Lama dahulu. Lamanya sebelum arwah nenek masih hidup lagi.
Aku masih kecil dan ralit menonton kartun di televisyen. Adapun kedudukan televisyen rumah nenek aku ini berada betul-betul depan bilik nenek. Di ruang tamu. Aku dengan ditemani bantal empuk pun sedap terbongkang.
Nenek baru keluar bilik air. Untuk wudhu'. Berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya untuk mengerjakan solat. Tiba di hadapan bilik, nenek berhenti berjalan. Aku tersentak. Pandang nenek. Nenek perhatikan aku yang tengah sedap terbongkang. Nenek sakit ke? Kenapa tiba-tiba berhenti jalan? Sedang menahan sakit ke? Lalu nenek buka mulut.
"Lilah, dekat depan bilik mak ni dah sapu ke belum?" Nenek bertanya kepada emak. Yang sedang berada di dapur menyiapkan hidangan minum petang.
"Dah siap sapu semua tadi." Emak datang dari dapur ke ruang tamu. Kehairanan. "Kenapa mak?"
"Ni kayu balak tengah jalan ni, macam mana mak nak masuk bilik?" Kata nenek sambil senyum-senyum melihat aku. Lalu masuk ke bilik macam tiada apa-apa yang berlaku.
Mak berjalan menuju semula ke dapur sambil terkekek-kekek ketawa. Aku sambung menonton kartun buat-buat tak faham lawak nenek. Tapi dalam hati, tuhan sahaja yang tahu. Fuh
hahahaha...kelaka an...p
ReplyDelete