Thursday, February 18, 2010

DUB-DAB-DUB-DAB. ADAKAH INI CINTA?

Hanis jadi pening. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, belum pernah ada seorang lelaki pun yang bisa buat dia pening sebegini. Err... Mungkin ada juga la, Pak Cu. Tapi itu cerita lain. Pak Cu tu gila kentang. Semua orang pening dengan dia.

Itu hari. Hari yang dia perlu menaiki kapal terbang. Hanis di rumah, tak dapat menunaikan tanggungjawapnya sebagai kawan untuk menemani dia ke balai berlepas di KLIA. Tapi dia tak kecil hati. Dia memahami. Dia menelefon Hanis sebelum kapal terbang berlepas. Dan berpesan. Pesan yang menjadi igauan Hanis sehingga saat ini. Saat dia sedang bercuti berhari raya cina dan "hang-out" bersama adiknya sambil buat posing hidung MJ sekalipun, fikiran Hanis masih tertumpu pada pesanan dia.

Sejak detik itu, Hanis cemas. Keliru. Ragu-ragu. Misteri. Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Kerja tak siap. Berangan jadi kuat. Shopping tak selera. Haih!

Tiap hari buat jantung Hanis dub-dab-dub-dab sahaja. Hanis jadi tak pasti. Tidak seperti dulu, Hanis sangat pasti dengan apa yang diingininya. Dari tempat praktikal sehingga tempat bercuti. Biar-lah dia perlu turun naik bangunan beli kopi di kedai-kopi-mahal sekalipun, biar-lah dia perlu basuh cawan kopi semalam sekalipun, biar-lah dia perlu blushing-blushing malu depan partner boss sekali pun, sekali Hanis buat keputusan dia akan terus berpegang kepada keputusan itu.

Sepanjang pengajiannya di kampus utara dahulu, pernah juga dia menemui lelaki-lelaki jenis sedap-mata-memandang, jenis charming, jenis kaki-pancing, jenis suka-jamming, jenis kuat-bisnes. Tapi tak seorang pun yang berjaya buat jantung Hanis dub-dab-dub-dab macam hari ini. Macam saat ini.

Dan kini, Hanis jadi berbelah bahagi. Samada untuk fikir biasa-biasa sahaja tentang pesanan dia tempohari; atau dia perlu respon terhadap pesanan tempohari. Kalau melepas, rugi woo!

Ada lagi 12 hari sebelum dia pulang ke Malaysia. Makanya, ada 12 hari juga-lah Hanis perlu fikirkan perkara ini. Kalau salah interpret, malu woo! Tapi kalau betul, bahagia menjadi milik Hanis.

Apa perlu Hanis lakukan sekarang?

Tuesday, February 09, 2010

CINTA INTERAKTIF : OVER-RATED

Brendon dan Annabelle sudah lama berkawan. Sangat lama. Lebih lama dari usia KLIA. Lebih lama dari usia Taipei 101. Dan yang lebih penting, lebih lama dari usia anak-anak mereka sendiri. Dan cinta mereka seagung cinta Shah Jehan dan Mumtaz Mahal.

2031

Bratt, anak sulung Brendon, sedang duduk di taman sambil berborak dengan gadjet yang mengeluarkan hologram di hadapannya. Bukan main rancak dia berbual dengan objek hologram bertubuh wanita itu. Langsung lupa waktu Asar yang sudah sampai hujungnya.

Brittany, anak perempuan tunggal Brendon pula sibuk dengan katalog-katalog maya yang dikenali sebagai "i-User" di dalam Palm PC-nya. Palm PC merupakan hadiah Brendon kepada Brittany sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 16 tempoh hari. Dan Brittany betul-betul menggunakan sepenuhnya gadjet itu dalam kehidupan sosialnya.

Brendon pula sedang sibuk membelek muka surat akhbar New York Post yang dilanggannya setiap hari melalui atas talian terus ke monitor mudah lentur di ruang tamunya. Diselaknya dari satu muka surat ke satu muka surat lain, akhbar versi hologram sesentuh itu.

Ya, zaman itu zaman teknologi. Semua orang berlumba-lumba untuk menyaingi kebijaksanaan teknologi masing-masing. Yang lambat akan ketinggalan jauh ke belakang. Yang cepat akan bongkak dengan apa yang mereka ada.

Sehingga masing masing lupa dengan kewujudan sebuah gadjet yang pernah dinamakan sebagai telefon bimbit dan telefon pintar yang dikatakan mula berevolusi sekitar 20 tahun lepas. Ya, gadjet ini tidak lagi wujud di zaman ini.

Tapi Brendon masih lagi menyimpan 1 set gadjet ini sebagai bukti cinta pertamanya dahulu.

2010

Hari itu tahun baru. Selaku seorang pelajar yang bakal menerjah alam pekerjaan, Brendon memerlukan pelbagai alatan baru sebagai pendorong untuk dirinya menempuhi alam yang dikatakan kejam oleh mereka yang pernah menempuhinya. Hanya satu sahaja impian Brendon, mempunyai gadjet telefon pintar seperti kawan seusianya. Agak kolot fikirnya jika masih lagi bertelefon skrin hitam putih sedangkan bidang pekerjaan Zaidi menghendakinya berpakaian korporat. Tak matching, katanya.

Sebenarnya, Brendon terbawa-bawa sangat pengaruh televisyen dalam kehidupannya.

Ya, hasil pinjaman duit dengan kadar interest 0% dari ibu bapanya, dia berjaya mendapatkan apa yang dihajatinya. Sebuah telefon pintar berskrin warna warni, berkamera dan yang paling membanggakan, boleh berMMS. Bagi pemuda seusia Brendon, telefon sebegitu sudah cukup membanggakan dan sikap bongkak boleh dipupuk melaluinya.

Maka, Brendon pun melalui alam yang dikatakan kejam itu dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Dan sifat terpuji itu bukan datang ikhlas dari hati nuraninya, atau datang dari semangat baru telefon bimbit yang berteknologi MMS itu, tetapi ia datang dari nasihat dan kata-kata dorongan seorang wanita yang sangat dicintainya tetapi masih belum menjadi miliknya, iaitu Annabelle. Bayangkan, betapa hebatnya kata-kata seorang wanita sehingga berjaya menjinakkan lelaki garang seperti Annabelle.

Perhubungan antara Brendon dan Annabelle bermula kira-kira 10 tahun sebelum Brendon dan Annabelle menjadi lebih rapat.

2000

Brendon seorang pelajar yang sangat pasif. Agak malu dengan penampilannya yang agak skema, lantas menyisihkan diri dari kawan-kawan yang lain. Nasib menyebelahi Brendon kerana terma-terma seperti "Loser" dan "Noob" masih belum popular di kalangan pelajar. Jika tidak, mungkin terma-terma itu yang menjadi teman hariannya selain terma "Gembeng", "Poyo" dan beberapa perkataan yang tidak sesuai untuk dikisahkan. Hanya kata-kata kesat stenderd yang digunakan. Mungkin kerana suasana hostel mereka yang agak ceruk dan teknologi yang masih lagi mundur, terma-terma mat salleh itu lambat sampai ke dalam benak mereka.

Setiap hari di kelas, Brendon hanya fokus dan fokus dalam setiap subjek. Bukan kerana dia ingin berjaya tetapi hanya kerana mahu Annabelle melihatnya sebagai seorang yang rajin dan bukan seperti pelajar-pelajar lelaki yang lain yang lebih cenderung ke arah aktiviti tidur, ponteng kelas dan berborak. Kadang-kadang teringin juga Brendon menyertai aktiviti begitu, tetapi apakan daya tindakannya itu tidak disokong oleh perasaannya terhadap Annabelle.

Segala aktivitinya terbatas hanya kerana Annabelle. Cintanya terhadap Annabelle begitu mendalam.

Dalam lokernya penuh dengan pakaian berwarna hijau, kerana Annabelle merupakan setiausaha sukan Pasukan Rumah Hijau.

Setiap hari Brendon akan sikat belah tepi kerana bekas pakwe Annabelle sebelum ini semuanya rambut sikat belah tepi.

Brendon hanya akan makan malam di dewan makan pada pukul 6.30pm kerana waktu itu Annabelle dan kawan-kawannya akan makan malam.

Ya, semuanya hanya untuk Annabelle. Tetapi Erra Fazira pernah berkata, tanpa keberanian mimpi tidak bermakna. Dan kata-kata itu sesuai benar untuk menceritakan keadaan Brendon yang sangat "Loser" ketika itu. Sehingga hari terakhir peperiksaan SPM, Brendon masih lagi tidak mampu meluahkan rasa cintanya pada Annabelle. Jika bukan kerana Lam berjaya bergenfrenkan Annabelle pada saat-saat akhir, dah lama Brendon selitkan surat cinta berbau talkum di dalam buku teks sejarah milik Annabelle. Dunia sangat tidak adil kepadanya, rintihnya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung selepas peperiksaan SPM tamat.

2002

Berlari-lari anak Brendon ke arah bilik hostelnya. Bukan main suka hatinya bila Christine, rakan sekelas Brendon dan Annabelle di sekolah dulu, memberikannya nombor telefon bimbit Annabelle kepadanya melalui ruangbual MiRC #Mamak. Sambil mulut terkumat kamit seperti dukun sedang menghafal mentera lagaknya, Brendon terus mencapai pen dan menulis nombor telefon bimbit Annabelle di dalam buku telefon magnetik miliknya. Lantas diselitkan semula ke dalam dompetnya. Hatinya puas kerana berpuas hati.

Malam itu, Brendon tidur dalam senyum. Senyum yang pernah hilang 2 tahun lepas itu muncul kembali hari ini.

Lantas keesokkan harinya, dia berkira-kira menyusun pelan taktikal jangka pendek. Baginya, melakukan apa-apa keputusan sekalipun, rancangan perlu ada. Berkesan atau tidak, itu kerja tuhan yang menentukan. Yang penting, usaha.

Dimulakan dengan "Short Messaging System" atau SMS perkenalan yang ringkas. Disusuli dengan panggilan telefon 3 saat. Tidak puas dengan itu, dibuatnya panggilan menggunakan kadfon atau syiling. Oleh kerana harga kad tambahnilai ketika itu tersangat la mahal, iaitu minimum RM30, agak sengkek juga bagi Brendon jika mahu terus-terusan menelefon menggunakan telefon bimbit jenama Sagemnya.

Dan seperti di Alam La La La, Brendon terus hanyut dibuai mimpi indah kononnya dapat bercinta dengan Brendon. Jika otak manusia waras dapat mentafsirkan situasi ini, mana mungkin manusia boleh jatuh cinta hanya melalui telefon. Jika ada sekalipun, peratusannya amat kecil. Cupid tidak ditugaskan untuk tugas jarak jauh sebegini.

Selama 3 semester Brendon di kolej itu, selama itulah dia cemerlang dalam pelajaran kerana selama itulah Annabelle menjadi pendorongnya untuk berjaya. Mungkin bagi Annabelle, itu perkara biasa bagi seorang kawan untuk mengucapkan kata-kata seperti "Good Luck" atau "Take Care" sebagai ucapan sempena peperiksaan tetapi Brendon mentafsirkan sebaliknya. Baginya, biarpun tidak bertemu muka dengan Annabelle, terasa bagai Annabelle duduk disebelahnya dan memberi kata-kata dorongan.

Brendon memang kuat berangan. Dan sehingga hari terakhirnya di kolej (sebelum semester praktikalnya bermula), dia masih belum bertemu muka dengan Annabelle. Rancangan terakhir dalam pelan taktikal jangka pendeknya mungkin akan gagal jika Brendon masih lagi tidak menemui jalan untuk bersua muka dengan Annabelle. Difikirnya jalan yang sesuai dengan mengambilkira konstren-konstren bagi setiap jalan.

Temujanji demi temujanji dibuat secara interaktif melalui telefon bimbit.

Hari yang dinanti tiba. Restoren ala barat menjadi titik pertemuan. Dua pasang mata bertentang. Brendon hanya mampu senyum sepanjang berhadapan dengan Annabelle. Manakala bagi tidak mahu menambah-janggalkan suasana, Annabelle lebih banyak bertanya itu dan ini. Dan Brendon seperti itu juga. Senyum dan senyum dan senyum. Hingga senyumnya terhenti pada matanya tertancap di sebentuk cincin bertatahkan berlian di jari manis kiri Annabelle. Dan dan itu juga segalanya runtuh. Hati. Jantung. Harapan. Impian.

2007

Sejak peristiwa beberapa tahun lepas, beberapa siri percintaan tak kesampaian Brendon pun sempat berlalu. Semuanya gara-gara fahaman cinta interaktif yang ingin diketengahkan Brendon dalam setiap episod percintaannya. Bertentangan sekali dengan cara cinta arus perdana waktu itu.

Kegagalan demi kegagalan demi kegagalan. Mematangkan Brendon dalam menyebarkan fahaman cinta interaktifnya.

Dan tiba-tiba Cupid cuba bermain-main panah dengannya. Dia cucuk tang sana, dia cucuk tang sini, dia cucuk tang situ.

Takdir menemukan semula Brendon dengan Annabelle tetapi dengan bentuk yang lebih diharapkan Brendon. Annabelle sudah putus tunang! Yeay!

Sedikit demi sedikit. Setelah berjaya mendapatkan nombor telefon Annabelle yang terkini, Brendon mula pasang pelan taktikal yang baru, kali ini dengan skala yang lebih panjang. Lebih kurang 3 tahun lamanya. Mungkin nampak mustahil bagi sesetengah pihak tetapi itu tidak mustahil bagi Brendon. Baginya, ungkapan "One step at one" masih lagi digenggam utuh olehnya walaupun sudah digunakan bertahun lamanya.

Dicuba dekati perempuan yang sedang berpatah arang itu. Dijadikan dirinya sebagai seorang insan yang sangat memahami. Sangat boleh diharapkan. Dan sangat pemurah untuk meminjamkan bahu.

2009

Bertahun lamanya Brendon mengecapi mimpi indah sementara rekaannya. Rasanya pelan taktikal jangka panjangnya mungkin akan berhasil atas usahanya selama 2 tahun ini. Dan ajaibnya, biarpun hanya 3 kali bersua muka sepanjang bertemu kembali sejak 2007 yang lalu, Annabelle dan Brendon seolah-olah menjadi lebih rapat.

Cinta interaktif Brendon mula menampakkan hasil.

Dan ketika ini mahu sahaja Brendon memaki hamun mereka-mereka yang menegakkan statmen "Cinta jarak jauh tidak akan berhasil".

Brendon semakin menjadi-jadi apabila mereka bercerita tentang berkongsi impian, masa depan dan hala tuju. Brendon memang dapat rasakan bahawa sememangnya Annabelle-lah jodohnya yang baru disedarinya.

2010

Pap! Tahun kehancuran bagi mimpi indah Brendon.

Annabelle padanya mula memberikan respon luarbiasa pada setiap tindakan Brendon. Tuturbicara sudah semakin mesra. Topik perbualan menjurus ke arah alam perkahwinan. Tetapi yang hairannya, Annabelle kata dia masih belum bersedia untuk mempunyai teman.

Brendon lagi bingung. Akhlak apakah perempuan ini? Sudah berteman tapi mesra, masih belum bersedia lagikah?

2031

"Daddy, mummy call!"

Panggilan Brittany tidak disahut. Ditekan skrin "call" di skrin sesentuh monitor mudah lentur itu. Dari hologram akhbar New York Post, terus bertukar kepada hologram saiz sebenar isterinya.

"Hai b, u buat apa sorang-sorang je ni."

Brendon masih tidak jemu mengembangkan fahaman cinta interaktif biarpun sejarah membuktikan ianya tidak ke atas kebanyakkan perempuan.

Brendon... Brendon....

Sunday, February 07, 2010

LAGU TAIWAN OLEH AMOI KIUT



Janice - Never Let You Go

The rain just never seems to bring
The joy I feel the same.
Everlasting pain of my loss remains.

My heart can’t seem to learn to part
The hold you left you mark.
All that I dreamed of now it seems so stark.

Though I told myself won’t hold my breath
a part of me was dying.
There is nothing left for me to do now.
But give in.

If you gave me one chance to tell you how I was feeling.
I would sing to you and tell you I won’t
Live my life without you.

If you gave me one chance to tell you how I was feeling.
I would hold your hand and look in your eyes.
And you know I’d never let you go.

The way you left me on the train.
I don’t know what to say.
I remember everything of that day

I can’t believe we’d never dance
I just need one more chance
To share the sunset our one last romance

Though I told myself won’t hold my breath
a part of me was dying.
There is nothing left for me to do now.
But give in.

If you gave me one chance to tell you how I was feeling.
I would sing to you and tell you I won’t
Live my life without you.

If you gave me one chance to tell you how I was feeling.
I would hold your hand and look in your eyes.
And you know I’d never let you go.

If you gave me one chance to tell you how I was feeling.
I would sing to you and tell you I won’t
Live my life without you.

If you gave me one chance to tell you how I was feeling.
I would hold your hand and look in your eyes.
And you know I’d never let you go

Saturday, January 30, 2010

PASCA HARI PERKABUNGAN

Dalam masing-masing mempunyai niat tersendiri untuk bersama-sama beretika pakaian berkabung, masing-masing ada kesulitan sendiri untuk melengkapkan diri dengan etika pakaian tu. Maklum la, bukan tiap-tiap minggu perlu berkabung. Jadi, benda yang perlu disiapkan tak datang bergolek. Songkok, tudung putih, lilit songkok putih dan "arm-band" hitam & putih.

Mereka tetap bersungguh untuk menjayakannya walaupun...

1) Ada brader-brader keje-opis-pakai-baju-segak-segak yang pakai songkok dengan lilit putihnya diperbuat daripada potongan kertas A4 putih. Sempat juga aku temubual dengan salah seorang dari mereka.

"Opis aku rugi banyak A4 minggu ini. Aku je dah guna sehari 1 helai, 5 hari 5 helailah. Itu baru aku. Ko bayangkan opis aku tu ada dekat 50 orang yang pakai lilit putih [guna kertas A4] macam aku ni."

2) Mak guard-mak guard "free-hair" dekat opis aku ini pun ada cerita menarik untuk dikongsi bersama.

"Jenuh jugak akak selongkar gerobok cari tudung putih Ahad aritu. Jumpa tapi dah kena makan lipas. Pening jugak nak cari baru. Last-last akak kongsi dengan tudung sekolah anak akak."

3) Ada amoi opis aku ni pun, boleh tahan juga usaha dia untuk beretika pakaian kabung.

"Semalam i haa.... cari itu kain hitam untuk ikat tangan itu punya haa... talak jumpa. Last-last pagi ini, i punya mama suruh pakai "hair-band" hitam dia. Dia cakap boleh maaa...."


Bacaan doa lepas solat Jumaat pun dah berubah. Nasib baik tok imam tak tersasul. Boleh bikin bawaan mulut orang ramai juga kalau tok imam salah baca doa tu.

Wednesday, January 27, 2010

CHAPTER 3 "MISTERI JERANGKAP CINTA" : 3 SAMSENG

Kuris, Jagindas dan Mumbalak merayau di kaki lima Jalan Hitam. Mereka singgah di sebuah kafe siber yang agak sesak dengan pelanggan. Rata-rata pelanggan kafe siber itu adalah golongan muda dan beberapa pelanggan separuh umur. Dari luar, ia kelihatan seperti kafe siber yang lain. Bercermin gelap, cahaya lampu malap, asap rokok mengganggu rongga pernafasan dan jeritan pelanggan yang bermain permainan atas talian yang semakin popular dewasa ini, Ragnarok.

Mereka tidak ke kaunter ataupun ke mana-mana komputer. Sebaliknya, mereka terus ke pintu arah belakang kedai itu. Nah, di sana kelihatan lebih ramai pelanggan berbanding di ruang hadapan kedai.

Bunyi mesin kuda menguasai ruang kecil belakang kedai itu. Ditambah seri dengan hilai tawa, jeritan pengunjung menang dan kalah. Masing-masing kusyuk dengan mesin kuda di hadapan mereka, langsung tidak menghiraukan kehadiran Jagindas, Mumbalak dan Kuris di situ.

''Boss! Awal lu datang bulan ni. Sekarang baru berapa haribulan.''

Laungan dari arah kaunter mengejut mereka. Lantas tuan milik suara itu mendekati mereka dan mempelawa mereka ke satu sudut bilik itu yang agak tersorok.

''Itu Ah Fatt suruh datang ma. Dia kata bulan ni lu punya bisnes ada untung. Itu yang datang awal.'' Jawap Jagindas seperti mengetuai rombongan konco-konco Ah Fatt ke kedai itu.

''Aiyo brader, lain kali mahu datang awal, kasi calling dulu. Sekarang mana ada banyak cash ma.'' kata Tokey Kedai sambil menyerahkan beberapa not RM50 kepada Jagindas.

Selepas memastikan jumlah wang mencukupi, Jagindas bersalaman dengan Tokey Kedai dan berjalan keluar dari 'ruang sulit' Kafe Siber itu. Ketika berjalan keluar, mata pelanggan tertumpu kepada mereka bertiga. Bukan sahaja bau badan mereka yang merisaukan, pakaian mereka sahaja sudah menimbulkan keinginan orang untuk mengumpat. Menyedari kehadiran mereka menjadi tontonan umum, mereka cepat-cepat beredar sebelum fesyen pakaian mereka menjadi topik perbualan. Tidak ramai yang menyenangi lelaki gagah seperti mereka berpakaian single hitam berlogokan tengkorak, jadi demi anjakan paradigma yang sering dilaung-laungkan majikan mereka, Ah Fatt, sejak akhir-akhir ini mereka lebih senang berpakaian kurta warna krim buatan Jalan Masjid India. Murah, nipis, cantik dan yang paling penting, buatan Malaysia.

''Gangster tidak dinilai melalui pakaian, hati itu yang penting. Kita gangster dalam jiwa!''

Nasihat Ah Fatt itulah yang menjadi azimat oleh mereka bertiga untuk meneruskan hidup. Mereka sangat menghormati Ah Fatt kerana memperkenalkan mereka dengan kerjaya ini; pengutip hutang. Jika putih kata Ah Fatt, putih la yang mereka buat. Jika hitam kat Ah Fatt, hitamlah yang mereka akan buat.

Kini mereka tidak lagi perlu menyelongkar tong-tong sampah belakang KFC untuk makan sedap. Dan mereka lebih teruja dengan kerjaya ini bila Ah Fatt mula memberi 'lesen penuh' kepada mereka untuk membelasah pondan-pondan 'haram' Jalan Hitam. Entah kenapa mereka jengkel sangat melihat pondan-pondan itu hidup senang. Padahal, pondan-pondan itu langsung tidak pernah mengguris perasaan mereka.

*******

Monday, January 25, 2010

TANGGAL JUMAAT LALU


Circa 15 tahun lepas.
.
Aku rasa ramai budak-budak sekitar kawasan Nong Chik dan Kolam Air akan tertunggu-tunggu hari Jumaat.
.
Suatu ketika dulu, hari cuti am Johor jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu seperti negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan tetapi telah bertukar kepada Sabtu dan Ahad. Waktu itu, tiada budak-budak yang teruja sangat dengan hari Jumaat. Jumaat itu macam hari Sabtu sekarang. Tiada istimewa.
.
Selepas hari cuti am bertukar pada hari Sabtu dan Ahad, hari Jumaat sudah mula kena sekolah.
Aku tidak pasti Jumaat yang tepatnya tetapi yang penting Jumaat pada zaman sekolah rendah aku amat ditunggu-tunggu. Lepas balik sekolah rendah, budak-budak akan berlumba-lumba ke Masjid Jamek Kolam Air. Jika ada rentangan kain kuning di tengah-tengah masjid, masing-masing akan port di bahagian tengah masjid. Jika tiada, masing-masing entahkan solat Jumaat entahkan tidak.
.
Ya, Almarhum Sultan Iskandar akan sedekahkan 2 keping syiling RM1 kepada sesiapa sahaja. Bayangkan saja-lah, pergi masjid dapat RM2 dan bersalaman dengan pemerintah tertinggi negeri tanpa perlu menjaga etika istana. Sekadar etika sebagai manusia sahaja, jangan berebut - brader bodyguard waktu badan ketul-ketul sound awal-awal. Peluang yang tidak akan dilepaskan oleh budak-budak seumur aku ketika itu.
.
Waktu itu, dapat RM2 dah kira mewah dah. Mewahkan diri dan juga makcik kantin sekolah agama.
.
Bila difikirkan semula (oleh aku pada waktu itu), ada ke sultan negeri lain yang buat macam itu ek?
.
Itu-lah peristiwa penting. Paling tidak, aku pernah bersalaman dengan almarhum baginda beberapa belas/puluh kali. Kamu pernah?
.
.
Al-Fatihah. Semoga roh baginda ditempatkan bersama-sama roh-roh orang yang beriman, Insya-Allah.

Thursday, January 21, 2010

CHAPTER 2 "MISTERI JERANGKAP CINTA" : EMMA FIKIR MEREKA BERJIMAK

Emma duduk tak senang. Apatah lagi mahu berdiri. Nora dan Alif yang pulang ke rumah untuk mengambil pakaian "show"nya masih belum sampai lagi. Padahal lokasi hotel dan Flet Cempaka hanya beberapa kilometer sahaja. Mereka kemalangankah? Atau berjimak terlebih dahulukah? Kalau betul mereka berjimak, Emma terfikir mahu memarkirkan sahaja kasut tumitnya ke dahi Alif? Atau... Mereka diserang oleh konco-konco Ah Fatt? Berderau juga dada Emma bila memikirkan kemungkinan terakhir itu.

Cukuplah dengan kecacatan yang mereka lakukan terhadap Miela, Rozie dan June dulu. Itu pun sudah buat empayar perniagaan Emma separuh lumpuh. Tiada siapa yang mahu panggil 'showgirl' yang lempang dan berkerusi roda. Jenuh juga dia mahu melatih pondan-pondan baru yang masih mentah. Hanya bersandarkan pada paras rupa dan fizikal semata-mata. Seni 'showgirl'nya ke laut.

******

Imbas kembali.

Miela dan Rozie dah separuh mati dipukul Jagindas dan Mumbalak. Manakala Kuris masih lagi menghenyak June. Libasan kayu beluti yang entah ke berapa kali itu benar-benar melemahkan June. Dengan kudrat jantan yang masih tersisa, June menghayun paip pvc 2 kaki panjang, ke arah Kuris. Tiba-tiba muncul Ah Fatt dari belakang June dan menghayunkan kayu besbol tepat di lutut June. June menjerit macam nak keluar anak tekak. Bunyi tulang patah jelas kedengaran, diselangi jeritan pedih June bercampur tangisan syahdu. Langsung tidak berbekas di hati Kuris atau Ah Fatt bila mendengar rayuan mereka.

Jeritan June benar-benar menakutkan Emma. Dia yang diikat di kerusi dan dipaksa menonton aksi membelasah anak-anak buahnya, rasa tertekan. Pundi kencingnya tidak dapat menahan perasaan takut yang tiada penghujungnya itu. Dia dapat rasakan ajalnya sudah di hujung selekoh. Tidak lama sahaja lagi. Lantai tidak lagi kering kerana sudah dibajai dengan urine dan darah.

Pang!

Berdengung telinga kanan Emma bila dilibas dengan kayu beluti. Pipi kanannya kebas bagai tiada darah di situ. Otaknya berpinar-pinar, kewarasannya bertaburan entah ke mana. Belum pulih dengan trauma melihat anak buahnya dibelasah, ditambah pula dengan pukulan yang meninggalkan konsusi ke kepalanya.

''Lu, gua dah bagi warning, jangan tunjuk muka lagi dalam kawasan gua kalau tak mau bayar!''

Amaran Ah Fatt itu antara dengar dengan tidak. Telinganya yang berdengung masih tidak dapat menangkap apa yang dikatakan Ah Fatt.

''Sekali lagi lu buat macam ni, lu dengan pondan-pondan lu gua sula. Ingat!''

Tak banyak yang Emma ingat tentang kejadian malam itu. Pukulan beluti 4 inci itu sedikit sebanyak melemahkan daya ingatannya. Apa yang dia ingat, dia sudah berada di dalam van ambulance dan bau-bauan ubat.

Tamat imbas kembali.

*******

Wednesday, January 20, 2010

VERSI MENTAH "MISTERI JERANGKAP CINTA"

Adapun, ini adalah versi "raw" dan "fresh". Tiada proses pengeditan. Dan bukan versi akhir. Segala nama-nama yang terlibat mungkin berubah, sebarang komen dibenarkan di ruangan komen.

*******

Nora masih lagi menunggu di bawah tangga. Alif yang sudah setengah jam ke atas masih belum turun-turun. Nora makin menggelabah. Peluh sudah menitis ke batang hidungnya. Dipandang jam tangan berulang kali. Sesekali menyeka peluh yang mengalir. Selang 2,3 saat dia memandang ke tingkat atas menerusi celah-celah anak tangga. Kelibat Alif langsung tidak kelihatan.

Atas desakan hati yang kerapkali tertanya-tanya, Nora memberanikan diri naik ke tingkat 3, Flet Cempaka itu. Walau pada mulanya kesan-kesan cat grafiti contengan budak-budak seni flet itu menakutkannya.

''Celaka! Ini rumah ke zoo? Bau macam haram!''

Nora mula menyumpah dalam hati tatkala melepasi tompokan najis cair yang melekat pada dinding. Najis ketul yang kering bertaburan di kiri kanan tangga. Entahkan najis kucing, najis anjing ataupun najis manusia, rupanya sama sahaja. Yang membezakannya hanya bau.

Tekaknya yang loya sejak dari tadi ditahan-tahan agar tidak muntah memandangkan dia tertinggal minyak wanginya di meja solek tadi. Apa barang sudah pakai macam diva tapi mulut bau muntah! Dalam kegelabahan, sempat juga Nora memikirkan tentang penampilan, selari dengan jiwanya yang sentiasa bercita-cita menjadi polis fesyen.

Selangkah demi selangkah Nora mendaki tangga yang jijik itu sehingga tiba ke tingkat 3, Flet Cempaka. Matanya mengawasi persekitaran. Takut juga jika ada konco-konco Ah Fatt berkeliaran mencarinya. Jika tertangkap, sudah pasti sangat dia perlu mendaftar sebagai OKU. Tengok sajalah nasib Miela, Rozie dan June. Masing-masing perlu bertongkat dan berkerusi roda ke tempat kerja. Kalau nak diikutkan, Tokey Wong tidak mahu menerima mereka lagi tetapi disebabkan mereka pekerja senior di situ, Tokey Wong benarkan juga. Tetapi dengan jawatan yang berbeza. Tea lady dan cleaner.

Di sebalik tingkap nako, Nora nampak lembaga putih sedang berdiri di hadapan Alif. Alif yang kelihatan sugul hanya duduk diam. Seperti ayam berak kapur. Manik-manik air matanya turut berjuraian. Tak mungkin konco-konco Ah Fatt berpakaian putih sebab itu tak kena langsung dengan identiti gangster mereka. Mereka lebih terkenal dengan singlet hitam berlambangkan tengkorak yang lebih ganas. Jadi, siapa lembaga putih itu?

Monday, January 18, 2010

DALAM MINGGU INI JUGA LA. EDEN TORAI.

Mulai minggu ini, aku nak try letak manuskrip cerita aku di blog ini sedikit demi sedikit. Dah siap sikit, aku letak sikit.

Tapi itu semua dalam versi raw, mungkin ada perubahan bila nak edit nanti. Nama watak dan tempat juga belum finalize lagi. Cuma letak nama yang gitu-gitu saja.

Dalam minggu aku letak chapter 1 cerita aku: errr.... Tajuk juga belum finalize, mungkin agak kelakar tajuknya.

Saturday, January 09, 2010

RANCANG-RANCANG PASANG ANGAN-ANGAN

Aku ada pasang angan-angan nak rancang-rancang untuk kahwin dalam tahun ini. Itu pun kalau ada rezeki. Paling tidak, dapat bertunang pun jadi-lah.
.
.
.
Ngeeee..... Bestnya....
.
.
.
Pergh. Berangan memang seronok seh.
.
.
.