Monday, June 28, 2010

ORANG KITA ORANG BERADAT

Pergh!!

Balik dari menunaikan hasrat bertunang sepupu aku di Kuala Muda, Kedah Jumaat hari itu, aku dah mula rasa tertekan. Mau tak nya, sepupu aku ini seorang lelaki yang lebih muda dari aku. Kerja tetap pun belum ada lagi. Tapi dah nak bertunang. Yang paling bestnya, sepupu aku yang berstatus "buaya" ini terlalu awal menamatkan zaman "buaya"nya. Dari jadi buaya laut sampai jadi buaya darat, tak ada chikaro yang dia nak ngayat yang tak dapat.

Tapi aku pelik. Awalnya nak pencen dari status "buaya". Awal lagi kot. Tapi kalau dah lama-lama sangat, berkarat macam aku pulak.

Ini acara bertunang pertama yang aku libatkan diri secara langsung. Dari penat pandu ke utara, hias ala-kadar barang hantaran, angkat dulang hantaran hingga makan mee udang di rumah tunang sepupu aku. Semua aku terlibat.

Dan aku baru tersedar sesuatu. Aku tak tahu rupanya adat-adat orang nak merisik la, bertunang la, hantar tanda la. Ish, naifnya hamba-Mu ini Ya Allah!

Oleh kerana sepupu aku ini orang Johor dan bakal mertua di Kedah, maka acara merisik dan tawar-menawar hantaran dilakukan secara atas talian oleh pakcik aku. Mungkin melanggar adat kalau sepupu aku sendiri yang buat urusan tawar-menawar dengan bakal mertuanya. Bukan YM, bukan Twitter, bukan Facebook. Hanya guna telefon sahaja. Selesai kata sepakat tercapai, makanya tarikh menghantar hantaran tunang, tanda dan cincin ditetapkan.

Dalam fasa ini, aku tidak terlibat sebab ini urusan orang tua-tua. Aku ni muda lagi.

Oleh kerana sepupu aku ini belum kerja, maka hantaran tunangnya hanya level runcit-runcit sahaja. Kira jenis asalkan ada saja. Tepak sirih, sebentuk cincin, kek lapis, tudung Ariani, sepasang kain baju kurung Jakel, sebakul buah-buahan, kasut jenama Summit dan beg tangan jenama Carlo Rino.

Oh, aku dah melalut!

Yang buat lain cara bertunang orang Johor dengan negeri-negeri lain ialah ada bagi "tanda" kepada bakal mertua. Selain menetapkan tempoh bertunang, pihak lelaki akan beri wang simbolik menurut kiraan 1% dari wang hantaran yang dipersetujui dalam bentuk tunai.

Contoh :
Kalau hantaran RM 10,000, pihak wanita akan dapat RM100.

Ini bukan wang deposit. Jangan salah faham. Wang ini sebagai simbolik persetujuan wang hantaran antara pihak lelaki dan pihak wanita. Kira macam MoU la. Sungguh aku tak tahu adat ini. Patutla aku tak kahwin-kahwin lagi. Huhuhu.

Ok, ambil perhatian bagi sesiapa yang bertunang dengan orang Johor ye. Din Viva misalnya.

Ok, kalau adat orang Kedah pula, wang hantaran rasanya terbahagi kepada dua. Pertama, wang belanja kenduri dan keduanya hantaran, boleh pilih nak bagi barang atau tunai. Aku tak faham sangat. Tapi apa yang aku tengok, macam itu la.

Sekarang, yang aku tak faham ada beberapa istilah.

1) Serba berdiri / serba duduk.
2) Belanja hangus.

Sebagai persediaan. Mana-lah tahu. Jumpa yang berkenan tapi adat nak bertunang tak tahu. Tak ke haru.....


6 comments:

  1. aku rasa part yang paling berjaya ko menceburkan diri mesti bab makan mee udang tu kan? :D

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Paling berjaya la sangat. Takde selera sbb sblm tu dah tarah sotong bakar dgn ikan kembung bakar.

    Al-maklum la, tepi laut. Mknn laut pun fresh. Tak mcm kat Sahul. Heheheh.

    ReplyDelete
  3. sahul ape je yg fresh, macha amik oder pun x fresh.

    ReplyDelete
  4. Hahaha... Ada dowh.

    Yang paling fresh ialah Kopi Tongkat Ali Adabi free smlm....

    ReplyDelete
  5. serba salah?

    http://www.zulfoto.com/2010/01/serba-berdiri-ke-serba-satu.html

    ReplyDelete
  6. yang duit tanda tu, nak dekat tunang baru aku tau win. kalau tak haram tak tau

    ReplyDelete

Komenlah Aku