Friday, March 11, 2011

REVIEW FILEM : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Aku memang sememangnya peminat filem yang berunsurkan sejarah atau mitos sesuatu tempat atau kaum. Selama ini aku dihidangkan dengan filem unsur begini tetapi bukan dari tanah airaku sendiri, Malaysia. Filem barat dan China lebih banyak. Filem Malaysia berskala gersasi masih belum mampu agaknya dibuat oleh orang Malaysia kerana kekangan kewangan.

Tetapi selepas Puteri Gunung Ledang (2004) aku semakin teruja untuk melihat pelbagai lagi kisah sejarah Malaysia dilayarperakkan. Akhirnya Hikayat Merong Mahawangsa berjaya difilemkan dengan interpretasi mereka sendiri.



Sebelum aku menonton filem ini semalam, aku sempat google untuk mengetahui sinopsis sebenar Hikayat Merong Mahawangsa seperti yang tertulis dalam buku. Akhirnya aku baca ini dan baru la sedap sikit nak tengok filem ini. Baru la nampak sikit perbezaan versi filem dan buku.



Dato' Rahim Razali as Gandalf a.k.a Kesum


Filem ini macam penceritaan semula Sultan Muzaffar Shah, Sultan Kedah pertama yang memeluk islam yang mendapat idea untuk menulis semula susur galurnya seperti yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulu. Bermula dari istana baginda sehingga diheret ke Goa. Tempat dagangan popular dahulukala sebagai pusat dagangan rempah dan hamba.

Bermula dengan kapal Rom yang singgah di Goa untuk mencari orang yang sesuai untuk mengemudi kapal bagi membawa putera kerajaan Rom, Marcus ke Semenanjung Emas bagi dikahwinkan dengan puteri China. Akhirnya dia mendapat bantuan Merong Mahawangsa, pelaut yang dibuang pelabuhan, tiada satu pelabuhan yang menyambut kedatangan dek kerana selalu buat kacau.



Merong tengah fight dengan pahlawan kelas atasan Goa sebab menodai adik pahlawan tersebut.


Aku malas nak terangkan semua. Tetapi akan cuba point beberapa scene yang aku suka dan aku rasa macam ada yang tak kena.


1) Aku tertanya-tanya, Taji kata ia telah hantar utusan ke China untuk suruh China bayar 1000 tahil emas jika mahu nyawa Puteri China selamat. Dia bagi masa 2 purnama kepada Kerajaan China. Semenanjung Emas dengan pusat pemerintahan China tu jauh gila kot. Naik kapal boleh makan setengah tahun sebab ikut arah angin.

2) Lepas kena serang Geruda pada kali pertama, ke mana Admiral China pergi? Mustahil patah balik ke China. Tak pasal-pasal kena pancung dengan Maharaja. Dia kata dia kejar Geruda tapi tak kan stay dengan atas laut je. Aku rasa Admiral belayar ke arah kawasan India sebab Marcus sempat belajar Silambam (lihat akhir pertempuran di scene akhir, gunakan 2 batang kayu).

3) Dalam buku kata Merong Mahawangsa ini asalnya dari Rom dan mengetuai rombongan Rom ke China tetapi diserang Geruda semasa dalam perjalanan ke China (most probably diserang di Semenanjung Emas). Dalam filem, Merong Mahawangsa is Kapten Jack Sparrow dan jentayu is The Black Pearl.

4) Mythbuster crew dah design semula "The Death Ray" dari rekaan Archimedes tetapi ternyata senjata untuk tidak berfungsi langsung. Ia hanya satu rekaan teori semata-mata. Tetapi dalam filem ini, "The Death Ray" adalah laser pertama yang digunakan oleh manusia sezaman itu berkuasa solar. Wow!




Stephen dengan kulit sawo matang dan badan tegap (bukan gagah berketul-ketul tapi just nice). Mana ada orang zaman dulu pergi gym nak buat muscle, kan? Dia penuh dengan humor taw dalam filem ni.

Rambut Tok Kesum serabai sangat!

Ummi Nazeera berwajah eksotik!

Jehan Miskin takde skrip!

Khir Rahman, lu memang jahat!

Ying Ying, clumsy tapi kelakar. Ha ha ha.

Puteri China, u ni sweet taw.

"KALAU PINTU EMPANGAN DIBUKA, TAKKAN AIR DAPAT DITAHAN."

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku