Walau apa terjadi sekali pun, walau buruk sekali pun, kita terima je la. Mereka ditakdirkan menjadi kawan kita. Dan kami ditakdir untuk berkawan dengan mereka.
*****
Kalau korang boleh baca kat shout out aku ni, ada 2 manusia yang guna nama Iban and what-so-ever.
Mereka ni antara kawan-kawan aku kat kampus ini. Ok lah, aku sebenarnya nak bercerita tentang mereka ni sebab mereka ni selalu gaduh mulut. Nak bertumbuk tapi takut sakit.
Kita mulakan dengan Khairul Azizi a.k.a Tomok a.k.a Iban.
Dia berasal dari Melaka dan sangat kerek dengan Melaka dia. Walau bukan ada apa-apa pun. Dulu dia seorang yang sengal-sengal ubi. Macam blur-blur sikit la orangnya masa mula-mula daftar dulu. Berkawan pun dengan manusia-manusia dari poli dia jek. Dan berkawan baru dengan orang yang bosan-bosan macam Lobo dengan Meor. Tak boleh blah!
Hasil berkawan dengan manusia-manusia dari KPM Beranang sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi Tomok tentang dunia. Tentang kehidupan. Kehidupan yang tak semestinya terlalu berkisarkan tentang wang. Dan beli air masa makan kat kafe.
Sekarang. Tomok dah pandai kutuk orang. Dah pandai perli orang. Dah pandai cari pasal. Memang dapat 4 flat la kalau "Mengutuk" itu adalah satu subjek akademik. Baik atau jahat, hensem atau buruk, semua dia kutuk. Orang tak boleh kutuk dia, dia boleh kutuk orang kaw-kaw. Prinsip dia yang sangat sengal.
Sekarang, say hi to Tomoq. HI TOMOQ!
Seorang lagi kawan aku ialah Shahrir a.k.a Muffler a.k.a Abang Textile. Sejak dari mula masuk kampus lagi, dia memang terkenal dengan sifat azalinya, MENGUTUK. Memang lahir-lahir dia ada kebolehan mengutuk.
Yang dia ni lagi la. Family dia pun jadi mangsa kutuk. Teruk sangat dia ni. Kadang-kadang tu time makan kat Lego, kalau ada orang lalu sebelah meja kami, pun boleh jadi mangsa kutuk dia. Then ketawa kuat-kuat sampai satu Lego dok peratikan kami. Ish, buruk akhlak.
Tapi sekarang dia dah kena kurangkan aktiviti sebegitu sebab komuniti di kampus ni bukan besar sangat pun. Pusing-pusing jumpa orang sama gak. kalau dulu orang tu yang dia kutuk, sekarang ni, dorang la yang jadi group member dia.
Contohnya Natasha. Sangat membencikan. Last-last volunteer nak satu group dengan dia. Takdir kan?
Tu la sedikit sebanyak tentang dorang. Susah nak jaga. Liar dorang ni. Tapi sekarang dah jinak sikit. Dah lama training nak jadi baik.
Say hi to Muffler. HI MUFFLER!
***Lepas ni, for sure, kat shout out tu penuh dorang kutuk maki hamun aku. Tak caya? Aku dah lama kawan dengan dorang. Kejahatan mereka pun aku dah boleh predict.
Wednesday, July 30, 2008
Saturday, July 26, 2008
SIBUK BUAT VIDEO KLIP
Sekarang di kampus ini. Pelajar-pelajar semester akhir. Sibuk. Bukan sebab tugasan ilmiah. Tapi sibuk angkat panggilan jawatankuasa satu program. Sebagai peringatan untuk muat naik video klip. Mereka ini artis-kah? Atau. Selebriti-kah? Atau. Pembaca berita-kah? Atau. Mister Ubi-kah? Ini cerita lain.
Kalau orang di luar kampus hendak popular, ada macam-macam program realiti yang boleh disertai. Bagaimana dengan kami yang berada dalam kampus nun jauh di sini?
Kami juga ada alasan untuk popular. Kami juga ada program realiti tersendiri. Untuk kami-kami sahaja.
Baru-baru ini, kami berpeluang untuk menyertai program realiti yang bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat (is-kabat?) dari kampus ini. Bakat dari pelbagai sudut. Penampilan, latarbelakang dan pelbagai lagi. Maka, para majikan yang memerlukan pekerja yang berdedikasi dan fresh graduated, sila layari laman ini untuk menyaksikan rakaman video klip 1 minit mengenai pelajar pilihan anda.
Kalau dah namanya program realiti, mesti la ada para pengundinya. Tidak perlu lagi bazirkan kredit telefon anda. Hanya klik di pautan dan undi calon pilihan anda. Secara atas talian. Mudah bukan? Jadi, apa lagi. Segera la mengundi.
**Kami di atas mewakili peserta-peserta program. Bukan aku. Aku bukan semester akhir. Jangan susah-susah taip "fikrikacak" di kolum search. Sampai mati korang tak jumpa.

Friday, July 25, 2008
PAWAGAM
Lepas pekena secawan kafein, baru otak boleh berfungsi.
***
Semalam aku pergi tonton filem "Hellboy 2 The Golden Army" dan "The Dark Knight" secara marathon. Back to back. Non stop. Sangat puas hati. Walaupun menonton di pawagam luar bandar. Dengan infrastruktur, fasiliti dan customer services yang sangat kurang memuaskan.
Persekitaran pawagam rata-rata dikuasai oleh pelajar kampus aku. Pandang kiri, angkat tangan. Pandang kanan, angkat kanan. Kebanyakkannya aku kenal. Kalau tak angkat tangan, nanti cakap aku sombong pulak.
Dalam hall pun begitu jugak, semua sudut pawagam aku kenal. Rata-rata mereka berasal dari luar kawasan Kedah. Di kawasan-kawasan yang tiada francais pawagam. Keluar dengan pasangan masing-masing. Peluk sakan. Manja-manja dosa gitu. Kalau dalam kampus, nak pegang tangan pun tak dapat.
Itu satu hal lah. Tapi siap bergambar sakan dengan pakwe dalam pawagam apa cerita pulak? Siap ada flash lagi. Gelak-gelak manja lagi. Nampak sangat tak pernah masuk pawagam. Yang si pakwe pulak, buat-buat muka syaitan. Ye lah, tangan kiri peluk pinggang makwe, tangan kanan pegang tangan kiri makwe. Kepala makwe sandar bahu kiri pakwe. Memang aksi manja terbaik dunia la semalam.
Aku tak kisah kalau jarak dorang beza 5,6 kerusi. Tapi duduk sebelah aku je. Buat hati aku mendidih je. Kalau aku bawa awek tengok movie marathon semalam, takde la aku mendidih macam ni sekali.
"Kalau anda rasa gersang, tengok kiri kanan takde orang yang teman anda, cerita ini untuk anda." Afdlin Shauki, Sepi.

Sunday, July 20, 2008
LAST SEMESTER
Shah kata semester ni dia semester akhir. Semester 6 ni adalah semester paling bermakna buatnya. Tetapi pelajar AIS sepatutnya 7 semester di kampus dan 1 semester praktikal. Ya, Shah bernekad untuk mengambil 8 subjek semester ini. Untuk tamatkan zaman belajar yang katanya sengsara.
Anda boleh bayangkan sendiri jika anda perlu membayar impian akhir semester anda dengan mengorbankan waktu tidur lewat anda, waktu tidur petang anda, waktu menonton movie anda, waktu indah bersama awek makan di cafe, waktu bergurau senda kutuk-mengutuk dengan rakan taulan. Mampukah anda mengakhiri semester terakhir anda dengan kesibukan? Mati dalam muka penuh keplastikkan?
Petang tadi. Selepas kelas. Kami berjalan ke Lego. Untuk brunch (breakfast + lunch).
"Hidup Shah sekarang aku yang jaga. Supaya tak liar." Kata Zan.
"Nape plak?" Tanya aku kehairanan.
"Dulu susah nak nampak dia celik. Asyik membuta je." Kata Zan, "Sekarang asal aku nak pi kelas pagi, nampak dia dah bangun. Aku balik kelas, dia belum balik kelas. Petang dah tak tidur sampai Isya'."
"Apa bole buat, No pain No gain." Kata aku.
Jadual Shah memang penuh sejak semester bermula lagi. Proposal projek yang 2 kali kena reject pensyarah. Bermotor ke Napoh dan Kuala Nerang pada hari sabtu, hari tidur sedunia. Kelas setiap hari jam 8.00am. Sucks!
Apa yang menariknya ialah akhirnya dia dapat berkenalan dengan manusia lain selain dari kami. Alhamdulillah. Jika tak, sehinggalah dia grad, dia masih lagi ditakuk lama.
Best kan dah nak habis belajar?

