Circa 15 tahun lepas.
.
Aku rasa ramai budak-budak sekitar kawasan Nong Chik dan Kolam Air akan tertunggu-tunggu hari Jumaat.
.
Suatu ketika dulu, hari cuti am Johor jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu seperti negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan tetapi telah bertukar kepada Sabtu dan Ahad. Waktu itu, tiada budak-budak yang teruja sangat dengan hari Jumaat. Jumaat itu macam hari Sabtu sekarang. Tiada istimewa.
.
Selepas hari cuti am bertukar pada hari Sabtu dan Ahad, hari Jumaat sudah mula kena sekolah.
Aku tidak pasti Jumaat yang tepatnya tetapi yang penting Jumaat pada zaman sekolah rendah aku amat ditunggu-tunggu. Lepas balik sekolah rendah, budak-budak akan berlumba-lumba ke Masjid Jamek Kolam Air. Jika ada rentangan kain kuning di tengah-tengah masjid, masing-masing akan port di bahagian tengah masjid. Jika tiada, masing-masing entahkan solat Jumaat entahkan tidak.
.
Ya, Almarhum Sultan Iskandar akan sedekahkan 2 keping syiling RM1 kepada sesiapa sahaja. Bayangkan saja-lah, pergi masjid dapat RM2 dan bersalaman dengan pemerintah tertinggi negeri tanpa perlu menjaga etika istana. Sekadar etika sebagai manusia sahaja, jangan berebut - brader bodyguard waktu badan ketul-ketul sound awal-awal. Peluang yang tidak akan dilepaskan oleh budak-budak seumur aku ketika itu.
.
Waktu itu, dapat RM2 dah kira mewah dah. Mewahkan diri dan juga makcik kantin sekolah agama.
.
Bila difikirkan semula (oleh aku pada waktu itu), ada ke sultan negeri lain yang buat macam itu ek?
.
Itu-lah peristiwa penting. Paling tidak, aku pernah bersalaman dengan almarhum baginda beberapa belas/puluh kali. Kamu pernah?
.
.
Al-Fatihah. Semoga roh baginda ditempatkan bersama-sama roh-roh orang yang beriman, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku