Thursday, March 17, 2011

REVIEW FILEM : BEASTLY



Baru-baru aku berkesempatan untuk menonton filem Beastly. Actually, bukan baru pun. Minggu lepas rasanya. Memandangkan yang berlakon dalam filem ini ialah Vanessa Hudgens, all time favourite girlfriend, aku bersetuju dengan diri sendiri untuk menonton filem ini walaupun dah dapat agak bentuk jalan cerita filem ini. Alah... ala-ala "Beauty & The Beast" je ni tapi versi gelap dan moden.

Ok, aku suggest filem ini ditonton oleh golongan yang suka mengutuk orang dari segi fizikal. Kutuk benda lain aku boleh terima lagi tapi kalau dah kutuk fizikal, boleh bikin aku menyirap habis.

Alex Pettyfer sebagai watak utama yang ditemani heroin, Vanessa Hudgens beserta sidekick power, Marie-Kate Ashley, Neil Patrick Harris (What up!) dan beberapa sidekick yang kurang power. Walaupun filem ini ada unsur-unsur tahyul seperti black magic tapi just nice untuk ditonton. Tak payah berat-berat kepala nak fikir jalan cerita yang serius.

Cerita pasal Alex ni bertanding jawatan presiden pelajar dengan tiket paras rupa dan kepopularitian bapanya sebagai selebriti tivi. Sudah menjadi standard jantan perasan hensem, akan mengutuk mereka-mereka yang kurang hensem dan tak cantik juga mereka-mereka yang berpakaian pelik. Akhirnya, Marie-Kate yang selalu dikutuk oleh Alex tu mengenakan black magic terhadap Alex sebagai hukuman. Alex cuma ada masa setahun (diukur melalui tatu hidup di lengan kiri Alex) untuk mendapatkan cinta sejati dan dikurniakan rupa paras yang sangat hodoh. Bertatu dan calar-balar. Wek! Jika tak jumpa, rupa paras jijik ini akan kekal selamanya tapi jika dia temuinya sebelum masa yang diberikan, rupa paras hensem yang lama akan direstorekan semula.

Neil Patrick Harris tak mempunyai banyak babak dalam filem ini tetapi melalui babak yang sedikit itulah diselitkan beberapa sedikit watak Barney (How I Met Your Mother) yang aku rasakan sangat sinonim dengan Neil. Dalam filem ini, Neil merupakan orang upahan bapa Alex untuk mengajar Alex erti hidup menerima diri sendiri dan Neil sendiri dalam filem ini merupakan seorang yang cacat penglihatan.

Kali terakhir aku menonton Vanessa Hudgens berlakon ialah dalam High School Musical dan dia sungguh manis dalam tu lantas aku terus jatuh cinta. Tak perlu rasanya aku describe tang mana aku jatuh cinta pada Vanessa Hudgens ni. He he he. Tapi ok la. Not bad la dia berlakon. Cuma aku ternanti-nanti filem dia yang akan datang nanti, Suckerpunch!

Oh ya, tahun ini tahun bertuah bagi Alex Pettyfer agaknya sebab 2 filem lakonannya masuk pawagam dalam bulan yang sama. Dah tengok "I Am Number Four"? Same hero la brader.

Sedikit sebanyak filem ini menyuntik semangat aku melalui taglinenya, "Love Is Never Ugly". Woi, aku taklah cakap aku ni ugly. Aku kacak hape cuma tu la, takde rezeki lagi nak bermakwe. Alahai....


WHY SO SERIOUS?

Di atas desakan Kak Limah, aku siarkan kembali entri ini sebagai peringatan kepada semua supaya lebih sensitif dalam hubungan silaturrahim samada hubungan kekasih atau suami isteri.

Ah, lama rasanya tak menulis dalam waktu pejabat. Sejak-sejak dah pindah bangunan pejabat baru, makin rajin kemas pejabat. Bagi cantik-cantik macam rumah sendiri. Eh, rumah aku cantik ke?

Aku sebenarnya nak bercerita mengenai nasib seorang wanita ni la. Bukan nak kata tindakan dia betul atau nak berpihak pada dia tapi sebagai peringatan kepada pakwe-pakwe di luar sana agar lebih sensitif dengan kehendak makwe-makwe. Bukan nak manjakan tapi kita kena tahu la kehendak dia macam kita juga, yang berkehendak kepada sesuatu. Cewah!

Kawan aku ni nama manja dia Kak Limah. Dia takde la enjit-enjit semut macam dalam filem Kak Limah tu tapi aku tetap panggil dia Kak Limah. Aku tengok dia macam suka je. Macam tak larang. Kot dia pun syok juga kot aku panggil Kak Limah. Glamor taw. Ha ha ha.

Dulu dia ada seorang pakwe yang gagah perkasa. Kuat! Bak kata abah Kak Limah. Ala-ala askar dan gemarkan aktiviti mencabar seperti mendaki gunung dan bermain bola-cat. Tapi sayang seribu kali sayang, pakwe Kak Limah seorang yang tegas dan gemar berkata "jangan" dalam setiap perbualan romantis mereka.

"Awak JANGAN make-up. Nak suruh orang pandang awak je ke?"

"JANGAN pakai high heel. Nak ke pejabat buat apa nak pakai high heel?"

"Kenapa pakai baju warna terang-terang macam ni? Nak tarik perhatian lelaki lain?"

Ok, ayat terakhir memang tiada perkataan "JANGAN". Namun Kak Limah tabah walaupun tiada sebarang ikatan rasmi dan halal antara mereka. Kak Limah akur sebagainya akurnya isteri atas arahan suami.

Boleh ke pakwe-pakwe di luar sana bayangkan kalau awak-awak semua ini dilarang melakukan sikap natural orang lelaki seperti "Jangan tengok porno!" atau "Jangan keluar dengan kawan-kawan awak!" atau "Jangan keluar malam tengok bola!". Pergh, memang menderita tapi disebabkan sayangkan makwe, mesti awak-awak pakwe semua ikutkan sahaja walaupun lambat laun akan makan dalam.

Mula-mula bercinta boleh la tahan. Cinta tengah manis masa tu. Semuanya orait je. Tapi bila cinta dah kelat macam tahi ulat, mulalah sedar dengan kesilapan sendiri. Kawan-kawan Kak Limah semua boleh pakai tudung ekspres warna-warni tapi Kak Limah pakai tudung rona biru tiap-tiap hari. Kawan-kawan Kak Limah semua pakai baju 12 skema warna tapi Kak Limah pakai baju satu kaler dan hanya satu kaler itu saja. Kawan-kawan Kak Limah semua peragakan kasut dan handbag pelbagai warna dan paten tapi Kak Limah pergi kerja pakai sandal biasa dan handbag? Takdenya.... Kawan-kawan Kak Limah pergi kerja semua solek-solek maskara bertepek tapi Kak Limah pakai compact powder tanpa calitan lipstick.

Naluri keperempuan Kak Limah dihalang! Macam mana Kak Limah nak jadi lebih perempuan kalau naluri keperempuanannya dihalang? Akhirnya, Kak Limah ambil langkah drastik dengan memutuskan hubungan dengan pakwenya yang gagah perkasa itu. Hapa pun tak dapat. 2 tahun habis macam gitu je. Tapi apa boleh buat, jodoh pertemuan Allah tentukan.

Pengajaran di sini, pakwe-pakwe sekalian kalau boleh berilah kelonggaran kepada makwe-makwe tu supaya boleh bersosial macam perempuan-perempuan lain asalkan tidak melewati batas-batas budaya dan agama. Setakat nak pakai tudung fesyen-fesyen tu apa ada hal, asalkan menutup aurat.

Pergh, gua menasihat ni mengalahkan pakar motivasi pulak. Makwe takde juga.

P/S : Kak Limah, please kirim salam pada adik akak ye. xoxo.

Wednesday, March 16, 2011

DAMN YOU KAK LIMAH. I JADI TAKUT TAW.

Kak Limah gertak aku. Entri last aku delete sebab menurut ugutan Kak Limah, kalau boifren lama dia baca nanti aku mati kena tembak. So, aku delete. Aku tak nak mati dulu. Tak kahwin lagi ni.

Friday, March 11, 2011

REVIEW FILEM : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Aku memang sememangnya peminat filem yang berunsurkan sejarah atau mitos sesuatu tempat atau kaum. Selama ini aku dihidangkan dengan filem unsur begini tetapi bukan dari tanah airaku sendiri, Malaysia. Filem barat dan China lebih banyak. Filem Malaysia berskala gersasi masih belum mampu agaknya dibuat oleh orang Malaysia kerana kekangan kewangan.

Tetapi selepas Puteri Gunung Ledang (2004) aku semakin teruja untuk melihat pelbagai lagi kisah sejarah Malaysia dilayarperakkan. Akhirnya Hikayat Merong Mahawangsa berjaya difilemkan dengan interpretasi mereka sendiri.



Sebelum aku menonton filem ini semalam, aku sempat google untuk mengetahui sinopsis sebenar Hikayat Merong Mahawangsa seperti yang tertulis dalam buku. Akhirnya aku baca ini dan baru la sedap sikit nak tengok filem ini. Baru la nampak sikit perbezaan versi filem dan buku.



Dato' Rahim Razali as Gandalf a.k.a Kesum


Filem ini macam penceritaan semula Sultan Muzaffar Shah, Sultan Kedah pertama yang memeluk islam yang mendapat idea untuk menulis semula susur galurnya seperti yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulu. Bermula dari istana baginda sehingga diheret ke Goa. Tempat dagangan popular dahulukala sebagai pusat dagangan rempah dan hamba.

Bermula dengan kapal Rom yang singgah di Goa untuk mencari orang yang sesuai untuk mengemudi kapal bagi membawa putera kerajaan Rom, Marcus ke Semenanjung Emas bagi dikahwinkan dengan puteri China. Akhirnya dia mendapat bantuan Merong Mahawangsa, pelaut yang dibuang pelabuhan, tiada satu pelabuhan yang menyambut kedatangan dek kerana selalu buat kacau.



Merong tengah fight dengan pahlawan kelas atasan Goa sebab menodai adik pahlawan tersebut.


Aku malas nak terangkan semua. Tetapi akan cuba point beberapa scene yang aku suka dan aku rasa macam ada yang tak kena.


1) Aku tertanya-tanya, Taji kata ia telah hantar utusan ke China untuk suruh China bayar 1000 tahil emas jika mahu nyawa Puteri China selamat. Dia bagi masa 2 purnama kepada Kerajaan China. Semenanjung Emas dengan pusat pemerintahan China tu jauh gila kot. Naik kapal boleh makan setengah tahun sebab ikut arah angin.

2) Lepas kena serang Geruda pada kali pertama, ke mana Admiral China pergi? Mustahil patah balik ke China. Tak pasal-pasal kena pancung dengan Maharaja. Dia kata dia kejar Geruda tapi tak kan stay dengan atas laut je. Aku rasa Admiral belayar ke arah kawasan India sebab Marcus sempat belajar Silambam (lihat akhir pertempuran di scene akhir, gunakan 2 batang kayu).

3) Dalam buku kata Merong Mahawangsa ini asalnya dari Rom dan mengetuai rombongan Rom ke China tetapi diserang Geruda semasa dalam perjalanan ke China (most probably diserang di Semenanjung Emas). Dalam filem, Merong Mahawangsa is Kapten Jack Sparrow dan jentayu is The Black Pearl.

4) Mythbuster crew dah design semula "The Death Ray" dari rekaan Archimedes tetapi ternyata senjata untuk tidak berfungsi langsung. Ia hanya satu rekaan teori semata-mata. Tetapi dalam filem ini, "The Death Ray" adalah laser pertama yang digunakan oleh manusia sezaman itu berkuasa solar. Wow!




Stephen dengan kulit sawo matang dan badan tegap (bukan gagah berketul-ketul tapi just nice). Mana ada orang zaman dulu pergi gym nak buat muscle, kan? Dia penuh dengan humor taw dalam filem ni.

Rambut Tok Kesum serabai sangat!

Ummi Nazeera berwajah eksotik!

Jehan Miskin takde skrip!

Khir Rahman, lu memang jahat!

Ying Ying, clumsy tapi kelakar. Ha ha ha.

Puteri China, u ni sweet taw.

"KALAU PINTU EMPANGAN DIBUKA, TAKKAN AIR DAPAT DITAHAN."

Thursday, March 10, 2011

PENGANTINISME DAN GERSANGNISME

Seorang kawan, Bob ada menyatakan sesuatu dalam status facebooknya :

"Semangat Pengantinisme masih membara!".

Sejurus kemudian beberapa komen nakal mula dipublish. Komen nakal yang datangnya dari lelaki yang sudah berjaya berumahtangga dan lelaki yang masih gagal mencari cinta.

Si B bagi komen : "Biasanya lepas penyakit Pengantinisme, akan datang sekali dengan penyakit Gersangnisme. Hi hi."

B seorang suami dan bapa anak 1 yang berjaya dalam kerjaya.

Si A bagi komen : "Kau penah kena penyakit Gersangnisme ke B?"

A seorang pekerja dari golongan marhaen yang masih gagal mencari cinta sejati.

B membalas komen : "Tak penah. Sebab aku dapat 'JAJAN' selalunya on time. Ha ha ha!"

A terkedu. Dan balas komen dalam hati : "Cilakak lu! Gua juga yang tak dapat 'JAJAN' dalam ertikata sebenar."

Tapi dalam facebook A balas : "Kau kena susun schedule betul-betul Bob... Karang tak dapat 'JAJAN' merajuk la pulop!"

Dengan pantas B membalas komen. "Susun elok-elok, kalau jarang jumpa pastikan kau tu 'SHARPSHOOTER' beb. Ha ha ha."

Aku tempeleng juga si B ni. Dari tadi borak lucah pula. Bisu pulak kalau aku tempeleng nanti.....

Sunday, March 06, 2011

REVIEW FILEM : THE ADJUSTMENT BUREAU


Pernah tak korang rasa tiba-tiba ada sesuatu yang kau rasa pelik berlaku dan seterusnya akan mengubah apa yang korang dah plan? Macam contoh, kau dah plan pergi kerja naik LRT. Biasanya korang bawa dompet tetapi pagi itu korang lupa. Dah kena patah balik rumah yang menyebabkan korang lambat masuk meeting penting. Tetapi bila masuk meeting semuanya berjalan lancar malah korang dinaikkan pangkat. Pernah jadi macam itu? Tak pernah? Memang, aku beri contoh je tu.

Itu yang terjadi kepada David (Matt Damon). Dia merupakan calon wakil rakyat yang paling muda di New York. Dalam satu pilihanraya tahun itu, dia kalah dengan calon yang lebih tua. Ditakdirkan dia bertemu dengan Elise (Emily Blunt - i <3>

Waktu itu, The Adjustment Bureau Agent, Richardson dan Harry menjadi Elise sebagai satu alat sebagai penaik semangat David semata-mata mahu memastikan bahawa jadual kehidupan David berjalan seperti yang ditulis oleh The Chairman.

Tetapi tidak bagi David kerana dia betul-betul jatuh cinta pada Elise. Ada satu ketika, The Adjustment Bureau cuba memisahkan mereka seperti hilangkan nombor phone Elise, jadi David tak dapat nak kontek Elise. Ini adalah disebabkan Elise bukan seseorang yang dirancang untuk berada dalam hidup David. So, mereka kena pastikan Elise tiada dalam garis hidup David.

Tapi power of love memang hebat kawan-kawan. Akhirnya The Adjustment Bureau mengalah dengan takdir. Takdir bukan sesuatu yang boleh mereka ubah. Berapa banyak kali pun mereka ubah, kuasa takdir terlalu besar.

Emily Blunt is fricking gorges. Aku rasa dah jatuh cinta la.

Janji percaya sangat dengan The Adjustment Bureau. Filem ini sekadar hiburan.

Yang seronoknya filem ini, macam mana la omputih boleh terfikir yang apa terjadi dalam hidup ini ada sebabnya (everything happen your a reason).Who make it happen? Kenapa mereka buat begitu? Apa yang mereka plan untuk kita? Bagi mereka yang belum mengenal islam, tentu macam-macam yang mereka fikir.Tapi kalau kita dah tahu apa yang bakal terjadi pada kita pada masa depan, mana adventurnya hidup ini kan?

SUMPAH INI KALI AKHIR AKU LEPAK HUJUNG MINGGU RUMAH SUNDANG SEBELUM DIA NIKAH MINGGU DEPAN. TAHNIAH.

Sumpah, ni kali last aku tidur rumah Sundang malam minggu. Telefon aku merayu suruh datang. Padahal nak minta tolong kemas barang BBQ. Siot betul.

Lepak dengan para perokok tegar malam itu membawa aku kepada satu cinta trilogi ada seorang brader sempoi ni. Sambil memasukkan 2 karton rokok putih jenis Marlboro hasil pembelian secara seludup, ke dalam keretanya. Tiba-tiba dengan ikhlas hati dia memulakan kisah cinta tragiknya.

Aku dulu masa bercinta awek aku ada tanya bila nak berhenti merokok, aku jawab la lepas bertunang. Kemudian lepas bertunang, dia tanya lagi, bila nak berhenti merokok, aku cakap lepas kahwin. Kali ni janji. Kemudian lepas kahwin, dia tanya lagi, bila nak berhenti merokok. Aku cakap kali ni memang betul punya promise, lepas dapat anak. Lepas anak aku dah umur 4 tahun ni, dia tanya lagi. Last-last aku mengaku je.

"Abang rasa abang tak boleh tinggalkan dia la. Sebab abang kenal dia dulu sebelum abang kenal ayang. Dia cinta pertama abang. Cinta pertama memang susah nak lupakan, kan?"

Last-last, bini aku dah malas nak tanya lagi. Mungkin dia berpendapat bahawa lebih bahawa lebih baik laki aku bercinta dengan rokok dari bercinta dengan perempuan garit.

Moral of the story : Bercinta dengan perempuan ke bercinta dengan rokok ka, bahaya tetap ada. Pandai-pandai la praktikkan 'Danger Management' yang korang pernah belajar dulu. Ada ke?

Saturday, March 05, 2011

KARMA DAN NASIB KITA

(1)
5 tahun lepas, aku suka cakap pada member perempuan dalam study group atau group kelas aku yang mereka tak mempunyai pakwe lagi sebab mereka terlalu memilih, "Kau ni memilih sangat! Sampai tua la kau takde pakwe!". Nak pakwe yang hensem (sebab nak buat bangga ketika dating dalam kampus), pakwe yang ada kereta, nak pakwe yang putih, nak pakwe yang tinggi, nak pakwe yang kurus. Senang kata ciri-ciri pakwe perfect la. Dorang cuma cebikkan muka bila aku kata begitu sambil gelakkan mereka.

5 tahun kemudian, benda yang sama terjadi pada aku pula. People keep telling me what i tell people last time.

Karma is a bitch yo!

(2)
Pernah ada orang mengeluh pada aku kalau aku cakap, "Jangan la tahu buat kerja dalam 1 bidang je walaupun jawatan kau kecil."

"Ala bang.... Saya ni kerani cabuk je."

Bila aku ckp aku tahu buat kerja bukan setakat akaun malah kerja kerja yang mudah bagi seorang technician komputer seperti betulkan network printer, printer tak function properly etc, dia kata aku berlagak, "Mentang-mentang la abang belajar tinggi, saya ni kerani cabuk je. Belajar pun tak tinggi."

Bagi aku, biar la kalau jawatan kita rendah sekalipun. Kalau kita tak belajar tinggi sekalipun. Memang susah nak jawat position yang tinggi dengan kelulusan yang rendah. Tapi kalau kau ada kelebihan yang lebih dari kerani-kerani yang lain, itu dah bagi kau 1 point lebih dari kerani-kerani yang lain. Bukannya buat kerja yang sama tiap-tiap hari sambil meratapi nasib, "Saya cuma kerani cabuk je".

Thats very annoying.

Sunday, February 27, 2011

BUKAN DIORANG DAPAT RASA PUN

Dulu. Ini dulu punya cerita lah. Cerita lepas-lepas aku diploma dulu. Mentah lagi dalam dunia orang dewasa. Waktu tu memang rasa diri ni muda sangat la. Ye lah, orang baru lepas habis belajar diploma. Muda lagi dalam umur 21 tahun. Workplace pula orang dalam lingkungan 27 - 63 tahun. Memang agak sukar la nak sesuaikan diri. Dari pelbagai sudut. Serba serbi kena biasakan diri. Lebih-lebih lagi dengan seorang akak yang agak hyper-aktif dan budget hot. Biasa suka pakai kebaya ketat ala-ala pramugari MAS. Corak batik pun sama. Aku suspek dia beli baju tu dekat bundle. Lepas itu claim dia tu ex-pramugari. LOL.

Ada satu kejadian tu, pagi sebelum masuk kerja. Dia datang naik motor dengan laki dia. Pernah juga aku tanya kenapa dia laki bini naik motor sedangkan ada kereta yang agak selesa. Dia cakap kalau naik motor lebih romantik. Boleh main pegang-pegang "telur". Waktu tu aku buat-buat tak faham je tapi boleh tahan merah telinga aku tahan malu. Tapi bila dah dewasa sikit ni, baru la aku terfikir, kalau naik kereta rasanya bukan takat boleh main pegang-pegang "telur", nak beromen seround pun lepas kot. Apa la punya naif aku masa itu. Ok, dah tersimpang jauh pula.

Masa dia turun motor, pakai pula kebaya ketat kain belah tepi, terselak juga sampai nampak spender. Kalau peha tu putih gebu boleh la tahan sedap mata memandang. Tapi kalau dah tahap kucing tengok pun boleh muntah, toksah la kome nak jadi bahan masuk toilet.

Bila masuk pejabat, diam-diam aku tanya la akak tu. Maklum la, orang muda ni banyak sangat benda yang aku tak tahu.

"Kak, masa akak turun motor pagi tadi, akak tak rasa kain terselak sampai nampak seluar dalam ke?"

Dengan selamba akak tu jawap,

"Alah dik, diorang tu takat nampak je. Bukan dapat rasa pun." *Sambil sengih-sengih*

Aku yang dengar pun boleh jadi malu. Dia yang cakap macam tu boleh gelakkan aku je.

Cilakak.

Friday, February 25, 2011

LEPAS USAHA KENA BERDOA

Ada satu malam, aku dok syok balas-balas mesej dengan seorang kawan perempuan yang sudah berkahwin. Masa tu boleh tahan suam-suam kuku dia punya malam. Kawan aku ni dulu aku tak berapa syok kalau nak borak peley sebab dia jenis skema. So, aku borak la style skema malam tu. Tiba-tiba esoknya, awal-awal pagi dalam pukul 6.30am, suami dia ada menyampuk dalam post yang berkenaan.

Aku : Awal bang bangun? Baru balik kerja ke?(Suami dia seorang polis)

Selang 30 minit, kawan aku pula yang reply.

Pida : Dia baru lepas qiammulail la.
Aku : Amboi, rajinnya qiammulail.
Pida : Ye la, dah "kerja kuat" malam tadi, pagi ni kena la doa lebih skit.
Aku : Amboi, dah pandai borak lucah dah sekarang.
Pida : Ye la, malam semalam dah "usaha" lebih, lepas tu baru minta agar Allah kurniakan rezeki anak. Hehehe.
Aku : Pergh, lawak lucah macam ni yang aku hangin nak baca ni.

Mak ai, psiko kaw-kaw betul. Esok kena cari bini la.