Tuesday, June 22, 2010

BUNYI APA TU?


Setiap pagi, aku, ayah dan adik akan mengadap televisyen dan menonton highlight-highlight perlawanan bola sepak yang kami anggap kurang menyengat dan di'ignore'kan. Dari perlawanan pukul 7, pukul 10 dan pukul 2. Mana yang rasa macam tak best, kami tak layan.

Lantaran itu, jadual keputusan perlawanan juga akan dikemaskini setiap pagi. Dan setiap pagi juga emak dan kakak terpaksa menghadap televisyen bersiarankan tema bola sepak. Sejak World Cup bermula, drama "Bicara Cinta" di Astro Prima ulangan tiap-tiap pagi memang dah tak layan.

Sedang kami dok ralit layan highlight ada satu pagi tu, emak pun sama dok ralit layan sambil tunggu kakak siap goreng terung masak taucu.

"Diam, diam. Bunyi apa yang macam langau tu?" Tiba-tiba emak tanya. Telinga dan hidung emak memang power. Bau bangkai cicak pun emak boleh tau.

.......................
.......................

*Soalan emak memecah kebuntuan pagi itu*

"Ala... Biasa la, bunyi-bunyi orang jerit la, orang tiup wisel la." Aku jawap penuh konfiden.

"Ooooo...."



Selang 2,3 hari kemudian, baru aku tahu bunyi bising itu datang dari Vuvuzela. Entah telinga tahap pekak apa entah sampai tak boleh beza bunyi langau dengan orang jerit-jerit.

Nasib baik emak ada telinga dan hidung power, makanya dapatlah saya ilmu baru tentang alat muzik :p

1 comment:

  1. kasi angkat satu la win, boleh aku join skali haha

    ReplyDelete

Komenlah Aku