Tuesday, June 15, 2010

IKUT TREND MUSIM SEKARANG


Kadang-kadang aku rasa macam aku ini orang penting. Orang itu lapor pada aku. Orang ini lapor pada aku. Orang itu kongsi kisah sedih dengan aku. Orang ini kongsi kisah gembira dengan aku. Orang sana ajak gosip. Orang sini ajak ngeteh.
Jadual hidup aku penuh. Aku tak rasa kosong membaring di atas katil sahaja. Lebih-lebih lagi pada musim kegilaan bola sepak seluruh dunia yang sedang memuncak sekarang ini. Ada sahaja panggilan yang ajak aku keluar ngeteh sambil menonton 25 lelaki di atas padang sambil mengikut arah bola ke sana sini di skrin besar.

Selalunya aku ajak pergi tonton di kedai yang menyediakan perkhidmatan WIFI percuma. Gasak korang la tengok bola. Aku nak layan E-Buddy. Gosip-gosip dengan informer aku. Aku juga pekdah-nya. Hirup pula teh o ais limau. Pergh!

Percaya-lah, bergosip selama 90 minit adalah lebih berfaedah dari menonton perlawanan bola sepak yang tidak menjaringkan apa-apa gol.

2 comments:

  1. aku dh cakap ko bukan peminat bola pon..benda ni xleh pupuk,tapi dh sedia ada dlam diri..tp ko xde..
    wpon game tu xde skor,tp ada bnda lain yg kita bleyh bljar dr game tuu..

    ReplyDelete
  2. Alamak, manager bola Kolej MISC dah sound aku!

    Sorry boss!

    ReplyDelete

Komenlah Aku