Thursday, March 17, 2011

WHY SO SERIOUS?

Di atas desakan Kak Limah, aku siarkan kembali entri ini sebagai peringatan kepada semua supaya lebih sensitif dalam hubungan silaturrahim samada hubungan kekasih atau suami isteri.

Ah, lama rasanya tak menulis dalam waktu pejabat. Sejak-sejak dah pindah bangunan pejabat baru, makin rajin kemas pejabat. Bagi cantik-cantik macam rumah sendiri. Eh, rumah aku cantik ke?

Aku sebenarnya nak bercerita mengenai nasib seorang wanita ni la. Bukan nak kata tindakan dia betul atau nak berpihak pada dia tapi sebagai peringatan kepada pakwe-pakwe di luar sana agar lebih sensitif dengan kehendak makwe-makwe. Bukan nak manjakan tapi kita kena tahu la kehendak dia macam kita juga, yang berkehendak kepada sesuatu. Cewah!

Kawan aku ni nama manja dia Kak Limah. Dia takde la enjit-enjit semut macam dalam filem Kak Limah tu tapi aku tetap panggil dia Kak Limah. Aku tengok dia macam suka je. Macam tak larang. Kot dia pun syok juga kot aku panggil Kak Limah. Glamor taw. Ha ha ha.

Dulu dia ada seorang pakwe yang gagah perkasa. Kuat! Bak kata abah Kak Limah. Ala-ala askar dan gemarkan aktiviti mencabar seperti mendaki gunung dan bermain bola-cat. Tapi sayang seribu kali sayang, pakwe Kak Limah seorang yang tegas dan gemar berkata "jangan" dalam setiap perbualan romantis mereka.

"Awak JANGAN make-up. Nak suruh orang pandang awak je ke?"

"JANGAN pakai high heel. Nak ke pejabat buat apa nak pakai high heel?"

"Kenapa pakai baju warna terang-terang macam ni? Nak tarik perhatian lelaki lain?"

Ok, ayat terakhir memang tiada perkataan "JANGAN". Namun Kak Limah tabah walaupun tiada sebarang ikatan rasmi dan halal antara mereka. Kak Limah akur sebagainya akurnya isteri atas arahan suami.

Boleh ke pakwe-pakwe di luar sana bayangkan kalau awak-awak semua ini dilarang melakukan sikap natural orang lelaki seperti "Jangan tengok porno!" atau "Jangan keluar dengan kawan-kawan awak!" atau "Jangan keluar malam tengok bola!". Pergh, memang menderita tapi disebabkan sayangkan makwe, mesti awak-awak pakwe semua ikutkan sahaja walaupun lambat laun akan makan dalam.

Mula-mula bercinta boleh la tahan. Cinta tengah manis masa tu. Semuanya orait je. Tapi bila cinta dah kelat macam tahi ulat, mulalah sedar dengan kesilapan sendiri. Kawan-kawan Kak Limah semua boleh pakai tudung ekspres warna-warni tapi Kak Limah pakai tudung rona biru tiap-tiap hari. Kawan-kawan Kak Limah semua pakai baju 12 skema warna tapi Kak Limah pakai baju satu kaler dan hanya satu kaler itu saja. Kawan-kawan Kak Limah semua peragakan kasut dan handbag pelbagai warna dan paten tapi Kak Limah pergi kerja pakai sandal biasa dan handbag? Takdenya.... Kawan-kawan Kak Limah pergi kerja semua solek-solek maskara bertepek tapi Kak Limah pakai compact powder tanpa calitan lipstick.

Naluri keperempuan Kak Limah dihalang! Macam mana Kak Limah nak jadi lebih perempuan kalau naluri keperempuanannya dihalang? Akhirnya, Kak Limah ambil langkah drastik dengan memutuskan hubungan dengan pakwenya yang gagah perkasa itu. Hapa pun tak dapat. 2 tahun habis macam gitu je. Tapi apa boleh buat, jodoh pertemuan Allah tentukan.

Pengajaran di sini, pakwe-pakwe sekalian kalau boleh berilah kelonggaran kepada makwe-makwe tu supaya boleh bersosial macam perempuan-perempuan lain asalkan tidak melewati batas-batas budaya dan agama. Setakat nak pakai tudung fesyen-fesyen tu apa ada hal, asalkan menutup aurat.

Pergh, gua menasihat ni mengalahkan pakar motivasi pulak. Makwe takde juga.

P/S : Kak Limah, please kirim salam pada adik akak ye. xoxo.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku