Hari ini aku terima pesanan ringkas seorang kawan dari zaman kampus utara dulu. Kami berada dalam ambilan yang sama. Disember 2005. Kami menggelarkan ambilan kami sebagai "Batch Banjir" sebab pada hari kami daftar dulu, kampus utara dilanda banjir yang dashyat.
Ok, berkenaan kawan aku ni pula. Dia gila dan kedekut gila. Dalam pada kedekut sejak 3,4 tahun lepas, baru tahun ini dapat kahwin. Entah. Mungkin lepas zaman kampus utara, dia sudah gemar membeli air manis berbanding mengamalkan sistem "rasa sikit".
Ok, berkenaan tentang majlis perkahwinan dia nanti. Aku rasa aku kena hadirkan diri ke majlis dia sebab aku dan Mat Pen antara pioneer detik-detik perkenalan bakal pengantin, yang senang kita panggil sebagai Omok, dengan kekasihnya, yang senang kita panggil sebagai Cinta Agong. Ceritanya bermula begini.
Aku sedang menghabiskan waktu senggang dengan seorang lagi budak gemuk bernama Mat Pen di food court bernama Lego. Masa itu sudah agak petang, maka perkarangan food court pun agak lengang. Hanya beberapa grup pelajar lain yang mungkin menunggu kelas sesi petang bermula, seperti kami. Tiba-tiba, entah dari mana hala, datang Omok dengan sebungkus kekacang menyertai perborakan kami. Dengan muka yang agak kusut, aku naik hairan. Sebab biasanya pada masa semester pembelajaran tiba di penghujung, tak ramai pelajar yang mahu datang ke kelas. Kecuali aku dan mat Pen yang akan ambil kuiz tambahan sebentar nanti.
"Kau kusut sangat aphal ni Mok?"
"Ah kau diamlah!"
"Ada yang makan kasut ni karang!"
"Ha ha ha. Aku tengah kusut doh."
"Jadahnya kusut-kusut pergi kelas lagi. Orang kusut duduk bilik la, tido."
"Kalau aku tak datang kelas last petang ni, entah bila aku boleh jumpa dia lagi..."
And the rest of the story biar kami bertiga je yang tahu. Hehehe.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku