Wednesday, November 21, 2007

KEDAIFAN SELERA DALAM KERAKUSAN NAFSU PART 2

Makanan Budget Rendah Akhir Semester
Ha... Versi kali ini saya akan memperkenalan beberapa kenalan saya yang menjadi semakin rapat bila akhir semester. Makanan budget. Bila hari-hari biasa, mereka semua ini saya tak berapa nak kenal sangat. Tapi bila akhir semester, kami menjadi semakin akrab. Bagai isi dengan kuku.


Nasi lemak budget
Ianya berharga diri RM1 sebungkus. Credit to Mr Izazi, pengedar nasi lemak ini. Nasi ini sekadar mempunyai sambal yang sedap, taburan ikan bilis yang sekata, setengah biji telur ayam rebus yang lembut dan nasi yang agak banyak la. Kata perut aku, kena makan 2 bungkus baru ok. Kalau perut Alla Fonte yang kecil, maybe setengah bungkus dah memadai kot (Kecil ke?).

Dadih Sejuk
Dadih ini juga dijual oleh Mr Izazi. Ada macam-macam perisa. Favourite aku ialah Vanilla. Ok la, kena la dengan anak tekak selera besar aku nih. Harga dirinya juga RM1. Tak boleh makan selalu. Tak kenyang... Nak kenyang, kena makan 10 telap.

Nasi Kerabu Makcik Kafe
Makanan yang bersusur galur dari negeri Chek Siti ni dah mula menjadi idaman student. Apa yang best sangat? Takde la best sangat tapi boleh la. Dengan nasi yang kaler biru, kepingan keropok ikan, ayam potong 21 goreng berempah, sayuran tempatan dan simbahan cecair penyedap seperti sambal, budu dan sambal tumis. Banyak camni cuma RM3 je. Biasa la, akhir sem ni, student pegang pada ungkapan "Makanan murah dan banyak".


Cucur Udang Tempatan
Cucur ni sama je rasanya dengan cucur yang berasal dari mana-mana negeri kat Malaysia ni. Cuma cucur ni tebal skit la. Isinya pun padat. Tapi udangnya cuma seekor yang besar ibu jari kaki korang je. Yang istimewanya ialah kuahnya. Ada sesetengah orang makan dengan sos cili. Tapi selalunya dengan kuah kacang la. Di sini kuahnya pekat mcm nak makan dengan nasi himpit plak. Tak macam sesetengah tempat yang kuahnya cair biang.
Makanan ini semua menjadi perhatian pada hujung-hujung semester atau musim exam. "Duit takde + masa study suntuk = beli makanan yang murah dan banyak" menjadi pegangan kebanyakkan pelajar di mana-mana pon. Kalau ada masa, cuba la.... Enjoy!!

Sunday, November 18, 2007

KEDAIFAN SELERA DALAM KERAKUSAN NAFSU PART 1

Makanan dan saya memang sukar untuk dipisahkan sejak kami mula berkenalan seawal umur saya 1 tahun lagi. Semakin lama, kami rasa kami semakin serasi sehinggalah saya mengalami transformasi tubuh secrara mendadak pada umur 15 tahun. Makanan serba sedikit telah mengubah personaliti dan bentuk badan saya. Tapi walau apa pun yang dia lakukan, saya tahu dia tak bermakna sebegitu. Sehingga hari ini saya lebih selesa berkawan dengan makanan berbanding manusia yang hipokrit, materialism dan pelbagai sifat mazmumah lain. Sekarang saya telah berkenalan dengan pelbagai jenis makanan dari serata pelosok negeri.


Mee Hailam Seafood

Benar, mee ini kelihatan enak dengan warna kuahnya yang likat, dikaburi dengan bulatan sotong dan aksesori lain. Hakikatnya, mee ini tawar sehinggakan terpaksa tabur sedikit lada sulah dan tambah sos [Dah jadi mee sos pulak]. Nasib baik harganya murah. Kena la dengan rasanya yang tak semegah...



Puyuh Goreng Tepung

Kelihatan hanya beberapa ekor puyuh je yang selamat daripada menjadi mangsa kanibalism aku. Tu la, apsal yang korang main tepung dulu sebelum mandi minyak? Kan dah sedap... Tapi yang menjadikannya bertambah sedap ialah percuma. Sungguh, puyuh ini adalah percuma!



Sos Cili Cap Arnab
Ya, pembungkusan sos ini memang kelihatan seperti tidak mempunyai nilai estetika, elegan dan tak semegah mana pun. Kelihatan seperti pengeluar tidak mempunyai pereka pembungkusan yang kreatif. Sangat biasa dan boring. Tapi tahukah anda kisah disebalik sos ini? Ini adalah keluaran IKS dan rasa sosnya setanding dengan sos-sos komersil yang lain seperti Lingam's, Bumi Hijau dan lain-lain lagi. Rasanya, jika pengeluar mengupah seorang yang kreatif untuk mereka pakej ini, pasti ia menjadi popular.



Serangga Goreng Berempah [Siam Mali!]
Ermm.. Berdulang-dulang serangga pelbagai jenis yang dijual di pasar malam setiap malam. Dari serangga jenis belalang, kumbang dan 2,3 jenis lagi yang saya kurang pasti status halalnya. Kalau anda berkesempatan untuk berkunjung ke Hadtyai, jangan lupa untuk rasa belalang goreng berempah di sini. Kalau tak, bila lagi nak rasa, kan?

Saturday, November 17, 2007

ANOTHER BORING DAY HAD PAST

Boring...

~~

Nak buat ape?

~~

Nothing to do?

~~

Better die la..

~~

Amalan tak cukup lagi..

~~

Better i live...

~~

IKAN DI LAUT, ASAM DI DARAT, DALAM PERIUK BIKIN MUAFAKAT PART 1

Sempena hari cuti sekolah yang dah menjelang tiba ini, pasti poket dan dompet makin tebal berisi habuk sebab duit dah buat salam keruk masa majlis perkahwinan kenalan. Ye lah, tak kan nak salam kosong je plak kan? Malu la dengan orang kampung. Jadi, kali ini aku nak paparkan beberapa orang kenalan aku yang dah kahwin serta kisah-kisah tersirat sepanjang perkenalan kami.

Adib Kamardin & Suzi
Aku kenal Adib ni sejak aku tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di Segamat, Johor dulu. Kira kenal lama la. Dia kenal isteri dia ini masa dia melanjutkan pelajaran di UiTM Segamat. Kawan punya kawan, bercinta punya bercinta, berakhir juga di jinjang pelamin. Yang bestnya, ketika majlis ini lah aku jumpa dengan kawan-kawan lama. Meriah la jugak. Korang la tau la, kalau jumpa geng-geng gila, idea gila pon tetiba tercetus. Hadiah kami untuk Adib ada banyak tapi yang specialnya cuma Adib je tau.. Hehehehe....


Aminah & Suaminya
Aku kenal Min ni masa belajar di Politeknik dulu. Orangnya kecik je, lemah lembut dan yang penting pandai masak. Untung suami dia. Peristiwa yang aku susah nak sental dari kotak fikiran aku ni bila seorang lecturer ni bagitau kat kelas bahawa kita kena sayang kat kawan-kawan dengan ungkapkan "i love you". Yang dia ni punya bengong, send SMS "i love you" kat aku. Aku pun reply la. Sekali suami dia [ketika itu cuma teman lelaki je] baca daaa. Merajuk... Sian Min kena pujuk suami dia. Huhuhu...

Zarul & Azlin
Aku kenal Zarul ni sejak awal kemasukan ke Politeknik. Kami tinggal di hostel di aras yang sama. Perkenalan dia dengan isterinya simple dan sempoi. Dan terus kekal sejak dari masuk Politeknik sehingga la dah anak lelaki seorang yang berumur beberapa bulan [ketika artikel ini di tulis]




Rodhiah Salleh & Suami
Aku kenal Odiey ni masa kat Politeknik juga. Dia ni kamceng dengan Si Aminah tu. Dia seorang yang happy-go-lucky dan sangat bengong. Last-last dia kahwin jugak. Tapi perangai tetap tak berubah. Tang tu jugak.





Setakat ni dulu la ye. Lain sambung lagi. Next month maybe sebab musim orang kahwin la katakan... Tahniah pada yang dah kahwin. Anda bila lagi?

Friday, November 16, 2007

CERITERA 3 KARUTAN DI SEBALIK 3 FOTOGRAF


INI KISAH KACA MATA

Kaca mata ini saya beli hampir setahun yang lalu dengan harga RM15.
Kaca mata cap ayam pasar malam yang di beli di Pasar Pandan.
Lalu dihantar ke Kedai Kaca Mata Hok Leng Taman Daya untuk dipasang kaca mata.
Semurah RM120 sahaja untuk sepasang cermin.
Setelah semusim berlalu, kaca mata sebelah kanan menghadapi kegagalan fungsi [pecah] kerana kemalangan kecil.
Bertukar ganti dengan si adik yang lebih mahal iaitu rm70 1 cermin.
Sekarang mata saya pun selesa walaupun menggunkan kaca mata cap ayam.



INI KISAH PENGERING RAMBUT


Hair dryer ini milik makhluk bernama Irwan Aliff Ali a.k.a Jay Bee.

Berjenama Khind model HD 1202 berwarna putih.

Terkenang kisah silam aku dengan hair dryer milik mak aku satu ketika dulu.

Ketika itu, fungsi tidak terhad kepada pengering rambut semata-mata.

Kegunaan lain seperti pengering pakaian dan kasut sekolah, pistol polis, pendera serangga dan pelbagai fungsi lain yang bercanggah dengan idea asal pencipta mesin tersebut.

Tapi mesin itu dah arwah dah sejak rambut mak aku semakin kurang.

Mungkin kesan sampingan dari penggunaan mesin itu kot...

INI KISAH DESKTOP LAPTOP SAYA

Saya sebenarnya tak mahu memaparkan desktop saya pada orang ramai.

Cukup la sekadar ditonton oleh rommate dan beberapa penyedut maklumat tetap saya.

Tapi Encik Balgat telah meng'tag' saya tanpa sempat saya cakap taknak.

Nah... Tonton dan komen la sepuasnya.

Thursday, November 15, 2007

HATI AKU YANG TERRA NULLIUS TAPI HATI MEREKA YANG HILANG KEWARASAN



Hari ini berlalu sehari lagi dari hari-hari aku yang bosan. Berlalu tanpa aku rasakan sebarang kerugian. Berlalu tanpa sempat aku manfaatkannya dengan amalan mahmudah. Entah la... Aku dok terbaring atas katil sepanjang hari pun aku rasa macam baru je baring. Aku menonton movie-movie inggeris yang entah apa dia carutkan sepanjang malam tapi aku rasa macam 2,3 minit je. Betul lagi ke aku ni?

** Korang ada no. contact mana-mana pakar sakit jiwa tak?

Aku cuma ada masa lebih kurang 9 hari lagi je sebelum meninggalkan bumi U ini. Aku cuba nak tinggalkan kenangan manis terakhir semester ini sebelum tiket bas durian burung aku ini dikoyakkan oleh konduktor basnya. Tapi aku masih belum dapat idea gila untuk melaksanakannya. Otak aku ni dah tepu dengan pelbagai kombinasi nombor dan huruf serta simbol-simbol matematikal dan akauntikal. Masih belum mampu nak fikirkan apa-apa idea yang tak waras. Idea Gila + Kerja Gila + Pelaksana Gila = Best Gila. Berhati-hati! Orang gila ini adalah sangat gila.

** Sebarang cadangan sila kemukakan dengan kadar yang segera. You know how to find me.

Cerita kisah orang-orang gila. Aku perlu menghindari diri aku dari kegiatan gila pelajar-pelajar batch aku yang berpusat di Kolej ***. Idea gila mereka untuk mem"Prank" [istilah yang biasa digunakan untuk kegiatan ini] aku, telah dapat aku hidu dengan cekap sekali. Sangat mara bahaya! Cukup la sekadar aku tonton mereka-mereka yang gila mengumpulkan segala macam cecair busuk, kekotoran dari dalam badan [cecair sahaja] dan segala macam sisa-sisa makanan dan minuman yang berusia mencecah 1 minggu. Pernah sekali aku saksikan bagaimana seorang mangsa [juga sebahagian dari golongan gila ini] di"prank" dengan bahan-bahan tadi sambil tubuh dipasong di kerusi di dalam bilik air. Gelak tawa syaitan bergema memecah kesunyian 2am di hutan sintok ini. Laungan "Wakenabeb!!" bergema beberapa kali disusuli dengan bunyi simbahan air campuran bahan-bahan laknat tadi dan tempiaran lari askar-asakar pelaksana ke dalam bilik-bilik berdekatan. Selang beberapa saat kemudian jeritan "SIALLL!!!" kedengaran menandakan 'Upacara Suci' terlaksana sudah. [Peristiwa ini telah dirakam Pak Tam Eyo dan diedit oleh Norman Angkasawan dengan tujuan untuk bergelak ketawa di kala kebosanan]. Jangan harap la aku nak datang Kolej *** minggu ni Jumpa next sem ye.

** Minta simpang malaikat 44

Wednesday, November 14, 2007

WANG... SI LAKNAT BERKUASA VETO...




Hari dah lepas konstrain aku yang paling utama sepanjang minggu getir ini. Ringan sikit beban yang aku galas ni. Walaupun tak berapa nak perform sangat, tapi boleh la takat nak ke satu peringkat lagi. Aku pun tak berapa nak puas hati sangat dengan prestasi aku hari ini sebab pelbagai perasaan bercampur baur. Suka sebab birthday, risau sebab ada 2 paper, penat sebab tak cukup tidor, sakit sebab tank perut dah penuh. Segala perasaan ini dapat dizahirkan dengan keringat dingin mula bertakung kat dahi aku lepas abes 2nd paper.... Lega...

**Lepas je exam tadi, aku shut down selama beberapa jam. Bateri kong. Nasib baik room mate kejutkan.

Masalah student pada hujung semester setiap semester. Nasib baik la semester ni aku ramai kawan-kawan yang baik hati. Makan terjaga, minum terurus, kain baju terbasuh, hidup pun macam orang normal. kiranya walaupun semester aku tak dapat PTPTN (Actually, ada masalah sikit), kawan-kawan sekeliling tetap gak nak tolong walaupun dorang sendiri tak berapa nak ada sangat duit.

** Thank you la you all. Korang memang best!

Walaupun aku ni bukan jenis orang yang suka sangat nak ambil tahu pasal orang lain, tapi pada satu kes ni, ia sangat menarik minat aku nak ambil tahu. Ada la sorang hamba allah ni, peranaginya memang baik, lembut bahasa. Masalah dia ialah dia ni kedekut yang amat sangat. Ada sesetengah orang mendefinisikannya sebagai kemut, terlalu berjimat dan macam-macam lagi. Tapi aku lebih selesa dengan perkataan kedekut. Aku tak kesah pon kalau dia nak berjimat, tapi terlalu berjimat sampaikan menyusahkan diri. Sebagaikan kawan ada juga aku nasihatkan, supaya guna duit dengan cermat, bukan terlalu berjimat. Nak makan masuk perut sendiri pun kedekut. Makan sehari 2 kali je. Tengahhari makan nasik yang tinggi nasi tu 30 cm berlaukkan seekor ikan goreng dan sedikit kuah kari setiap hari. Malam hanya makan mee segera. Nak cakap keluarga susah, tak juga. Bukan golongan poverty la. Marah tul aku...

** Sakit perut dia tak makan, sakit lagi mata aku yang memandang.

To be continued

Saturday, November 10, 2007

TERSEDAR DARI JAGA TAK TERTIDUR




Pagi tadi, lepas aku terjaga dari lena yang pendek, tiba-tiba aku baru tersedar yang mana betapa beruntungnya aku berada dalam keadaan bujang dan kurang terdedah dengan aktiviti kurang bermoral.

**Ye ke?

Tetapi kedengaran rontaan nafsu mudaku untuk berlaku sedemikian. Persetankan.

Ini gara-gara tengok cite "Knocked Up" la malam semalam. Sampaikan membawa ke mimpi. Mintak simpang malaikat 44.

2 hari lagi sebelum peperiksaan bakal berlangsung. Terketar-ketar jugak la. Tapi aku ada 2 hari yang ada 2 paper sehari.

**Tips Umar Haiyat berjaya: sepanjang pembelajaran dia, dia tak pernah ada exam 2/3 paper sehari.

Birthday aku juga bakal menjelang. Aku cuma mengharapkan aku dapat keajaiban yang Amat Syihan dapat pada 4 Nov aritu.

**Aku yang mampu berharap.

Lepas aku abes exam, balik umah, ternak babat, joli sakan walaupun dalam poket cuma ada duit besi, jadi suri rumah separuh masa sbb separuh lagi untuk adik aku. dan pastu balik semula ke U.

**My life is easy as easy as ABC.

Aku juga baru tersedar, umur aku dah bertambah setahun. Sweet 24. Tapi perangai mengalah budak-budak. Bila la aku nak berubah. Tapi aku selesa hidup macam ini. Ramai orang ingatkan aku ini muda lagi.

"Eh! Ye ke kau 24?"

"Cucu ni, sekolah lagi ke?" Kata sorang nenek masa aku beraya aritu.

"Laaa... Aku ingat kau sebaya dengan aku!!!"

Antara kata-kata yang buat aku tersipu-sipu malu...

**Aku bukan perasan tau. Benar-benar terjadi ni!

Friday, November 02, 2007

GODAAN YANG MAHA DASHYAT!!!


Peperiksaan saya telah berada di sekeliling selekoh. Perasaan rindukan buku pelajaran masih belum kunjung tiba. Bahang kepanasan gagal akan terasa jika tidak mula membaca dari sekarang. Argghhh.... Kenapa rindu itu belum kunjung tiba!!! Aku tidak mahu melakar gagal dalam transkrip sekali lagi... Renungan manja movie-movie baru terus menggoda imanku... Rengekkan tilam empok berdesing-desing di sekitar telinga ku... Apakah bala yang sedang aku tempuhi ini!Tapi aku percaya... Setiap bala itu ada maknanya....

10 SITUASI PENTING YG MEMBUATKAN LELAKI SEDAR BAHWA MEREKA TELAH MENEMUI WANITA YG DICARINYA SELAMA INI

1) Saat teman wanita atau isteri memasakkan makanan kesukaannya.

2) Saat wanita berpura-pura menikmati acara bola sepak kegemarannya, padahal dia tahu bahawa wanita yang didampinginya itu lebih suka menonton filem-filem berunsurkan kisah percintaan.

3) Saat wanita yang biasa didampinginya tiba-tiba muncul tanpa diduga olehnya hanya untuk menonton mereka bermain bola sepak atau bowling.

4) Ketika wanita yang biasa didampingi ˜menghilang” dari kehidupannya. Saat-saat seperti inilah yang akan membuatkan lelaki sedar bahawa mereka sebenarnya amat memerlukan wanita di samping dirinya.

5) Saat lelaki melihat mata wanita dipenuhi air mata bahagia, ketika mereka mengucapkan, “Sayang, aku cinta padamu.”

6) Saat wanita membelikan tali leher yang sudah lama menjadi perhatiannya.

7) Saat wanita lebih memilih dirinya daripada lelaki lain yang sama-sama dekat dengan anda.

8) Ketika wanita menelefon dan hanya untuk mengatakan, “Aku mencintaimu.”

9) Saat wanita mengandaikan merekalah yang dapat menyelesaikan persoalannya.

10) Saat wanita mengajak mereka menemaninya untuk berjumpa doktor hanya kerana di dia mengadu sakit.