Saturday, July 19, 2008

REPORT

Malam tersebut, aku menyaksikan perlawanan Warcraft yang amat sengit sehingga awal pagi.

Kalau boleh, aku mahu bangun lewat keesokkan paginya.

Pagi itu, jam baru pukul 9.00am. Aku mula rasa terganggu. Ada suara-suara manja dan mengada-ngada. Mula berkata-kata. Dengan nada stim dan teruja.

"Sayang awak...saya baru bangun...i love you, you love me. I baru bangun lepas ni I nak buat ni kendian tu. You buat apa kat Jitra? Jangan tengok lelaki lain tau. So and so...."

Aku menyumpah seranah dalam hati. Pagi-pagi buta pun boleh bergayut ka? Tak cukup ke malam semalam? Inilah penangan bercinta.

Aku pergi bilik Tutot. Cadang nak sambung tidur. Yang tadi terganggu. Kelihatan. Dia sedang bingung. Sibuk tekan-tekan henset baru. Pura-pura sibuk. Telefon orang sana, telefon orang sini.

"Cop, kau tahu tak format nak buat report?" Tiba-tiba Tutot kalih belakang, bertanya pada aku.

"Report yang macam mana tu?" Tanya aku yang sedang mamai, "Kan ada macam-macam report."

"Report untuk forum."

"Oh, itu ke? Itu aku tak pasti plak. Try tanya Zan. Dia tengah hantar report pada awek 1st dia tu sekarang ni." Jawap aku. Dengan nada menyindir. Dalam mengantuk.

Sunyi. Diam.

Hahahahahahah! Ya, adik-adik. Tutot memang lampi sikit.

Awak faham?

3 comments:

Komenlah Aku