Sunday, July 20, 2008

LAST SEMESTER

Shah kata semester ni dia semester akhir. Semester 6 ni adalah semester paling bermakna buatnya. Tetapi pelajar AIS sepatutnya 7 semester di kampus dan 1 semester praktikal. Ya, Shah bernekad untuk mengambil 8 subjek semester ini. Untuk tamatkan zaman belajar yang katanya sengsara.

Anda boleh bayangkan sendiri jika anda perlu membayar impian akhir semester anda dengan mengorbankan waktu tidur lewat anda, waktu tidur petang anda, waktu menonton movie anda, waktu indah bersama awek makan di cafe, waktu bergurau senda kutuk-mengutuk dengan rakan taulan. Mampukah anda mengakhiri semester terakhir anda dengan kesibukan? Mati dalam muka penuh keplastikkan?

Petang tadi. Selepas kelas. Kami berjalan ke Lego. Untuk brunch (breakfast + lunch).

"Hidup Shah sekarang aku yang jaga. Supaya tak liar." Kata Zan.

"Nape plak?" Tanya aku kehairanan.

"Dulu susah nak nampak dia celik. Asyik membuta je." Kata Zan, "Sekarang asal aku nak pi kelas pagi, nampak dia dah bangun. Aku balik kelas, dia belum balik kelas. Petang dah tak tidur sampai Isya'."

"Apa bole buat, No pain No gain." Kata aku.

Jadual Shah memang penuh sejak semester bermula lagi. Proposal projek yang 2 kali kena reject pensyarah. Bermotor ke Napoh dan Kuala Nerang pada hari sabtu, hari tidur sedunia. Kelas setiap hari jam 8.00am. Sucks!

Apa yang menariknya ialah akhirnya dia dapat berkenalan dengan manusia lain selain dari kami. Alhamdulillah. Jika tak, sehinggalah dia grad, dia masih lagi ditakuk lama.

Best kan dah nak habis belajar?

2 comments:

  1. tak pa...tak pa...dah kata mai u nak belajar...hadapi la sume dugaan tu

    ReplyDelete

Komenlah Aku