Telah menjadi kebiasaan di awal semester, kelas pertama wajib dihadiri untuk memastikan pensyarah yang mengajar. Jika mempunyai reputasi yang buruk sebagai "lecturer killer", maka tindakan "drop" kelas akan dilakukan secepat mungkin.
Terdapat beberapa kriteria pensyarah yang menjadi idaman beberapa peringkat pelajar di sini, malah di mana-mana juga. Pensyarah itu haruslah:
1) Masuk kelas lewat 20 minit dan kelas berlangsung selama 15 minit sahaja, 30 minit seminggu. - Kelas pensyarah seperti ini biasanya pada waktu petang antara jam 4pm - 6pm. Walaupun pada waktu itu (waktu ngantuk dan bersukan), kelas ini akan penuh maksimum. Sebab? Kelas sekejap je, janji sain kedatangan.
2) Tiada tutorial yang perlu dihantar dan tiada "buah tangan" diberikan. - Kelas ini biasanya mempunyai pensyarah yang amat tegas di kelas tetapi lembut di luar kelas. Pelajar akan merasa lega sebab tiada tutorial, hanya tumpuan maksimum di dalam kelas.
3) Tidak kedekut di dalam memberikan gurauan, senyuman dan markah. - Pensyarah begini biasanya nampak macam garang. Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar hanyalah sedikit bodekan dan kunjungan kerap ke bilik beliau. Insya-allah, A dalam genggaman.
4) Tiada sain diperlukan untuk kedatangan. - Kelas pensyarah seperti ini, pelajarnya, biasanya macam biskut chipmore. Hari-hari biasa pelajar sangatlah sedikit.Tetapi bila tiba hari peperiksaan, ramai rupanya pelajarnya. Pensyarah jenis ini biasanya malas nak ambil port dan memegang pada prinsip "Sukati kamu la pelajar".
5) Gemar bergurau. - Pensyarah jenis ini biasanya disukai pelajar. Penuh dengan humor dan gelak ketawa. Serta tidak mudah ambil hati dengan gurauan yang dilemparkan oleh pelajar. Jika ada pelajar yang kurang ajar, dia tidak marah. Cuma perlukan sedikit sentuhan kata berbisa yang bisa membuatkan pelajar itu makan dalam.
suke lecturer yang sporting..lecturer kategori 1 dan 4 i most favor..haha.. best best..pastu lecturer yang suke mude, single and hensem konfem ramai datang kelas die..haha..sedap mata memandang..hahha..
ReplyDeleteya, ku suka lecturor sebegini.
ReplyDeleteperempuan suka lecturor hensem sebab disangke mudah digode.
aku nak jadi lecturer boleh x?
ReplyDeletexblh2x...gi jd benda ln..
ReplyDelete