Thursday, July 03, 2008

TAK ORI TAPI OKAY

**My LV-licious**
.
Macam aku. Aku tak berapa mampu nak beli barangan original. Ye la, budak sekolah macam aku ni, duit pun bukan ada sangat. Tapi nak bergaya macam anak orang kaya. Tak banyak pilihan. Lebih-lebih lagi barangan untuk aku yang bersaiz bagak ni. Kau bayangkan ye la.
.
Aritu masa aku pergi KL, aku sempat la jugak paksa anak kawan bapak aku untuk bawa aku ke Danau Kota. Ala...tempat jualan tengah malam tu. Bukan la sebab aku ni jakun sangat. Cuma nak tau je, apa yang orang lain beriya-iya benor beli kat sini.
.
Tapi okay la, sesak pun sesak. Takde parking pun iye jugak. Gesel-gesel dengan orang sekali-sekala pun best jugak :p
.
Aku sempat la nak beli beg berjenama LV kat situ. Tapi cutting jantan ye. Bukan beg wanita.
.
Sejarah pembelian barangan bukan original aku memang dah lama. Berjinak-jinak dengan pembelian cakera padat filem tempatan dan antarabangsa. Pastu beli kasut jenama Adidas (sebenarnya jenama "Adipas"). Beli jam tangan jenama megah-megah tapi beli kat pasar malam jek. Eh...macam-macam la.
.
Aku rasa benda ni dah jadi macam budaya di Malaysia. Beli barangan tak original. Disebabkan kekurangan kemampuan untuk mempunyai tetapi didorong oleh rasa teringin, barangan tak original ni menjadi pilihan. Nampak macam original jugak.
.
Ok la tu, dari takde...

4 comments:

  1. aku x suka brg x ori... kalau dah x mampu sgt pergi sahaja ke reject shop..

    aku lebih suka pakai baju jking daripada baju adipas..

    ReplyDelete
  2. gelap la gamba beg tu.. edit la sket.. btw, beli beg lv nih nak bawak g pasar ke? kekeke..

    ReplyDelete
  3. Storyteller : Anda berbadan kecil (perut besar), berselera besar. Apa bole buat? Aku? Dah biasa hidup dengan barang tak ori.

    Jane : Oh Pls! Beg ni i bawak pegi kelas la. Mana klas pi pasar bawak beg ni. Btw, kau penah masuk pasar ke?

    ReplyDelete
  4. Adipas = Adidas + Lipas

    aku dulu pernah jumpe sandal Adibas and Adolas. Sepupu2 Adidas gak la tu kot :P

    ReplyDelete

Komenlah Aku