Dalam masing-masing mempunyai niat tersendiri untuk bersama-sama beretika pakaian berkabung, masing-masing ada kesulitan sendiri untuk melengkapkan diri dengan etika pakaian tu. Maklum la, bukan tiap-tiap minggu perlu berkabung. Jadi, benda yang perlu disiapkan tak datang bergolek. Songkok, tudung putih, lilit songkok putih dan "arm-band" hitam & putih.
Mereka tetap bersungguh untuk menjayakannya walaupun...
1) Ada brader-brader keje-opis-pakai-baju-segak-segak yang pakai songkok dengan lilit putihnya diperbuat daripada potongan kertas A4 putih. Sempat juga aku temubual dengan salah seorang dari mereka.
"Opis aku rugi banyak A4 minggu ini. Aku je dah guna sehari 1 helai, 5 hari 5 helailah. Itu baru aku. Ko bayangkan opis aku tu ada dekat 50 orang yang pakai lilit putih [guna kertas A4] macam aku ni."
2) Mak guard-mak guard "free-hair" dekat opis aku ini pun ada cerita menarik untuk dikongsi bersama.
"Jenuh jugak akak selongkar gerobok cari tudung putih Ahad aritu. Jumpa tapi dah kena makan lipas. Pening jugak nak cari baru. Last-last akak kongsi dengan tudung sekolah anak akak."
3) Ada amoi opis aku ni pun, boleh tahan juga usaha dia untuk beretika pakaian kabung.
"Semalam i haa.... cari itu kain hitam untuk ikat tangan itu punya haa... talak jumpa. Last-last pagi ini, i punya mama suruh pakai "hair-band" hitam dia. Dia cakap boleh maaa...."
Bacaan doa lepas solat Jumaat pun dah berubah. Nasib baik tok imam tak tersasul. Boleh bikin bawaan mulut orang ramai juga kalau tok imam salah baca doa tu.
rugi seh aku takder kat jb time nih..
ReplyDeletekalo tak boleh tengok apa yang jadi kat jb..
apsal ko tak amik gambar.??
Weh, ada amek gmbr tapi tak banyak. Kalau takat pakai camera phone segan ah nak snap gambar, tggu aku snap guna DSLR la. Baru gerek. Hehehe
ReplyDelete