Sunday, November 18, 2007

KEDAIFAN SELERA DALAM KERAKUSAN NAFSU PART 1

Makanan dan saya memang sukar untuk dipisahkan sejak kami mula berkenalan seawal umur saya 1 tahun lagi. Semakin lama, kami rasa kami semakin serasi sehinggalah saya mengalami transformasi tubuh secrara mendadak pada umur 15 tahun. Makanan serba sedikit telah mengubah personaliti dan bentuk badan saya. Tapi walau apa pun yang dia lakukan, saya tahu dia tak bermakna sebegitu. Sehingga hari ini saya lebih selesa berkawan dengan makanan berbanding manusia yang hipokrit, materialism dan pelbagai sifat mazmumah lain. Sekarang saya telah berkenalan dengan pelbagai jenis makanan dari serata pelosok negeri.


Mee Hailam Seafood

Benar, mee ini kelihatan enak dengan warna kuahnya yang likat, dikaburi dengan bulatan sotong dan aksesori lain. Hakikatnya, mee ini tawar sehinggakan terpaksa tabur sedikit lada sulah dan tambah sos [Dah jadi mee sos pulak]. Nasib baik harganya murah. Kena la dengan rasanya yang tak semegah...



Puyuh Goreng Tepung

Kelihatan hanya beberapa ekor puyuh je yang selamat daripada menjadi mangsa kanibalism aku. Tu la, apsal yang korang main tepung dulu sebelum mandi minyak? Kan dah sedap... Tapi yang menjadikannya bertambah sedap ialah percuma. Sungguh, puyuh ini adalah percuma!



Sos Cili Cap Arnab
Ya, pembungkusan sos ini memang kelihatan seperti tidak mempunyai nilai estetika, elegan dan tak semegah mana pun. Kelihatan seperti pengeluar tidak mempunyai pereka pembungkusan yang kreatif. Sangat biasa dan boring. Tapi tahukah anda kisah disebalik sos ini? Ini adalah keluaran IKS dan rasa sosnya setanding dengan sos-sos komersil yang lain seperti Lingam's, Bumi Hijau dan lain-lain lagi. Rasanya, jika pengeluar mengupah seorang yang kreatif untuk mereka pakej ini, pasti ia menjadi popular.



Serangga Goreng Berempah [Siam Mali!]
Ermm.. Berdulang-dulang serangga pelbagai jenis yang dijual di pasar malam setiap malam. Dari serangga jenis belalang, kumbang dan 2,3 jenis lagi yang saya kurang pasti status halalnya. Kalau anda berkesempatan untuk berkunjung ke Hadtyai, jangan lupa untuk rasa belalang goreng berempah di sini. Kalau tak, bila lagi nak rasa, kan?

10 comments:

  1. benar, perut kita berbeza kerana ko bersahabat dengan makanan... kelebihan perut yg comel

    1) boleh jadi tempat tidur isteri
    2) boleh simpan stok makanan(mcm lembu ada 4 perut)
    3) menjadi igauan janda2 kejiranan
    4) boleh jadi goalkeeper hockey ice..
    5) cepat naik pangkat
    6) dapat gelaran meguk ria..
    7) hidup takkan pernah sunyi
    8) lambang kekayaan dan kebahagiaan
    9) boleh jadi tempat menyorok utk budak2 main sembunyi ibu
    10) boleh habiskan makanan org lain dengan sepantas kilat..

    ReplyDelete
  2. wewin..saye rase kamu leh take over keje mariatul sabri la..jln2 cari mkn..bg can die diet plak..kalo blk jb,nnt tapaukan belalang goreng tu..mcm sedap jek..

    ahmad adobe alla fonte..memandangkan perut saye pon nmpk gaya akan menjadi comel @ macho,maka saye bstuju dgn kenyataan kamu tu..huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Satu lagi kelebihan kau lupa nak letak mr fonte. Boleh jadi stor sukan. hahahaha... Gemuk / Comel = Mana yang seswai?

    ReplyDelete
  4. aku comel kerana laptop.. wiwin comel kerana perut.. boleh gitu?

    ada satu kisah dongeng.
    satu ketika di angsana....

    Amin: pais ko kat mana?
    aku: kat depan Mcd....
    Amin: xnampak pun
    aku: ko nampak wiwin x?
    Amin: ok.. nampak dah..

    ReplyDelete
  5. warghkakkkakka... selamat le kawan2 aku.. tapi aku tak bleh join korg memandangkan aku perempuan.. nanti org ingat ape plak? tp, silakan tuan2 utk membuncitkan diri anda.. aku setuju ngan statement si laptop pinky cumei..

    ReplyDelete
  6. Gat, kau dah lebih nih. Masa amin carik kau kan kau duduk. Aku yang diri. So, amin nampak la aku dol. Aku marah btul la...

    ReplyDelete
  7. ok.. itu la maksud aku sebenarnya.. masa tu aku tgh ikat tali kasut...

    *x kacak kalau marah²

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komenlah Aku