Thursday, November 26, 2009

SALAM RAYA KURBAN


Kalau ada yang harapkan bantuan kegagahan aku untuk menumbangkan lembu atau kibas atau kerbau atau kambing atau ayam, aku akan cuba usahakan kehadiran aku.
.
Tapi kalau nak bantuan aku untuk sembelih dan lapah lembu, harap maaf la banyak-banyak. Aku jenis tak boleh tengok darah. Tengok darah je nak pitam. Entah, mungkin sebab itu cita-cita untuk menjadi doktor musnah.
.
Salam Aidil Adha kepada semua. Jangan lupa balik kampung. Mungkin ada tulang yang boleh anda buat sup.

Wednesday, November 25, 2009

POTONG! POTONG! POTONG!


Musim berkhatan sudah menjelma. Budak-budak seronok bukan main dapat main air pili bomba. Seronok pulak tu diarak ramai-ramai. Pakai baju melayu baru. Dapat duit jiran-jiran bagi. Tapi yang paling seronoknya, dah boleh kahwin.

Masa aku kecil dulu, sering ditakutkan tentang berkhatan.

"Weh, aku dengar member aku kena potong guna gergaji." - Padil, 5 tahun.

"Abang aku kata tak sakit pun. Macam kena gigit semut." - Haris, 10 tahun.

"Orang dulu-dulu lagi la, potong guna kapak." - Pak Hasyim, 50-an.

Nasib baik Doktor Kamal tak potong guna gergaji dengan kapak. Terima kasih juga kepada peranan ubat bius dalam pengkhatanan dulu. Dan yang paling penting, terima kasih kepada misi waktu itu yang memberi sokongan kepada aku *sigh*

Oh, aku terfikir, mana Doktor Kamal buat left-over tu ek?

Monday, November 23, 2009

NAIK DARJAH

Sekarang kehidupan aku bakal meningkat ke fasa yang satu lagi. Yang lebih tinggi dari sebelum ini. Maka, satu lagi kotak pandora kehidupan bakal aku jaga. Ada juga sifat ingin tahu meronta-ronta untuk mengintip ke dalam kotak misteri itu. Tapi hati aku kata "Masa depan adalah satu misteri kehidupan. Untuk jadikan kehidupan ini lebih lazat. Biar ia kekal sebagai misteri".

Fasa "pelajar" aku bakal tamat. Fasa "bekerja" bakal menjemput.

Aku harap fasa yang baru ini akan aku lalui dengan tenang. Setenang fasa pelajar dulu. Biar aku harungi dengan lebih matang. Lebih dewasa. Lebih berakal. Lebih kelakar. Lebih romantis. Lebih lazat.

Mana tahu, pejam celik pejam celik tetiba aku dah kahwin. 2 bulan lagi. 2 tahun lagi. 2 minit lagi. Siapa tahu? Masa depan kan rahsia kehidupan, siapa yang dapat jangka?

:)

Friday, November 20, 2009

TAK DAPAT YANG RACING PUNYA, DAPAT YANG INI PUN KIRA OKEY LA

gambar dari : www.ohtidak.com
.
Kalau nak idam kereta kecik tapi mahal, nak kena tunggu aku jadi anak orang kaya baru dapat beli. Sekarang pun nak jadi anak orang kaya dah lambat. So, aku idam yang lebih realistik dan cenderung ke arah masa depan sikit.
.
Kot la dapat anak setengah dozen, mane nak muat sumbat dalam kancil atau mini cooper s. Kot la anak-anak aku dapat gen gemuk aku ni lebey, kena ambil kira jugak tu. Paling-paling kurang pun nak kena beli macam Perodua Alza ni. Hahaha!
.

KUAT-KAH KITA?


Setiap dari manusia akan menerima dugaan yang menguji tahap kekuatan kita. Bagaimana kita kendalikan dugaan itu. Reaksi bila berdepan dugaan itu. Kuat tak kuat kita berlawan dengan dugaan itu. Tapi manusia memang ego. Tidak akan sekali-kali mengaku yang dugaan itu telah menewaskan kita. Ini realiti. Kau, aku dan mereka semua ego. Malu nak mengaku.

Dan bila tiap kali kita menafikan kemenangan dugaan, setiap kali itulah kita menipu diri kita sendiri. Kita cakap kita hebat. Kita cakap kita boleh kendalikan. Kita cakap kita boleh lupakan segalanya. Kita cakap kita mahu teruskan hidup tanpa dugaan itu. Setiap kali itu juga, kita menipu diri kita sendiri. Kita pentingkan ego dari perasaan sebenar. Kita tidak hiraukan kehadiran hati semata-mata mahu mempertahankan ego homo sapien kita yang tak seberapa itu.

Apa salah kalau kita mengaku kekalahan kita? Masuk neraka-kah? Dikerat lapan belas-kah? Di-sula-kah?

Memikiran manusia bijak masakini memang kompleks. Sekompleks saintis mencari jawapan kewujudan ayam. Ayam dulu-kah atau telur dulu-kah?

Sudah-lah. Kasihan hati kita. Hati kita mahu menangis sejak dulu. Hati kita sedih. Jangan ditahan lagi. Biar air mata menjadi antidot untuk dugaan ini. Kalau bukan pulih sepenuhnya, sekurang-kurangnya akan mengurangkan beban akibat tingginya ego kita.

Cari kawan yang baik, nangis di bahu mereka, lepaskan apa yang kita rasa, luahkan rasa marah kita. Biar habis tisu sekotak, biar lencun tuala, biar banjir katil dengan air mata. Kalau itu antidot terbaik untuk kamu.

Rakyat Malaysia ramai yang ada masalah. Cuma mereka malu, segan, ego untuk mengatakan "Saya ada masalah". Kerana bagi mereka, mempunyai masalah menunjukkan kita ini lemah. Tak boleh harap. Tidak dominan.

Tidak. Bukan begini dunia ini berfungsi, kawan.

Monday, November 16, 2009

JANGAN TONTON DENGAN MATA YANG TERTUTUP



Bagi mereka yang menggemarkan filem bergenre seram, horor dan mistik, filem ini sepatutnya masuk dalam senarai mesti tonton anda. Dalam komuniti penggemar filem seram, filem dari Thailand adalah antara yang mendapat tempat dalam hati komuniti ini.
.
Tapi bukan aku. Aku terpaksa menonton dengan mata yang tertutup. Tutup guna tangan. Dua-dua belah tangan pulak tu.
.
Ada 5 cerita dalam 1 filem ini.
.
1) Novice. Berkisarkan tentang hukum karma dan hantu lapar. Hantu yang berkaitan ialah hantu galah / hantu lapar. Moralnya, jangan lempar batu pada kereta ayah sendiri. Dan jangan curi makanan. Nanti jadi hantu galah.
.
2) Ward. Berkisarkan tentang ilmu hitam. Cerita sebegini telah banyak ditekankan dalam filem yang lain seperti Lhong Kong. Moralnya, jangan duduk sebilik dengan taiko gangster.
.
3) Backpacker. Aku tahu ramai yang berangan-angan nak ber'backpacker' tapi sebelum itu, tonton filem ini. Hantu yang terlibat ialah zombie sprinter 100 meter. Moralnya, jangan baik sangat dengan hantu kecik.
.
4) Salvage. Berkisarkan tentang kedai jual kereta terpakai. Hantu yang terlibat ialah hantu mangsa kemalangan kereta sewa. Moralnya, jangan ajar anak main sembunyi-sembunyi waktu malam. Takut tersangkut dekat enjin kereta.
.
5) In The End. Dikatakan cerita ini adalah yang paling kelakar antara 5 cerita ini. Berkisarkan tentang produksi filem Alone 2 yang terganggu akibat kekurangan watak hantu. Dan seriyes, banyak-banyak filem seram yang aku tonton, hanya cerita ini yang buat aku tak tutup mata guna tangan.
.
Baiklah. Jangan ajak aku tonton filem seram lagi selepas ini. Samada aku akan pura-pura tidur dalam pawagam sedangkan penonton lain terjerit-jerit ketakutan atau aku akan habiskan bertih jagung korang sambil habis sambil tutup mata. That's it.

Friday, November 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME.


14 November merupakan
hari ke-318 (hari ke-319 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 47 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Tahukah anda?

1.) Penyanyi lagu Dan Sebenarnya, Yunalis Zarai juga lahir pada 14 November. Ya, itulah hakikatnya.

2.) Bagi yang tak tahu (dan memang yang tak ambil tahu) United Nation (UN) telah mengisytiharkan bahawa 14 November adalah Hari Diabetis Sedunia. Tarikh tersebut dipilih bukan kerana Fikrikacak lahir pada tahun itu tetapi bagi memperingati hari lahir Sir Frederick Banting, tokoh yang diberi penghormatan kerana penghasilan insulin.

3.) Haa, apa pula sejarah 14 November pada pandangan astronomi? Pada tahun 1969, NASA telah melancarkan Apollo 12, misi kedua yang melibatkan manusia ke permukaan bulan.

Ucapan birthday tahun lepas.

Thursday, November 12, 2009

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Sejak akhir-akhir ini minat aku terjurus pada satu. Muzik. Jenis lagu yang kena "tarik" tinggi. Mencabar tekak tu. Kalau tak minum air asam jawa lepas nyanyi memang tak sah. Tapi apa boleh buat, dah minat.

Tak kira waktu aku nyanyi. Dalam toilet. Tengah beratur nak ambil lauk. Tengah cari dokumen yang hilang. Kadang-kadang tu tengah ber"facebook" pun boleh nyanyi. Budak opis dah pandang slack je.

Lagi satu. Dek perjalanan pergi opis mengambil masa yang agak lama, nyanyi adalah opsyen terbaik menghilangkan boring. Lantak pi la orang tengok aku "tarik feel" lagu Isabella sampai tutup-tutup mata. Yang penting aku tak boring pergi kerja.

Sampai la suatu ketika, aku berubah ke minat yang lain.

Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari opis, aku try nak "tarik" lagu Isabella macam biasa. Sampai satu selekoh nak turun bukit tu, makin galak aku tarik lagu. Motor pun dah masuk 150km/j dah. Seronok. Ye-lah, angin berderu-deru ke muka. Macam video klip lagu rock.

"Diaaaaa...... Isabelll.......aaaaaaaaaap.....ptuih!"

Dan petang itu juga aku berhenti tepi jalan buat pertama kalinya untuk menikmati rancangan makanan tambahan : Kumbang Tanduk. Macam takde mulut lain dia nak masuk.

Monday, November 09, 2009

GIGI NYANYI LAGU SOUNDTRACKNYA : SANG PEMIMPI.



Kalau dah tonton Laskar Pelangi, mesti nak tonton sequelnya, Sang Pemimpi.

Aku dah habis baca semua novel Andrea Hirata. Sedang menunggu Episod 2 Maryamah Karpov pula. Harap-harap la segera sampai di Malaysia. Er, maksud saya filem dan buku.

Saturday, November 07, 2009

LEPASKAN HAJAT SEORANG BUDAK BERMALAM DI HOTEL








KALAU DAH SEDAP, TAK KEMANA-NYA DIA

Cheng Ho masuk opis dan bising-bising. Entah apa di"cot-cet-cot-cet"kan dengan Jessie. Kendiannya, aku tanya,

"You aphal ni bising-bising ni?" Aku cuba ber"I-you-i-you" dalam berinteraksi.

"Itu toilet haaa.... Bau petai kuat hooo.... Manyakkkkk busuk hooooo...." Komplen si Cheng Ho.

"Oooooo...." Aku tak bagi banyak respons. Cukup la begitu.

.
.
.
.
.
.
BLURPPpps!

"Pergh!", Aku korek-korek celah gigi. "Petai mak aku masak semalam masih terasa di celah tembolokku siot!" Aku kata lagi. Dalam hati.

Ops!

Thursday, November 05, 2009

1MALAYSIA DARI RUANG KECIL KUBIKEL.

Depan aku,
“Cot cet cot cet cot cet?”
“Cet cot cet cot cet cot”
Foo dan Jessie berborak bagai nak rak. Berdekah-dekah tawanya.

Kanan aku,
“Dela ye la dela ye la?”
“Ye la dela ye la dela.”
Rancak Vidya dan Anandh berborak. Kongsi pengalaman Deepavali tempoh hari barang kali.

Aku di ruang sempit kubikel,
memicit-micit telefon bimbit,
“U dah makan?” Send.
“I tak sempat makan lagi. Keje banyak. Huhuhu.” Reply.
Aku dan Laling saling bertanya khabar, berkongsi hati, menyulam kasih.

Oh! Sangat 1Malaysia sungguh opis aku.

2 CERITA CINTA YANG BERLAIN GENRE

Dikesempatan hari sabtu yang sangat lapang tempoh hari, aku sempat menonton 2 filem yang sedang hangat diperkatakan oleh sesetengah pihak dari dalam atau luar negara. Aku selaku peminat filem, tidak mahu melepaskan peluang bila mana pihak TGV telah menayangkan 2 filem ini serentak bermula hari Jumaat yang lalu.

Setelah beberapa rancangan rapi diteliti, aku memulakan hari Sabtu aku yang sangat lapang ini dengan bertapa di dalam pawagam TGv selama hampir 5 jam. Bermula 11.30am hingga 4.45pm (2.15pm - 2.45pm time off).


Filem adaptasi dari novel luar negara selaku buku jualan terlaris, mengambil tajuk novel itu sebagai tajuk filem ini. Cerita yang agak fiksyen apabila mengetengahkan "Time travelling" sebagai satu penyakit akibat anomali di dalam genetik.

Seperti filem jiwang yang lain, ia memang jiwang. Ok, biasa kita ingat bila dapat mengembara menerusi masa, memang seronok. Boleh ubah masa silam. Boleh lihat masa silam kita atau masa depan kita. Itu yang kita bayangkan. Bagaimana kalau orang yang dapat peluang mengembara menerusi masa? Dia rasa ke apa yang kita rasa?

Nak ada anak pun susah. Nak berkahwin pun susah. Bila ada bini, pun susah jugak. Fuh, gila la. Bila si suami tetiba pergi time travelling, tetiba suami dari masa depan pulak datang. Agak-agak terdesak sebab suami masa sekarang buat vasektomi, beromen plak dengan suami masa silam.

Ok, bagi sesiapa yang mahu lihat lelaki gagah ini (Eric Bana) berbogel dan mempertontonkan tubuh sasanya, ini cerita yang patut anda tonton.

Bagi sesiapa yang mahu melihat kecomelan dan kecantikan Rachel McAdams selain di dalam filem The Notebook dan Mean Girl , ini filem yang sesuai memandangkan ini adalah filem terbarunya.

Oh, watak Rachel masa kecil juga comel. Ngeee....
Pedofilia...


The following is a work of fiction. Any resemblance to persons living or dead is purely coincidental.

Especially you Jenny Beckman.

Bitch.

This is a story of boy meets girl. The boy, Tom Hansen of Margate, New Jersey, grew up believing that he'd never truly be happy until the day he met the one. This belief stemmed from early exposure to sad British pop music and a total mis-reading of the movie 'The Graduate'. The girl, Summer Finn of Shinnecock, Michigan, did not share this belief. Since the disintegration of her parent's marriage she'd only love two things. The first was her long dark hair. The second was how easily she could cut it off and not feel a thing. Tom meets Summer on January 8th. He knows almost immediately she is who he has been searching for. This is a story of boy meets girl, but you should know upfront, this is not a love story.

Starting cerita dah buat aku gelak.

Cerita ini telah dipreview oleh ramai orang terutamanya di sekitar Lembah Klang sebab filem ini telah ditayangkan terlebih dahulu di sana. Kini, ianya tiba di Johor, dan aku berjaya menontonnya.


Aku suka skor muzik. Aku suka plot cerita. Aku suka Summer. Aku suka lawaknya. Aku suka bila Summer cakap dia cuma mahu hubungan kasual tetapi perilakunya buat Tom konfius. Aku suka bila Tom konfius. Aku suka bila Tom jadi sasau dan angau. Aku suka bila kawan-kawan Tom dan adik Tom lawat dan nasihat Tom. Aku suka bila Tom tolak semua nasihat kawan dan adiknya. Aku suka bila Summer bagi signal untuk flirting dengan Tom di bilik fotostat. Aku suka best spot Tom. Aku suka bila Tom dan Summer jumpa semula di best spot tu. Aku suka Tom tackle Autumn. Eh, apa yang aku tak suka? Hahahaha.

Bukan semua yang kita minat dan rancang itu adalah takdir kita. Kadang-kadang takdir kita itu datang secara tak sengaja.

Fin.

Wednesday, November 04, 2009

GINGER

Dengan mengambil tajuk yang sama dari Wani Ardy, aku tertarik untuk kerat dan tampalkannya di sini, untuk bacaan semua yang minat nak baca :)

Zaman sekolah dulu, perkataan suka atau admire selalu diguna. :)

Kawan karib kita seorang budak lelaki. Karib sungguh. Belajar, bermain, bercerita bersama. Karib yang tidak lebih dari seorang kawan. Suatu hari dia selitkan surat; dia suka kita. Kita terkejut, namun perlahan-lahan mula menyukai dia. Walhal selama bertahun-tahun ini, kita tidak pernah memandang dia dari sudut begitu. Jadi kenapa?

Kerana kita (senyap-senyap) percaya kita individu yang istimewa.

Bukan istimewa dalam erti kata hebat, tetapi istimewa dalam cara kita yang tersendiri. Kita percaya kita berbeza. Lalu, bila ada seseorang yang mampu melihat kita lebih dari mata kasar orang lain melihat kita, kita merasakan ‘beliau’ istimewa.

Waktu berlalu dan sayang sekali, semuanya tidak terjadi seperti yang diharapkan. Dia bukan pasangan yang kita cari-cari. Ia membuatkan kita bertanya pada diri, “bagaimana aku boleh bersama dia, sedang jenis yang aku suka bukan ini?”

Jawapannya, kita suka dia kerana dia suka kita. Itu saja. Kita tidak cari pun, asalnya.