Saturday, December 24, 2011

NIAT TAK MENGHALALKAN CARA?

Kebelakangan ini aku baru sedar sikap aku yang aku rasa kadang-kadang melangkaui norma kehidupan rakyat Malaysia. Cewah, macam la rebellion sangat statement. Tapi aku rasa macam itu-lah. Kebelakangan ini aku macam lebih suka banyak berfikir. Aku macam tak boleh nak terima bulat-bulat apa yang orang beri. Aku nak ada alasan atau sebab yang kukuh. Nak bukti. Pergh, bercakap macam orang tak ada agama, bak kata golongan konon beragama.

Bagi aku, kita ada pelbagai cara untuk menjadikan perkara mencari ilmu itu sesuatu yang menggembirakan dan di luar norma, selagi tidak bercanggah dengan tuntutan agama dan mengganggu kesejahteraan umat. Yang penting, niat.

Baru-baru ini aku suka letak status aku dengan perbincangan perkara-perkara yang bagi sesetengah pihak, tak perlu untuk dibincangkan sebab melibatkan hal-hal agama. Tetapi niat aku untuk mencerahkan sesetengah perkara yang orang kita selalu kata, "Ala, dah ustaz kata haram, haram je la. Jangan nak melawan. Murtad karang". Tapi bila ditanyakan, "Kerana haram?", jawap dia, "Entah". Nohorom.

So, bila kita nak pandai kalau kita follow suruhan tanpa tahu sebab disebaliknya. Kan? Lagipun, dalam medium komunikasi  Facebook, kita ramai kawan yang boleh diajak berbincang. Tapi setakat komen, "Kau jangan cakap banyak lagi. Kau murtad." , tak mencapai matlamat dah kalau macam ini. Ataupun letak komen, "Ah, malas la layan kau. Putar belitkan aku cakap plak.". Letih.

Aku rasa niat aku baik. Menuntut ilmu agama rasanya tiada cara tertentu, bukan sekadar kita mendengar syarahan agama atau pergi belajar di sekolah pondok. Tapi ada juga yang kata, "Niat kau tu tak menghalalkan cara". 

Haih, bosan.

P/s : Nanti mesti Pais Ateman komen "Kau berdosa besar!". Ha ha ha.

Friday, December 23, 2011

BILA ATOK DAH PESAN, KENA BUAT SERIUS HAL INI

Diam tak diam. Bising tak bising. Aku cuma ada 106 hari sahaja lagi sebelum misi 3 tahun mencari isteri solehah aku bakal menemui tarikh akhirnya. Aku pun tak pasti sejauh mana usaha aku untuk merealisasikan misi ini. Aku rasa usaha dah banyak dah cuma masih lagi belum kena pada sasaran yang sepatutnya. Asyik jumpa makwe orang la tunang orang la janda orang la. Kalau jumpa yang masih single pun, dia tak menunjukkan minat ke aku. Payah la.

Tempoh hari emak ada balik kampung. Pergi tengok atok. Balik ke rumah je, emak terus sampaikan pesanan atok.

"Jangan lama sangat, nanti dah tua takde orang nak."

Aku pun tak tahu nak balas apa. Nak balas kasar, atok sendiri.

Kena kerja kuat, dapat gaji besor, baru awek melekat kot. Ye tak?

Tuesday, December 20, 2011

STOTEJ

Akak adalah adik perempuan aku. Dia belajar sama bidang dengan aku. Maka, dia pun bekerja dalam bidang yang lebih kurang sama dengan aku. Pagi suatu pagi, ketika semua penduduk rumah kucar kacir bersiap nak ke tempat kerja, Ayah ralit perhatikan Akak yang berpakaian lain seperti kebiasaan. Lalu Ayah pun menegur.

Ayah : Aik, Akak kerja ke tak ni?
Akak : Ish, kerja la. Kenapa?
Ayah : Tu bawak baju semalam lagi. Ada stotej lagi ke?

*krik... krik.... krik....*

Akak : Apa?
Ayah : Stotej yang macam malam semalam akak pergi tu.

*krik... krik... krik...*

Emak : Stock take la bang!

Tiba-tiba Emak sergah dari dapur. Pun tengah kucar kacir isi nasi goreng dalam tupperware. Dalam kucar kacir itu juga kami sempat gelakkan Ayah. Kami tak pasti samada Ayah sengaja atau tidak sengajakan kesalahan sebutan itu. Tapi last-last Ayah cuma jawab,

Ayah : Eleh, sama la tu. Bukan beza jauh pun.

ATAS NAMA PENGETAHUAN AM DAN BUKAN SANJUNGAN

Picture by Surian Soosay


Entah kenapa, dek kerana hujan dah 2,3 hari dan pejabat kosong sebab staf habiskan cuti tahunan (baca : kecuali aku) , hari ini aku tergerak nak google tentang pemerintah Korea Utara yang mati pada hari Sabtu 17 Disember 2011 yang lalu. Hasil mendapati semua info yang aku google ini tak realistik langsung, hinggakan aku terpaksa google guna yahoo pulak. Tapi hasilnya tetap sama. Tiada info realistik langsung.

Aku akan bagi link beberapa laporan yang ada menyatakan perihal Dear Leader Kim Jong Il untuk bacaan pengguna internet. Oh, untuk pengetahuan anda, di Korea Utara tiada internet. Tak tahu? Now you know.

9. Kim Jong Il : Biography oleh Biography.com

Mungkin ada di antara kita yang tak kenal pun siapa Kim Jong Il ni sebab dia kata dia tak minat politik. Kasihan dengan manusia yang berfikiran begini. Ini pengetahuan am ye adik-adik. Ini adalah sejarah supaya pada masa hadapan kita dapat belajar dari kesilapan sejarah untuk kehidupan yang lebih baik

Dan untuk adik-adik K-Poop, Korea yang hangpa suka ikut-ikut itu ialah Korea Selatan. Kalau hangpa nak ikut gaya K-Poop Korea Utara, hangpa klik link nombol 2 tu. Hiburan tu hiburan juga, sejarah dunia hangpa kena tahu.

Pengganti Kim Jong-Il ialah Kim Jong-Un. Aku harap dia tak diktator dan lebih berfikiran terbuka. Budak-budak muda kalau dapat tadbir negara tanpa bimbingan mereka yang sepatutnya, boleh jadi haru biru. Kita nantikan nanti. Tempoh perkabungan di Korea Utara sehingga 29 Disember 2011. Lama gila.

P/S : Tak dapat bayangkan kalau yang ganti Kim Jong-Il ialah Kim Kardashian. Wewowewowewo!

Monday, December 19, 2011

Saturday, December 17, 2011

Thursday, December 15, 2011

FRIENDZONE LEVEL TOM HANSEN


Tak tahu apa itu friendzone?
Tak kenal siapa itu Tom Hansen?
Gila. Ini semua kerja gila!

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Monday, December 12, 2011

MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBITAN LEJEN PRESS - D-DAY

Sabtu lepas merupakan hari Sabtu yang agak sibuk sepanjang bulan Disember ini (base on my calender). Salah satu program yang buat aku sibuk pada Sabtu lepas ialah menghadirkan diri untuk program ini. Pelancaran 5 buku terbitan Lejen Press. Eh, apahal aku nak datang pulak? Sebenarnya aku dijemput oleh pihak Lejen Press untuk bacaan doa sempena pelancaran ini.... (krik... krik....) Ok. Ok. Bukan. Aku datang atas tiket sebagai salah seorang penulis buku HERO.

Aku sampai memang awal. Tapi ada mamat Kontrol Histeria tu pun lagi awal dari aku. Amal Hamsan pun sampai lagi awal dari aku. Aku tak kenal mereka masa sampai awal tu. Bertegur pun tidak. Sebab aku sombong. Kah kah kah. (... Krik... Krik....) Ok. Ok. Bukan. Sebab aku jenis manusia yang tak tahu nak tegur strangers. Maafkan aku.

Tentang program. Oleh kerana aku baru first time join majlis book launch, aku agak terkejut dengan kehadiran ramai sangat pemuda dan pemudi. Dulu masa majlis book launch Gangguan, aku tak dapat atas faktor logistik dan kewangan. Tapi kali ini aku datang juga. Book launch Gasak (Insyaallah) juga akan aku cuba datang. Aku jadi kaku tak tahu nak tegur sapa-sapa sebab masing-masing tengah sibuk berborak dengan kenalan masing-masing. Kerja gila nak potong depa borak, "Hai, saya Fikri. Penulis Hero. Sila beri tunjuk ajar". Kalau kau, kau rasa nak lempang tak? Nasib baik junior aku masa di Kampus Utara datang. Takde la aku mati kutu. Huhuhu. I love you, meng!

Program dimulakan dengan lantunan suara Aifaa Rizwan, penyanyi indie yang sedang meningkat naik. Tapi awas, dia makwe @_siggplus . Dikatakan @_siggplus ni samseng twitter. Orang kata. Kalau orang tu tipu aku, aku pun tipu kau la. Kalau tak nak kena troll sampai tutup akaun twitter, sila lupuskan angan-angan keji anda. (Gambar 1)

Kemudian pelancaran buku Pompang Pompang oleh penulisnya Jarr Nadjmuddean (Gambar 2). Disusuli oleh pelancaran buku Angus, Himself oleh penulisnya Haniff Hashim (Gambar 3).

Masa senggang dipenuhi dengan lantunan gesekan biola oleh anak murid Cikgu Vee, orang rumah boss Lejen Press, Aisalinglung. membawakan lagu You Raised Me Up oleh Josh Groban. Maaf, Josh tak dapat datang. Walaupun banyak sumbangnya tapi boleh dimaafkan. Maklum la, orang baru nak belajar. Okay, sedikit promo. Kalau sesiapa yang berada di sekitar Subang yang nak belajar gesek biola, boleh menghubungi Cikgu Vee dengan pesanan, "Niat kena baik. Saya ni isteri orang". He he he. (Gambar 4)

Seterusnya pelancaran buku Hero yang ditulis oleh 5 penulis yang tiada profil. He he he. Gurau je. Penulis 1 namanya Shahir. Student UPM lagi. Bagus, muda-muda dah ada buku sendiri. Penulis 2 namnya Alif aka Brader LepLep, penulis di blog sendiri dan blog terfaktab. Muka ganas tapi dalam hati atas tisu. Pilihan mak mertua. Penulis 3 namanya Bozu, penulis di blog sendiri dan blog Ayam Dan Babi. Penulis 4 namanya Lord Zara, penulis di blog sendiri dan blog terfaktab. Dan penulis 5 namanya Fikri penulis tua yang menulis di blog sendiri. (Gambar 5). Pelancaran buku Kontrol Histeria oleh penulis blog Kontrol Histeria dan pelancaran buku Heroin oleh Amal Hamsan tak ada gambar. Zara tak snap. Atau dia saja nak sabotaj. Ha ha ha.

Majlis juga diserikan persembahan oleh The Alif (Gambar 6) yang mendendangkan (Cewah..) lagu mereka yang sedap telinga aku dengar. Kalau ada album, boleh aku beli. Dan juga persembahan oleh Pretty Ugly (Gambar 7) yang sangat best melagukan lagu-lagu mereka zaman dulu. Semua lagu aku sing-a-long. Enjoy gila.

Sebelum balik, sempat makan mee goreng. Sedap. Tapi sayangnya tak dapat air kotak :(

Terima kasih kepada Deus dan Aisalinglung sebab pilih aku jadi penulis buku Hero. Walaupun aku sudah agak dah dimamah usia. Cewah. Aku rasa macam aku yang paling cerewet kot antara semua penulis. Tanya macam-macam. Sampai keputusan nama penulis Hero pun banyak kali aku tanya. Ha ha ha. Sorry la brader. Kalau tak, susah aku nak timing hidup aku. Sori bebanyak. Sebagai ganjaran awal, aku dapat 5 buku naskah Hero secara percuma. Aku sedekah dekat Penthouse Taman Cahaya sebuah dan dekat kawan yang baru dapat baby sebuah. Nak bagi cameraman aka penyokong kuat aku, Aspa, dia balik awal pula. Nanti je la.

Okay, sekarang nak fokus pada Lagenda Skudai Kiri yang akan dimuatkan dalam Gasak, antologi terbitan Sindiket Soljah. Dijangka terbit tahun depan.

Banyak la pulak aku tulis -____-

OH MY !


Work-Happiness Indicator 2011.

No wonder la.....

Sunday, December 11, 2011

Thursday, December 08, 2011

CHARLIE CHAPLIN


Sumber : 9gag

RAJIN SELEPAS MALAS SELEPAS RAJIN

Aku pasti sesiapa pun, yang jenis basuh baju sendiri, akan rasa apa yang aku rasa.

Momentum untuk mencari spirit membasuh baju bukan selalu datang. Kadang-kadang bila kena masa tiap-tiap hari nak basuh. Kadang-kadang kalau sibuk, seminggu sekali. Lagi kalau like hell punya sibuk, nak basuh pun jenis malam Isnin dan pilih baju yang penting je macam baju kerja, spender. Seluar boleh tahan lagi, basuh 2 minggu sekali. Lebih-lebih lagi kalau kerja pakai seluar jeans. Memang sebulan sekali basuh pun belum tentu.

Ok, kalau musim jenis semangat rajin datang. Semua benda kita nak buat. Nak basuh baju, basuh seluar, basuh spender, basuh singlet, basuh cadar, basuh sarung bantal, basuh tuala mandi, basuh bilik air, mop lantai, basuh tingkap. Senang kata, kadang-kadang tu, kucing pun nak dimandikan. Punya la rajin.

Dan bila dah jadi hyper rajin beginilah, wujud pula kemalasan yang lain. Lipat baju.

Bila kau dah lambakan semua baju bersih atas katil, khususnya bujang, dan kau mahu tidur. Kau akan tolak sikit baju bersih tu ke birai katil. Dalam hati kata, "Ngam ngam badan aku pun jadilah." Dan ini akan berlarutan sampai kau dapat momentum untuk rajin lipat baju pula.

Ah, aku rindu hidup bujang :p

Tuesday, December 06, 2011

Monday, December 05, 2011

LOVE IS A DRUG

KENA CARI AWEK BARU

Lokasi : Kedai Stimbot Mutiara Rini
Waktu : Lepas maghrib, Ahad.

Ayah dapat jemputan kawannya yang baru buka kedai makan ala stimbot di area ini. Maka, selaku lelaki berkeluarga, ayah bawa satu famili bersekali. Berkat, katanya. Dalam majlis doa selamat serba ringkas itu, ramai kawan sepejabat ayah yang hadir. Yang tua, yang muda, yang dekat, yang jauh, yang kenyang, yang lapar, yang biasa makan ala stimbot, yang tak pernah makan ala stimbot tapi berlagak cool buat BBQ ayam tak letak margerin, yang bawa isteri pertama tapi tinggalkan isteri kedua sebab takut kena bahan, yang datang awal dan juga yang datang waktu orang dah nak balik.

Tapi slot perbualan kami anak beranak tidak tertumpu kepada kawan ayah yang buka kedai makan sebegini. Perbualan kami lebih menjurus kepada awek kepada adik aku yang dijadualkan pulang ke tanah air dari mengerjakan haji, pada hari ini (Isnin, 5 Disember).

Akak : Dik, awek adik balik bila?
Adik : Esok.
Aku : Lepas ni adik tak boleh keluar dating selalu dengan hajah la.
Adik : Apsal plak?
Akak : Ye la, dia kan dah hajah. Apa plak jiran-jiran dia kata nanti.
Aku : Dah tak boleh pergi CS, tak boleh tengok wayang, tak boleh pergi zoo.
Adik : Ye ke? *muka curiga* Tengok wayang pun tak boleh?
Akak/Aku : Tak caya tanya emak.

Emak. Tengah sibuk BBQ kepak ayam dan rebus bebola daging. Tangan kiri balik-balikkan ayam yang ayah letak, manakala tangan kanan pegang ais krim potong perisa kacang merah. Multi-tasking.

Adik : Mak, orang balik haji tak boleh tengok wayang eh?
Emak : Memang la. Tak kan tak tahu kot? *Yeah, emak play along dengan kami nak troll adik*
Adik : Ish, ye ke? *Muka percaya*
Emak : Kalau nak dating, kat rumah mak dia je la. *Trolling berjaya!*

Adik diam sekejap. Muka dia monyok sekejap. Seketika kemudian.

Adik : Rasanya, adik kena carik awek baru la kalau gini. He he he.

WIN!

Saturday, December 03, 2011

PENGEMBARAAN FAHMI : KOTA EMAS QUITO - BAB PERTAMA : CERITA FREDO & EMELDA

1) BAB PENGENALAN

*************************************************************************************************

Granada. Circa 1501

Sepasang kekasih saling berpelukkan. Saling memandang bintang sambil tangan merangkul erat tubuh pasangan. Suasana Bukit Pecho tenang sekali malam itu. Arnab liar mungkin tengah lena menyusukan anak masing-masing. Hanya cengkerik beradu suara dengan si katak. Angin bersepoi tak berbahasa menambahkan hawa sejuk dan selesa. Kain alas punggung mereka melambai-lambai mengikut rentak angin. Fredo menenung tembus butiran bintang di hamparan langit. Kusut. Sekusut gelojak fikirannya.

"Apa yang kau fikirkan Mi Amor?"

"Tiada apa-apa. Cuma hati aku gentar mahu mengikut pakcikku minggu hadapan."

"Ke Semenanjung Emas?"

"Bukan. Pakcik Alfonso sudah belajar ke Semenanjung Emas minggu lalu. Sultan Charles ada menitahkan Pakcik Rodriguez untuk melengkap pasukan tentera untuk jelajah ke Dunia Baru." Fredo bercerita panjang lebar. Emelda yang sedari tadi melekapkan kepalanya ke dada Fredo mula mengambil serius dengan kata-kata Fredo.

"Bagaimana dengan kisah cinta kita Mi Amor?" Emelda cuba buat muka sedih meraih simpati Fredo agar tidak turut serta dengan Siri Jelajah Dunia Baru.

Sambil membetulkan duduknya, Fredo memegang muka Emelda dengan kedua belah tangannya.

"Kisah cinta kita ini kisah cinta agong Mi Amor. Jika aku berjaya dalam jelajah ini, aku akan kaya. Bila aku sudah kaya, aku akan upah si Francis, penyair agong untuk membukukan kisah kita ini!"

"Itu pun jika kau berjaya. Kalau tidak?" Mata Emelda mula bergenang.

"Kau boleh belajar untuk berfikiran positif Mi Amor."

Bibir mereka bertaut. Haba tubuh dikongsi. Nafas bersatu. Dan tiba-tiba suara si katak dan cengkerik makin tenggelam. Keluh desah mereka menjuarai acara beradu suara alam.

Thursday, December 01, 2011