Tuesday, February 09, 2010

CINTA INTERAKTIF : OVER-RATED

Brendon dan Annabelle sudah lama berkawan. Sangat lama. Lebih lama dari usia KLIA. Lebih lama dari usia Taipei 101. Dan yang lebih penting, lebih lama dari usia anak-anak mereka sendiri. Dan cinta mereka seagung cinta Shah Jehan dan Mumtaz Mahal.

2031

Bratt, anak sulung Brendon, sedang duduk di taman sambil berborak dengan gadjet yang mengeluarkan hologram di hadapannya. Bukan main rancak dia berbual dengan objek hologram bertubuh wanita itu. Langsung lupa waktu Asar yang sudah sampai hujungnya.

Brittany, anak perempuan tunggal Brendon pula sibuk dengan katalog-katalog maya yang dikenali sebagai "i-User" di dalam Palm PC-nya. Palm PC merupakan hadiah Brendon kepada Brittany sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 16 tempoh hari. Dan Brittany betul-betul menggunakan sepenuhnya gadjet itu dalam kehidupan sosialnya.

Brendon pula sedang sibuk membelek muka surat akhbar New York Post yang dilanggannya setiap hari melalui atas talian terus ke monitor mudah lentur di ruang tamunya. Diselaknya dari satu muka surat ke satu muka surat lain, akhbar versi hologram sesentuh itu.

Ya, zaman itu zaman teknologi. Semua orang berlumba-lumba untuk menyaingi kebijaksanaan teknologi masing-masing. Yang lambat akan ketinggalan jauh ke belakang. Yang cepat akan bongkak dengan apa yang mereka ada.

Sehingga masing masing lupa dengan kewujudan sebuah gadjet yang pernah dinamakan sebagai telefon bimbit dan telefon pintar yang dikatakan mula berevolusi sekitar 20 tahun lepas. Ya, gadjet ini tidak lagi wujud di zaman ini.

Tapi Brendon masih lagi menyimpan 1 set gadjet ini sebagai bukti cinta pertamanya dahulu.

2010

Hari itu tahun baru. Selaku seorang pelajar yang bakal menerjah alam pekerjaan, Brendon memerlukan pelbagai alatan baru sebagai pendorong untuk dirinya menempuhi alam yang dikatakan kejam oleh mereka yang pernah menempuhinya. Hanya satu sahaja impian Brendon, mempunyai gadjet telefon pintar seperti kawan seusianya. Agak kolot fikirnya jika masih lagi bertelefon skrin hitam putih sedangkan bidang pekerjaan Zaidi menghendakinya berpakaian korporat. Tak matching, katanya.

Sebenarnya, Brendon terbawa-bawa sangat pengaruh televisyen dalam kehidupannya.

Ya, hasil pinjaman duit dengan kadar interest 0% dari ibu bapanya, dia berjaya mendapatkan apa yang dihajatinya. Sebuah telefon pintar berskrin warna warni, berkamera dan yang paling membanggakan, boleh berMMS. Bagi pemuda seusia Brendon, telefon sebegitu sudah cukup membanggakan dan sikap bongkak boleh dipupuk melaluinya.

Maka, Brendon pun melalui alam yang dikatakan kejam itu dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Dan sifat terpuji itu bukan datang ikhlas dari hati nuraninya, atau datang dari semangat baru telefon bimbit yang berteknologi MMS itu, tetapi ia datang dari nasihat dan kata-kata dorongan seorang wanita yang sangat dicintainya tetapi masih belum menjadi miliknya, iaitu Annabelle. Bayangkan, betapa hebatnya kata-kata seorang wanita sehingga berjaya menjinakkan lelaki garang seperti Annabelle.

Perhubungan antara Brendon dan Annabelle bermula kira-kira 10 tahun sebelum Brendon dan Annabelle menjadi lebih rapat.

2000

Brendon seorang pelajar yang sangat pasif. Agak malu dengan penampilannya yang agak skema, lantas menyisihkan diri dari kawan-kawan yang lain. Nasib menyebelahi Brendon kerana terma-terma seperti "Loser" dan "Noob" masih belum popular di kalangan pelajar. Jika tidak, mungkin terma-terma itu yang menjadi teman hariannya selain terma "Gembeng", "Poyo" dan beberapa perkataan yang tidak sesuai untuk dikisahkan. Hanya kata-kata kesat stenderd yang digunakan. Mungkin kerana suasana hostel mereka yang agak ceruk dan teknologi yang masih lagi mundur, terma-terma mat salleh itu lambat sampai ke dalam benak mereka.

Setiap hari di kelas, Brendon hanya fokus dan fokus dalam setiap subjek. Bukan kerana dia ingin berjaya tetapi hanya kerana mahu Annabelle melihatnya sebagai seorang yang rajin dan bukan seperti pelajar-pelajar lelaki yang lain yang lebih cenderung ke arah aktiviti tidur, ponteng kelas dan berborak. Kadang-kadang teringin juga Brendon menyertai aktiviti begitu, tetapi apakan daya tindakannya itu tidak disokong oleh perasaannya terhadap Annabelle.

Segala aktivitinya terbatas hanya kerana Annabelle. Cintanya terhadap Annabelle begitu mendalam.

Dalam lokernya penuh dengan pakaian berwarna hijau, kerana Annabelle merupakan setiausaha sukan Pasukan Rumah Hijau.

Setiap hari Brendon akan sikat belah tepi kerana bekas pakwe Annabelle sebelum ini semuanya rambut sikat belah tepi.

Brendon hanya akan makan malam di dewan makan pada pukul 6.30pm kerana waktu itu Annabelle dan kawan-kawannya akan makan malam.

Ya, semuanya hanya untuk Annabelle. Tetapi Erra Fazira pernah berkata, tanpa keberanian mimpi tidak bermakna. Dan kata-kata itu sesuai benar untuk menceritakan keadaan Brendon yang sangat "Loser" ketika itu. Sehingga hari terakhir peperiksaan SPM, Brendon masih lagi tidak mampu meluahkan rasa cintanya pada Annabelle. Jika bukan kerana Lam berjaya bergenfrenkan Annabelle pada saat-saat akhir, dah lama Brendon selitkan surat cinta berbau talkum di dalam buku teks sejarah milik Annabelle. Dunia sangat tidak adil kepadanya, rintihnya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung selepas peperiksaan SPM tamat.

2002

Berlari-lari anak Brendon ke arah bilik hostelnya. Bukan main suka hatinya bila Christine, rakan sekelas Brendon dan Annabelle di sekolah dulu, memberikannya nombor telefon bimbit Annabelle kepadanya melalui ruangbual MiRC #Mamak. Sambil mulut terkumat kamit seperti dukun sedang menghafal mentera lagaknya, Brendon terus mencapai pen dan menulis nombor telefon bimbit Annabelle di dalam buku telefon magnetik miliknya. Lantas diselitkan semula ke dalam dompetnya. Hatinya puas kerana berpuas hati.

Malam itu, Brendon tidur dalam senyum. Senyum yang pernah hilang 2 tahun lepas itu muncul kembali hari ini.

Lantas keesokkan harinya, dia berkira-kira menyusun pelan taktikal jangka pendek. Baginya, melakukan apa-apa keputusan sekalipun, rancangan perlu ada. Berkesan atau tidak, itu kerja tuhan yang menentukan. Yang penting, usaha.

Dimulakan dengan "Short Messaging System" atau SMS perkenalan yang ringkas. Disusuli dengan panggilan telefon 3 saat. Tidak puas dengan itu, dibuatnya panggilan menggunakan kadfon atau syiling. Oleh kerana harga kad tambahnilai ketika itu tersangat la mahal, iaitu minimum RM30, agak sengkek juga bagi Brendon jika mahu terus-terusan menelefon menggunakan telefon bimbit jenama Sagemnya.

Dan seperti di Alam La La La, Brendon terus hanyut dibuai mimpi indah kononnya dapat bercinta dengan Brendon. Jika otak manusia waras dapat mentafsirkan situasi ini, mana mungkin manusia boleh jatuh cinta hanya melalui telefon. Jika ada sekalipun, peratusannya amat kecil. Cupid tidak ditugaskan untuk tugas jarak jauh sebegini.

Selama 3 semester Brendon di kolej itu, selama itulah dia cemerlang dalam pelajaran kerana selama itulah Annabelle menjadi pendorongnya untuk berjaya. Mungkin bagi Annabelle, itu perkara biasa bagi seorang kawan untuk mengucapkan kata-kata seperti "Good Luck" atau "Take Care" sebagai ucapan sempena peperiksaan tetapi Brendon mentafsirkan sebaliknya. Baginya, biarpun tidak bertemu muka dengan Annabelle, terasa bagai Annabelle duduk disebelahnya dan memberi kata-kata dorongan.

Brendon memang kuat berangan. Dan sehingga hari terakhirnya di kolej (sebelum semester praktikalnya bermula), dia masih belum bertemu muka dengan Annabelle. Rancangan terakhir dalam pelan taktikal jangka pendeknya mungkin akan gagal jika Brendon masih lagi tidak menemui jalan untuk bersua muka dengan Annabelle. Difikirnya jalan yang sesuai dengan mengambilkira konstren-konstren bagi setiap jalan.

Temujanji demi temujanji dibuat secara interaktif melalui telefon bimbit.

Hari yang dinanti tiba. Restoren ala barat menjadi titik pertemuan. Dua pasang mata bertentang. Brendon hanya mampu senyum sepanjang berhadapan dengan Annabelle. Manakala bagi tidak mahu menambah-janggalkan suasana, Annabelle lebih banyak bertanya itu dan ini. Dan Brendon seperti itu juga. Senyum dan senyum dan senyum. Hingga senyumnya terhenti pada matanya tertancap di sebentuk cincin bertatahkan berlian di jari manis kiri Annabelle. Dan dan itu juga segalanya runtuh. Hati. Jantung. Harapan. Impian.

2007

Sejak peristiwa beberapa tahun lepas, beberapa siri percintaan tak kesampaian Brendon pun sempat berlalu. Semuanya gara-gara fahaman cinta interaktif yang ingin diketengahkan Brendon dalam setiap episod percintaannya. Bertentangan sekali dengan cara cinta arus perdana waktu itu.

Kegagalan demi kegagalan demi kegagalan. Mematangkan Brendon dalam menyebarkan fahaman cinta interaktifnya.

Dan tiba-tiba Cupid cuba bermain-main panah dengannya. Dia cucuk tang sana, dia cucuk tang sini, dia cucuk tang situ.

Takdir menemukan semula Brendon dengan Annabelle tetapi dengan bentuk yang lebih diharapkan Brendon. Annabelle sudah putus tunang! Yeay!

Sedikit demi sedikit. Setelah berjaya mendapatkan nombor telefon Annabelle yang terkini, Brendon mula pasang pelan taktikal yang baru, kali ini dengan skala yang lebih panjang. Lebih kurang 3 tahun lamanya. Mungkin nampak mustahil bagi sesetengah pihak tetapi itu tidak mustahil bagi Brendon. Baginya, ungkapan "One step at one" masih lagi digenggam utuh olehnya walaupun sudah digunakan bertahun lamanya.

Dicuba dekati perempuan yang sedang berpatah arang itu. Dijadikan dirinya sebagai seorang insan yang sangat memahami. Sangat boleh diharapkan. Dan sangat pemurah untuk meminjamkan bahu.

2009

Bertahun lamanya Brendon mengecapi mimpi indah sementara rekaannya. Rasanya pelan taktikal jangka panjangnya mungkin akan berhasil atas usahanya selama 2 tahun ini. Dan ajaibnya, biarpun hanya 3 kali bersua muka sepanjang bertemu kembali sejak 2007 yang lalu, Annabelle dan Brendon seolah-olah menjadi lebih rapat.

Cinta interaktif Brendon mula menampakkan hasil.

Dan ketika ini mahu sahaja Brendon memaki hamun mereka-mereka yang menegakkan statmen "Cinta jarak jauh tidak akan berhasil".

Brendon semakin menjadi-jadi apabila mereka bercerita tentang berkongsi impian, masa depan dan hala tuju. Brendon memang dapat rasakan bahawa sememangnya Annabelle-lah jodohnya yang baru disedarinya.

2010

Pap! Tahun kehancuran bagi mimpi indah Brendon.

Annabelle padanya mula memberikan respon luarbiasa pada setiap tindakan Brendon. Tuturbicara sudah semakin mesra. Topik perbualan menjurus ke arah alam perkahwinan. Tetapi yang hairannya, Annabelle kata dia masih belum bersedia untuk mempunyai teman.

Brendon lagi bingung. Akhlak apakah perempuan ini? Sudah berteman tapi mesra, masih belum bersedia lagikah?

2031

"Daddy, mummy call!"

Panggilan Brittany tidak disahut. Ditekan skrin "call" di skrin sesentuh monitor mudah lentur itu. Dari hologram akhbar New York Post, terus bertukar kepada hologram saiz sebenar isterinya.

"Hai b, u buat apa sorang-sorang je ni."

Brendon masih tidak jemu mengembangkan fahaman cinta interaktif biarpun sejarah membuktikan ianya tidak ke atas kebanyakkan perempuan.

Brendon... Brendon....

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku