Friday, June 11, 2010

PALING KURANG


Aku try janji dengan diri aku sendiri. Kalau tak dapat tengok semua match sekali pun, paling kurang aku tonton match pembukaan dan final.

Paling kurang, bila orang bercerita pasal bola, takde la aku borak macam orang kaki bangku.

Paling kurang, aku dah hafal nama pemain bola terkenal yang tak dapat main sebab injured. Terbaru, Nani, contohnya.

Paling kurang, aku nak sambut perayaan bola yang 4 tahun sekali yang mana 4 tahun dulu aku takde niat nak sambut. Baru la rasa macam lelaki beb!

Dah, dah. Venue pembukaan malam ini di Restoren E&Y Taman Daya (bersebelahan dengan Cavenzi). The Jantans, sila hadirkan diri.

Tuesday, June 08, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN : TAK CUKUP SETAN KOT


Aku memang nantikan filem-filem yang diangkat dari novel-novel terkenal. Dari filem omputeh sampai-lah ke filem melayu. Semua aku minat walaupun aku belum baca lagi novel itu. Lord Of The Ring, Harry Potter, Ayat-ayat Cinta dan lain-lain.

Filem pertama yang aku baca novelnya terlebih dahulu sebelum tonton filemnya ialah Ayat-ayat Cinta.

Pada mulanya, aku agak kecewa dengan hasil filemnya, tetapi apabila membaca penerangan pengarahnya tentang kenapa filem itu direka sebegitu, aku terfikir. Aku betulnya juga. Kenapa filem tak boleh ditiru bulat-bulat dari novel?

Ok, aku cuma hendak ulas filem melayu yang diangkat dari novel popular sepanjang zaman, "Lagenda Budak Setan".

Aku belum baca lagi novel ini. Frankly, aku tak larat nak baca buku yang mempunyai 500++ pages itu.

Oleh sebab aku tak baca lagi novel ini, jadinya aku tiada gambaran asas tentang filem ini. Siapa itu Kasyah, kesetanan Kasyah yang menyebabkan dia jadi lagenda, siapa itu Ayu dan sebagainya. Aku kosong. Aku peminat baru.

Aku dapat lihat kekuatan aura novel ini ketika di sekolah menengah. Masing-masing dengan perangai masing-masing. Baca novel sampai tertonggeng-tonggeng. Bila baca bab Kasyah dengan kelakuan setannya, dia hempas buku. Bila bab Kasyah bercinta dengan Ayu, dicium-cium novel itu. Punya la....

Bila aku tonton filem ini, aku tak dapat feel macam aku tengok gelagat kawan-kawan yang baca novel ini dulu. Rasa macam filem yang biasa-biasa. Ini novel lagenda ni beb! Kena rasa something. Eh silap, mesti rasa something!

Tak "legend" langsung dinamakan budak setan kalau setakat buat jahat seciput je. Jahat pun jahat budak-budak aje. Alahai... Kalau begini pun boleh dikira budak setan, aku rasa dah ramai yang jadi lagenda.

Berikut adalah salah satu luahan rasa hati seorang peminat Lagenda Budak Setan yang paling true...

"Apa yg Legend? Mana ntah Budak Setan nya. FK tak sesuai bawak watak kasyah.Lisa pun tak sesuai bwk watak ayu.Que superb.Fazura biasa2 je. Syikin kamal? totally out. Ape salahnye kalau buku setebal 500 m/s tu bagi 3?wat trilogy.tak payah nak pk sgt pasal sambungan novel LBS - Katerina & Kasyah-Lagenda Berakhir sbb kekuatan cite nya adalah berkisar ... See Morepada Kasyah & Ayu, tapi tak digarap baik kisah diorg.pukul org sikit,kacau 'cikgu' sikit (kat kolej mana ada org panggil lecture cikgu),taruk cicak sket,dah kira budak setan? bercinta pun sekejap gile.mana part diorg main skate,makan coney dog & rootbeer,duk kat seatle.. Really dissapointed.out of 5, i can give only 1.5. Even kalau tak bace novel pun i give the same sbb plot terlampau longgar.sorry sharad.pity ahadiat.LBS the movie patut cari tajuk lain,for me,cite ni tak layak guna nama tu.."




Sorry Sharad, you failed me. You failed a lot of fan. Alasan pengarah Ayat-ayat Cinta langsung tak boleh digunakan oleh Sharad.

Maybe, Khabir Bahtia nak cuba buat re-make next time?

Ulasan Tentang Pelakon
Lisa - Kejap sangat berlakon. Rasa tak puas tengok dia.
Farid - Kamu dah tak remaja dowh.
Que - Lu memang psycho bro. Love it!
Shiqin Kamal - Err.... Usaha lagi.
Raja Farah - Serabut sangat la kak...
Fazura - Amaran you kat ex-bf you memang superb. Class gitu.


Thursday, June 03, 2010

KENAPA DIA RASA INSECURE?


"Kadang-kadang tu, kita rasa kita dikhianati atau rasa kita dipermainkan bilamana pasangan kita melayan lelaki atau perempuan selain dari diri kita sendiri, kawan-kawan mereka contohnya, lebih dari diri kita.

.
Kita rasa tak selamat. Kita rasa macam nak minta clash. Kita rasa macam nak tekanan sangat-sangat. Kita rasa macam nak jerit kuat-kuat."

.
.
.
.
Ok. Get it? Faham tak apa permasalahan yang cuba aku sampaikan?
.
Ok? Sekarang baca perbualan di link di bawah, untuk kita buat motivasi supaya kita tak perlu risau tentang masalah ini semua.
.
Miss Wani : Crab (bukan cerita pasal ketam)

Tuesday, May 25, 2010

GREY'S ANATOMY SEASON 6 DAH TAMAT!

Aku mula menceburi bidang peng-download-an movie \ lagu\ drama sejak aku mula masuk di kampus utara dulu. Bergaul dengan ramai kawan, keinginan ingin tahu terhadap bidang IT yang kuat, menyebabkan aku mula ketagihan dengan dunia peng-download-an haram ini.

Dan ketika itu juga aku mula ketagihan dengan siri daram "Grey's Anatomy" sejak dari musim pertama sehingga musim terkini, musim 6.

Sesetengah orang pandang drama ini sekadar drama yang biasa kita tonton di kaca televisyen yang lain. Tapi bagi aku tidak. Siri ini ada tarikan yang tersendiri jika dibandingkan dengan siri yang lain. boleh kita terfikir rutin harian di hospital juga boleh berkembang kepada pelbagai emosi dan penceritaan? Aku bukan pekerja perubatan, malah aku tak tahu pun macam mana suasana di hospital. Tapi bila aku tonton filem ini, aku dapat tahu pelbagai jenis nama ubat-ubatan, perasaan manusia, hakikat persahabatan dan pelbagai lagi. Ada nilai dalam setiap episod.

Dan musim 6 ini. Bermula dengan tragedi dan berakhir dengan tragedi.

Bermula dengan kematian George, diselang-selikan dengan penceraian Izzie dan Karev, dan musim ini disudahi dengan kecederaan McSteamy dan Karev. Juga kematian tragis Reed dan Charles. Sloan dah dapat pangkat "grandpa" dan mula belajar untuk mencari cinta sejati. Christina yang masih lagi dengan krisis cinta. Owen dengan rasa bersalah; pilih kawan atau pilih cinta. But they say, marry to your best friend. McSteamy dengan masalah pengurusan hospital. Webber dengan masalah alkoholik. Izzie dengan masalah "otak". Robbin dengan masalah cinta sejenis dengan Torres. Mercy West guys dengan masalah tertindas. Hehehe.

Hey, aku tak menangis okay tengok episod akhir.

Baca untuk respon penulis, Shonda Rhimes, terhadap peminat siri ini.

Monday, May 24, 2010

APA KALAU ORANG GEMUK TAKDE PEMINAT?

Biasanya, kalau dah berkumpul ramai-ramai saudara-mara, konfem la kena tembak dengan soalan sensasi masa kini. Dan biasanya, aku mengalah. Malas nak bertekak dengan orang lebih tua. Mereka bergurau kasar, aku kena terima. Dari mula masuk majlis, sampai nak melangkah kaki keluar majlis.

Kalau soalan itu semua mempunyai jasad, pantas aku terdampar di depan pelamin.

Aduhai.

Dah aku bernasib baik. Ketika hendak bersalaman dengan seluruh ahli keluarga, termasuk yang sedang bakar satay (Ya, majlis kahwin sepupu aku tempohari, pakcik aku bakar satay). Dan Makcik-Bakar-Satay pun nak juga bertanya.

"Mes, *anak lanang kau bila pulak?".

Mes merupakan panggilan manja ayah aku di kampungnya.

"Gemuk macam ni siapa yang nak?" Sambil ayah memicit-micit bahu dan menggelakkan aku.

Aku turut gelak. Gelak ambil hati. Gelak pahit. Gelak tak ikhlas. Waktu itu aku rasa macam langit terus mendung. Hidup aku dah tiada sinar. Cilakak, boleh bergurau sangat kasar depan orang ramai. Cis!

"Apa kalau orang gemuk takde peminat?" Tanya Makcik-Bakar-Satay kepada ayah yang waktu itu buat-buat tak dengar dan terus ke bahagian dapur untuk pungut nasi berkat.

Aku tersenyum. Tiba-tiba bagai ada cahaya yang menyinar. Makcik-Bakar-Satay menyeringai menayangkan barisan gigi berkarat dek selalu pekena daun sirih. Dan sempat memberikan aku tanda "GOOD" menggunakan ibu jari tangan.

Bila aku fikir-fikir, betul juga kata Makcik-Bakar-Satay tu.

"APA KALAU ORANG GEMUK TAKDE PEMINAT?"

Eh, entah-entah makcik tu yang mi...nat.....a...ku...? Mintak simpang!

Thursday, May 20, 2010

KALAU SEMPAT, AKU BUAT. BIASANYA SEMPAT AJE.


Kadang kala tu, kalau boring di rumah. Aku baring. Menghadap siling sambil lengan letak di dahi. Kalau bateri henset banyak lagi, aku buka lagu "Suara" nyanyian Hijau Daun feat Luna Maya. Kemudian aku menghadap siling, aku nampak Luna Maya menari-nari di atas sana. Lama sangat dia menari. Dia gelek sana. Dia gelek sini. Tak nampak pula penyanyi group Hijau Daun tu. Alahai!

Kemudian mata aku akan kelip-kelip. Lawan mata dengan Luna Maya. Ah, selalunya aku yang menang. Bila aku menang, dia merajuk. Biasanya aku akan buat-buat kalah. Tak tahan woo kalau dia merajuk.

Ada satu hari tu, dia suruh aku tengok filem lakonan dia, "Love". Filem Indonesia. Diadaptasi dari filem Malaysia "Cinta" oleh pengarah yang sama, Khabir Bhatia. Aku kata aku malas, takde masa. Dan dan tu juga seminggu aku tak nampak dia dekat siling. Akibat tak boleh tahan rindu, aku muat turun secara haram filem itu di internet. Haram pun haram la. Asalkan aku hilang rindu. Ha ha ha.

Kadang-kadang tu, geli juga bercinta macam ini. Tapi orang kata, bercinta memang akan rasa geli-geli sikit. Standard la orang bercinta, saja aku cakap dalam hati nak sedapkan hati sendiri.

Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha.











Syok woo berangan!

Monday, May 17, 2010

SAMBUT SETAHUN SEKALI MACAM HARI ISTIMEWA YANG LAIN, CUMA TAK DAPAT CUTI JE.

Fakhrul memandang redup di luar jendela. Lambaian langsir lusuh menari-nari dalam bola anak matanya. Suara pengawas bertugas kedengaran jelas. Seminit kemudian suara pelajar lain mengalunkan Asma Al-Husna. Kadang kala mulut Fakhrul juga terkumat kamit mengalunkan dalam diam. Mata tetap pada Majalah APO? keluaran terbaru. Rembat dari bawah tilam Nawi malam semalam.

Angin pagi itu sangat nyaman. Walaupun hanya berlengging dan bertuala labuh warna biru, angin nyaman tadi langsung tidak terasa sejuk. Sandarannya ke kekisi pintu nampak utuh. Tiada langsung tanda-tanda pintu mahu patah. Sekali sekala mata merahnya menjeling Kuchai, pelajar tingkatan 2 yang turut tak turun perhimpunan pagi itu. Terketar-ketar macam minta kena bantai. Lantas, disuruhnya Kuchai jaga line di hujung blok A aras 3 sehingga dia selesai membaca Majalah APO?.

Sedang sedap-sedap Fakhrul gelak layan komik, Kuchai sudah pandang dia lain macam. Semacam mata dendam.

************

"Chai, ustaz naik bagitau aku weh!" Jerit Fakhrul separuh jerit. Kalau jerit kuat-kuat, takut Patail dengar pula.

"Apa ustaz-ustaz?" Kedengar suara garau dari belakang sampai menghayunkan rotan nipis ke betis bulu-bulu Fakhrul.









Pagi itu hampir-hampir Fakhrul pergi perhimpunan dengan bertuala labuh biru. Dan Kuchai telah lama hilang ke mana. Sembunyi dari dikesan Kokang.


P/S : Sekarang, Fakhrul telah berjaya menjadi seperti ustaz kesayangan cuma di tempat yang berbeza.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BEKAS GURU SEKOLAH KAMI.

Saturday, May 08, 2010

LEAP YEAR : BUKAN SEKADAR TAHUN LOMPAT


Another romantic movie.

Juadah sarapan aku pagi ini. Dan aku sangat-sangat suka Amy Adam yang berlakon dalam Night At The Museum 2. Sweet~~



Filem berkenaan ada kena mengena dengan prosa di atas.

Bercerita mengenai Anna yang bercinta dengan Jeremy. Anna seorang home-stager yang berjaya. Jeremy pula seorang kardiologis (Pakar Jantung). Setelah 4 tahun di peringkat "kawan", Anna mengharapkan sesuatu yang luar biasa dari Jeremy. Setidak-tidaknya, Jeremy bertunang dengannya. Selepas beberapa insiden hampa, Anna mengambil keputusan untuk melamar Jeremy pada 29 Februari, iaitu hari pada tahun lompat (Leap Year). Mengikuti tradisi Ireland, perempuan akan melamar lelaki pada 29 Februari. Kebetulan pula, Jeremy sedang menghadiri kursus berkenaan jantung di Dublin. Dengan mengambil langkah drastik, Anna pun ke Ireland.

Setelah bersusah payah menaiki kapal terbang yang sangkut di lapangan terbang lain akibat cuaca buruk. Kemudian sangkut lagi di Terminal Feri. Dan akhirnya dia menyewa sebuat bot yang cuma menghantarnya ke sebuah perkampungan kecil yang dinamakan Dingle. Di situ bermula detik-detik perkenalan Anna dengan seorang pemuda tempatan bernama Declan.

Dalam perjalanan menemani Anna ke Dublin, pelbagai benda baru yang Declan belajar untuk mengubah kesilapannya dahulu sehingga membuatkan Declan rasa Anna merupakan jodohnya.

Ok, bayangkan rumah anda terbakar dan anda cuma ada 60 saat untuk menyelamatkan diri dan apa-apa sahaja. Apakah barang yang akan anda selamatkan?

Tak jumpa jawapan? Tonton filem ini. Filem ini akan berikan anda jawapan dengan lebih dramatik. Seriusly.

Thursday, May 06, 2010

KONTES KE KONTES. BELUM PERNAH LAGI MENANG.

Kira-kira setahun lebih yang lalu, waktu itu darah tengah panas. Orang ada awek, kita pun nak ada awek. Tak boleh orang lebih sikit, kita pun nak lebih lagi. Ye-lah, masa itu muda lagi. Orang keliling-keliling pun muda lagi. Masing-masing tengah kemaruk. Air masing-masing dah naik kepala.

Bila jumpa awek lawa sikit, masing-masing mula pasang angan-angan. Dengan kawan-kawan kita saling betting mem-betting. Tengok siapa dapat nombor telefon awek itu dulu. Yang menang dapat banggaan, yang kalah kena kutuk. Perkara biasa kalau tak dapat. Perkara luar biasa kalau dapat.

So, waktu itu sibuk la buat kontes untuk diri sendiri. Untuk saja-saja bagi motivasi pada diri sendiri. Kononnya, kalau semua orang boleh buat, kita pun boleh buat.

Bermula dengan kontes jangkapendek, "30 Hari Mencari Cinta" ala-ala filem indo itu. Tapi tidak berapa sukses. Eh, bila aku ingat-ingat, tak sukses langsung pun. Takut nak tegur.

Kemudian diikuti dengan kontes "3 Bulan Mencari Cinta" yang bermula kira-kira 3 bulan sebelum semester terakhir aku di kampus utara bakal berakhir. Yang ini baru boleh dikira sebagai kurang sukses sebab ada-lah sedikit usaha. Kalau tak, putih mata juga. Dalam masa 3 bulan itu, macam-macam aku fikir. Last-last, akhir semester aku bagi sebuah botol kaca yang dipenuhi dengan origami bintang berwarna warni kira-kira 500 biji. Ha ha ha. Siot la, gila segan gua nak cakap!

Kemudian, setelah tamat semester, aku anjakan kontes ini kepada "3 Tahun Mencari Cinta" pula. Waktu aku mulakan kontes ini, aku sebenarnya tiada "buruan" langsung. Kalau diibaratkan macam pemburu, memburu dalam hutan tanpa tahu apa yang diburu. Faham? Tak? Suka hati kau la labu...

Kemudian ada satu hari itu, ada sahabat menegur. Apa salahnya tukar nama kontes menjadi "3 Tahun Mencari Isteri Solehah". Aku tanya kenapa nak tukar? Sebab sekarang dah masanya kita mencari Isteri Solehah berbanding dengan masa muda-muda dulu nak cari awek.

Waktu itu aku terfikir. Laaaaammmmmmmeeeeee...... sangat aku terfikir.

Aku tukar.

Voila!

Kira-kira 1 Tahun 11 Bulan lagi aku perlu menamatkan kontes ini. Kalau tak menang juga, aku dah tak nak masuk mana-mana kontes lagi. Penat.

P/S : Jumpa seorang kawan zaman politeknik dulu. Lama tak jumpa. Soalan pertama dia "Kau dah awek ke belum?". Aku gelengkan kepala sambil senyum. Kemudian dia jerkah, "Ini sudah zaman 2010 lah bang! Takkan tiada peningkatan kot?"

Dalam hati aku cakap kuat-kuat, "CILAKAK!"

Tuesday, May 04, 2010

PROLOG : APA JADI DENGAN MISI? SEKARANG ZAMAN 2010 LA WEH!

Sedar tak sedar, diam tak diam, dah lama rupanya berlalu tahun pertama Misi Mencari Isteri Solehah yang aku kelolakan sendiri. Wah, makan tahun juga baru nak tercapai tempoh masa misi ini. Dan apa agaknya perkembangan misi ini dalam masa setahun yang dah berlalu itu?