Sejak mula dari aku bekerja, aku dapat rasakan bahawa tugas aku ini bukan calang kerja. Tak banyak yang mampu laksanakan. Baru 2,3 bulan bekerja, sudah hantar surat resign. Mereka dah "loose". Ah, mereka memang loser. Barang kena power, baru customer puas. Tak kan itu pun mereka tak tahu.
Lama-lama, aku rasa bosan. Aku juga rasa rimas. Siapa yang tidak rimas jika asyik dijolok sahaja. Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Sehari. Kalau seminggu, berapa kali plak? Sebulan? Ini bukan kerja main-main. Ini kerja penting. Ini kerja cari makan.
Customer aku dari pelbagai bangsa. Ada melayu. Ada cina. Ada india. Ada siam. Tapi kalau datang bangsa arab, aku paling seksa. Tak puas dijolok-jolok, dipicit-picit dengan tangan kasar mereka. Tangan mereka bulu-bulu buat aku rasa selesa. Sekalipun sakit, mereka tetap pelanggan aku. Aku harus beri layanan tip-top pada mereka. Aku hanya mahu mereka rasa puas. Tapi bila fikir-fikir, mahu saja aku letak C4 pada tangan mereka. Tangan mereka nakal :)
Tapi bila cerita tentang mereka yang terdesak, lagi seksa aku dijolok. Bukan setakat stail dan alat biasa, malahan dijolok dengan pelbagai bahan lagi. Mereka tak tahu nak jaga aku langsung. Memang la aku ini murahan. Senang nak digunakan. Bila nak guna, semua cari aku. Bila tak nak guna, Aku rasa sepi. Aku rasa mahu "itu".
Ah, aku rasa bosan. Kalau boleh, kalau aku boleh bercakap, mahu sahaja aku jumpa pegawai bank dan serahkan surat letak jawatan sebagai Automated Teller Machine.
Seksa tau.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku