Sunday, March 06, 2011

REVIEW FILEM : THE ADJUSTMENT BUREAU


Pernah tak korang rasa tiba-tiba ada sesuatu yang kau rasa pelik berlaku dan seterusnya akan mengubah apa yang korang dah plan? Macam contoh, kau dah plan pergi kerja naik LRT. Biasanya korang bawa dompet tetapi pagi itu korang lupa. Dah kena patah balik rumah yang menyebabkan korang lambat masuk meeting penting. Tetapi bila masuk meeting semuanya berjalan lancar malah korang dinaikkan pangkat. Pernah jadi macam itu? Tak pernah? Memang, aku beri contoh je tu.

Itu yang terjadi kepada David (Matt Damon). Dia merupakan calon wakil rakyat yang paling muda di New York. Dalam satu pilihanraya tahun itu, dia kalah dengan calon yang lebih tua. Ditakdirkan dia bertemu dengan Elise (Emily Blunt - i <3>

Waktu itu, The Adjustment Bureau Agent, Richardson dan Harry menjadi Elise sebagai satu alat sebagai penaik semangat David semata-mata mahu memastikan bahawa jadual kehidupan David berjalan seperti yang ditulis oleh The Chairman.

Tetapi tidak bagi David kerana dia betul-betul jatuh cinta pada Elise. Ada satu ketika, The Adjustment Bureau cuba memisahkan mereka seperti hilangkan nombor phone Elise, jadi David tak dapat nak kontek Elise. Ini adalah disebabkan Elise bukan seseorang yang dirancang untuk berada dalam hidup David. So, mereka kena pastikan Elise tiada dalam garis hidup David.

Tapi power of love memang hebat kawan-kawan. Akhirnya The Adjustment Bureau mengalah dengan takdir. Takdir bukan sesuatu yang boleh mereka ubah. Berapa banyak kali pun mereka ubah, kuasa takdir terlalu besar.

Emily Blunt is fricking gorges. Aku rasa dah jatuh cinta la.

Janji percaya sangat dengan The Adjustment Bureau. Filem ini sekadar hiburan.

Yang seronoknya filem ini, macam mana la omputih boleh terfikir yang apa terjadi dalam hidup ini ada sebabnya (everything happen your a reason).Who make it happen? Kenapa mereka buat begitu? Apa yang mereka plan untuk kita? Bagi mereka yang belum mengenal islam, tentu macam-macam yang mereka fikir.Tapi kalau kita dah tahu apa yang bakal terjadi pada kita pada masa depan, mana adventurnya hidup ini kan?

3 comments:

  1. Jim, gorges tu jurang or canyon. Emily Blunt tu pompuan ke tempat perlancongan mcm The Great Canyon? Kalo nak tulis BI pastikan spelling check tu activate.

    Sori ek, jgn marah

    ReplyDelete
  2. Seriusly, aku tak expect cikgu english pun baca blog aku. terharu taw. Btw, aku tulis broken english.

    ReplyDelete
  3. aku suda tengok. aku pun suka emily blunt. matanya cantik

    ReplyDelete

Komenlah Aku