Saturday, July 19, 2008
REPORT
Malam tersebut, aku menyaksikan perlawanan Warcraft yang amat sengit sehingga awal pagi.
Kalau boleh, aku mahu bangun lewat keesokkan paginya.
Pagi itu, jam baru pukul 9.00am. Aku mula rasa terganggu. Ada suara-suara manja dan mengada-ngada. Mula berkata-kata. Dengan nada stim dan teruja.
"Sayang awak...saya baru bangun...i love you, you love me. I baru bangun lepas ni I nak buat ni kendian tu. You buat apa kat Jitra? Jangan tengok lelaki lain tau. So and so...."
Aku menyumpah seranah dalam hati. Pagi-pagi buta pun boleh bergayut ka? Tak cukup ke malam semalam? Inilah penangan bercinta.
Aku pergi bilik Tutot. Cadang nak sambung tidur. Yang tadi terganggu. Kelihatan. Dia sedang bingung. Sibuk tekan-tekan henset baru. Pura-pura sibuk. Telefon orang sana, telefon orang sini.
"Cop, kau tahu tak format nak buat report?" Tiba-tiba Tutot kalih belakang, bertanya pada aku.
"Report yang macam mana tu?" Tanya aku yang sedang mamai, "Kan ada macam-macam report."
"Report untuk forum."
"Oh, itu ke? Itu aku tak pasti plak. Try tanya Zan. Dia tengah hantar report pada awek 1st dia tu sekarang ni." Jawap aku. Dengan nada menyindir. Dalam mengantuk.
Sunyi. Diam.
Hahahahahahah! Ya, adik-adik. Tutot memang lampi sikit.
Awak faham?

Tuesday, July 08, 2008
CERITA TENTANG SENGSARA MANGSA JOLOK
Sejak mula dari aku bekerja, aku dapat rasakan bahawa tugas aku ini bukan calang kerja. Tak banyak yang mampu laksanakan. Baru 2,3 bulan bekerja, sudah hantar surat resign. Mereka dah "loose". Ah, mereka memang loser. Barang kena power, baru customer puas. Tak kan itu pun mereka tak tahu.
Lama-lama, aku rasa bosan. Aku juga rasa rimas. Siapa yang tidak rimas jika asyik dijolok sahaja. Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Sehari. Kalau seminggu, berapa kali plak? Sebulan? Ini bukan kerja main-main. Ini kerja penting. Ini kerja cari makan.
Customer aku dari pelbagai bangsa. Ada melayu. Ada cina. Ada india. Ada siam. Tapi kalau datang bangsa arab, aku paling seksa. Tak puas dijolok-jolok, dipicit-picit dengan tangan kasar mereka. Tangan mereka bulu-bulu buat aku rasa selesa. Sekalipun sakit, mereka tetap pelanggan aku. Aku harus beri layanan tip-top pada mereka. Aku hanya mahu mereka rasa puas. Tapi bila fikir-fikir, mahu saja aku letak C4 pada tangan mereka. Tangan mereka nakal :)
Tapi bila cerita tentang mereka yang terdesak, lagi seksa aku dijolok. Bukan setakat stail dan alat biasa, malahan dijolok dengan pelbagai bahan lagi. Mereka tak tahu nak jaga aku langsung. Memang la aku ini murahan. Senang nak digunakan. Bila nak guna, semua cari aku. Bila tak nak guna, Aku rasa sepi. Aku rasa mahu "itu".
Ah, aku rasa bosan. Kalau boleh, kalau aku boleh bercakap, mahu sahaja aku jumpa pegawai bank dan serahkan surat letak jawatan sebagai Automated Teller Machine.
Seksa tau.

Monday, July 07, 2008
CIRI-CIRI TENAGA PENGAJAR #1
Telah menjadi kebiasaan di awal semester, kelas pertama wajib dihadiri untuk memastikan pensyarah yang mengajar. Jika mempunyai reputasi yang buruk sebagai "lecturer killer", maka tindakan "drop" kelas akan dilakukan secepat mungkin.
Terdapat beberapa kriteria pensyarah yang menjadi idaman beberapa peringkat pelajar di sini, malah di mana-mana juga. Pensyarah itu haruslah:
1) Masuk kelas lewat 20 minit dan kelas berlangsung selama 15 minit sahaja, 30 minit seminggu. - Kelas pensyarah seperti ini biasanya pada waktu petang antara jam 4pm - 6pm. Walaupun pada waktu itu (waktu ngantuk dan bersukan), kelas ini akan penuh maksimum. Sebab? Kelas sekejap je, janji sain kedatangan.
2) Tiada tutorial yang perlu dihantar dan tiada "buah tangan" diberikan. - Kelas ini biasanya mempunyai pensyarah yang amat tegas di kelas tetapi lembut di luar kelas. Pelajar akan merasa lega sebab tiada tutorial, hanya tumpuan maksimum di dalam kelas.
3) Tidak kedekut di dalam memberikan gurauan, senyuman dan markah. - Pensyarah begini biasanya nampak macam garang. Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar hanyalah sedikit bodekan dan kunjungan kerap ke bilik beliau. Insya-allah, A dalam genggaman.
4) Tiada sain diperlukan untuk kedatangan. - Kelas pensyarah seperti ini, pelajarnya, biasanya macam biskut chipmore. Hari-hari biasa pelajar sangatlah sedikit.Tetapi bila tiba hari peperiksaan, ramai rupanya pelajarnya. Pensyarah jenis ini biasanya malas nak ambil port dan memegang pada prinsip "Sukati kamu la pelajar".
5) Gemar bergurau. - Pensyarah jenis ini biasanya disukai pelajar. Penuh dengan humor dan gelak ketawa. Serta tidak mudah ambil hati dengan gurauan yang dilemparkan oleh pelajar. Jika ada pelajar yang kurang ajar, dia tidak marah. Cuma perlukan sedikit sentuhan kata berbisa yang bisa membuatkan pelajar itu makan dalam.

TAHAP INTELEKTUAL
Aku dah memulakan sesi pembelajaran pada hari semalam. Kelas pertama ialah kelas Company Secreterial and Practise. Dan. Mendapat satu maklumat penting.
"Menurut kajian, setiap 2 minggu pelajar bercuti, tahap keintelektualan akan menurun sebanyak 10%. Awak dah cuti selama 6 minggu. So, berapa banyak tahap intelek yang awak ada sekarang?" Kata pensyarah.
"Untuk meningkatkan semula tahap intelek awak, hari ini, kita buat kuiz." Kata dia lagi.
Kuiz? Hari pertama? Sebelum belajar?
Lesson #1 : Jangan terperanjat jika pensyarah anda berikan kuiz pada hari pertama. Trick je semua tu.

Saturday, July 05, 2008
KERETA BERGERAK!
Petang tu, aku memandu kereta kancil ke sekolah adik aku. Ini adalah sebahagian daripada rutin aku sepanjang cuti semester di politeknik dulu. Ambil adik sekolah.
Entah macam mana, petang itu, adik aku macam penat gile. Muka punya lah letih. Aku pun hairan, dia ni pelajar atau buruh binaan kat sekolah?
Naik je kereta, dia terus parking seat belakang. Teruskan rebahkan kepalanya. Baring. Macam penat sangat. Aku syak, dia penat sebab main sepak yem sebab dalam poket baju sekolah agamanya, terjulur bulu warna-warni dari gundu yem tu.
Malas aku nak tanya banyak.
Aku teruskan pemanduan pulang ke rumah. Hinggalah sampai di suatu traffic light itu.
"Bang! Bang! Kereta bergerak ni!" Jerit adik aku. Dari seat belakang. Penuh kekalutan. Penuh kejutan.
Aku mengerling ke arah belakang. Dengan gaya macho, terus tepuk dahi adik aku kuat-kuat.
"Sengal, ayah pesan maghrib jangan tidur."
Termangu-mangu adik aku. Mamai-mamai lagi. Toleh kanan kiri. Rupanya kereta sebelah yang gerak. Aiseh...
Adik-adik, jangan tidur waktu maghrib dalam kereta ye.

Thursday, July 03, 2008
BILA SI BIJAK MULA MEMASAK
Aku ada seorang adik lelaki. Dia poyo sangat. Sangat poyo.
Suatu hari, ditakdirkan oleh tuhan yang emak aku jatuh sakit. Bukan sakit sebab terjatuh. So, malam tu tak dapat nak masak makan malam untuk kami. Tapi aku tak kesah. Aku cool je. Apa-apa makanan pun aku tak kesah.
Emak aku pun hulur RM10 suruh beli berger ke nasi lemak ke makanan goreng-goreng ke kat kedai awe hujung jalan. Adik aku dipertanggungjawapkan untuk pergi membelinya. Tapi tetiba poyonya datang. Dia volunteer untuk masak nasi goreng. Aku tak kesah. Aku cool je.
Maka, berdentam-dentum la dapur umah aku malam tu. Maklum la, anak jantan masuk dapur. Segalanya bersepah.
Emak aku yang tengah sakit pun pergi la ushar kat dapur. Mana la tau adik aku ni terletak racun ke apa ke. Mati pula kami nanti. Tapi aku malas nak amik port. Asalkan dapat makan, cukup la.
Tetiba aku dengar emak aku beristighfar kuat-kuat disusuli dengan gelak tawa ala-ala angsa sakit. Aku pun terjah dapur.
"La dik, kau ingat basuh bawang tu macam basuh epal ke?" Tanya emak aku.
"Bukan macam tu ke?" Jawap adik aku yang bermuka konfiden.
"Kalau basuh epal, basuh dulu baru kupas kulit. Kalau bawang, kupas kulit dulu baru la basuh. Ngok!" Terang aku sambil mata keluar air mata tahan gelak. "Yang kau basuh bawang tu baru kupas buat apa?"
Tu la. Pandai sangat.

TAK ORI TAPI OKAY
**My LV-licious**
.
Macam aku. Aku tak berapa mampu nak beli barangan original. Ye la, budak sekolah macam aku ni, duit pun bukan ada sangat. Tapi nak bergaya macam anak orang kaya. Tak banyak pilihan. Lebih-lebih lagi barangan untuk aku yang bersaiz bagak ni. Kau bayangkan ye la.
.
Aritu masa aku pergi KL, aku sempat la jugak paksa anak kawan bapak aku untuk bawa aku ke Danau Kota. Ala...tempat jualan tengah malam tu. Bukan la sebab aku ni jakun sangat. Cuma nak tau je, apa yang orang lain beriya-iya benor beli kat sini.
.
Tapi okay la, sesak pun sesak. Takde parking pun iye jugak. Gesel-gesel dengan orang sekali-sekala pun best jugak :p
.
Aku sempat la nak beli beg berjenama LV kat situ. Tapi cutting jantan ye. Bukan beg wanita.
.
Sejarah pembelian barangan bukan original aku memang dah lama. Berjinak-jinak dengan pembelian cakera padat filem tempatan dan antarabangsa. Pastu beli kasut jenama Adidas (sebenarnya jenama "Adipas"). Beli jam tangan jenama megah-megah tapi beli kat pasar malam jek. Eh...macam-macam la.
.
Aku rasa benda ni dah jadi macam budaya di Malaysia. Beli barangan tak original. Disebabkan kekurangan kemampuan untuk mempunyai tetapi didorong oleh rasa teringin, barangan tak original ni menjadi pilihan. Nampak macam original jugak.
.
Ok la tu, dari takde...
Subscribe to:
Posts (Atom)