewat. Sakitkah Ramlah? Lantas terus ke bilik tidur. Pintu dikuak. Katilnya nampak ganjil dan Ramly menyelak selimut yang membalut tubuh isterinya.
“Johnny?”
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku