Wednesday, July 30, 2008

TERIMA AJE LA

Walau apa terjadi sekali pun, walau buruk sekali pun, kita terima je la. Mereka ditakdirkan menjadi kawan kita. Dan kami ditakdir untuk berkawan dengan mereka.

*****

Kalau korang boleh baca kat shout out aku ni, ada 2 manusia yang guna nama Iban and what-so-ever.

Mereka ni antara kawan-kawan aku kat kampus ini. Ok lah, aku sebenarnya nak bercerita tentang mereka ni sebab mereka ni selalu gaduh mulut. Nak bertumbuk tapi takut sakit.

Kita mulakan dengan Khairul Azizi a.k.a Tomok a.k.a Iban.

Dia berasal dari Melaka dan sangat kerek dengan Melaka dia. Walau bukan ada apa-apa pun. Dulu dia seorang yang sengal-sengal ubi. Macam blur-blur sikit la orangnya masa mula-mula daftar dulu. Berkawan pun dengan manusia-manusia dari poli dia jek. Dan berkawan baru dengan orang yang bosan-bosan macam Lobo dengan Meor. Tak boleh blah!

Hasil berkawan dengan manusia-manusia dari KPM Beranang sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi Tomok tentang dunia. Tentang kehidupan. Kehidupan yang tak semestinya terlalu berkisarkan tentang wang. Dan beli air masa makan kat kafe.

Sekarang. Tomok dah pandai kutuk orang. Dah pandai perli orang. Dah pandai cari pasal. Memang dapat 4 flat la kalau "Mengutuk" itu adalah satu subjek akademik. Baik atau jahat, hensem atau buruk, semua dia kutuk. Orang tak boleh kutuk dia, dia boleh kutuk orang kaw-kaw. Prinsip dia yang sangat sengal.

Sekarang, say hi to Tomoq. HI TOMOQ!

Seorang lagi kawan aku ialah Shahrir a.k.a Muffler a.k.a Abang Textile. Sejak dari mula masuk kampus lagi, dia memang terkenal dengan sifat azalinya, MENGUTUK. Memang lahir-lahir dia ada kebolehan mengutuk.

Yang dia ni lagi la. Family dia pun jadi mangsa kutuk. Teruk sangat dia ni. Kadang-kadang tu time makan kat Lego, kalau ada orang lalu sebelah meja kami, pun boleh jadi mangsa kutuk dia. Then ketawa kuat-kuat sampai satu Lego dok peratikan kami. Ish, buruk akhlak.

Tapi sekarang dia dah kena kurangkan aktiviti sebegitu sebab komuniti di kampus ni bukan besar sangat pun. Pusing-pusing jumpa orang sama gak. kalau dulu orang tu yang dia kutuk, sekarang ni, dorang la yang jadi group member dia.

Contohnya Natasha. Sangat membencikan. Last-last volunteer nak satu group dengan dia. Takdir kan?

Tu la sedikit sebanyak tentang dorang. Susah nak jaga. Liar dorang ni. Tapi sekarang dah jinak sikit. Dah lama training nak jadi baik.

Say hi to Muffler. HI MUFFLER!

***Lepas ni, for sure, kat shout out tu penuh dorang kutuk maki hamun aku. Tak caya? Aku dah lama kawan dengan dorang. Kejahatan mereka pun aku dah boleh predict.

1 comment:

Komenlah Aku