1) BAB PENGENALAN
*************************************************************************************************
Granada. Circa 1501
*************************************************************************************************
Granada. Circa 1501
Sepasang kekasih saling berpelukkan. Saling memandang bintang sambil tangan merangkul erat tubuh pasangan. Suasana Bukit Pecho tenang sekali malam itu. Arnab liar mungkin tengah lena menyusukan anak masing-masing. Hanya cengkerik beradu suara dengan si katak. Angin bersepoi tak berbahasa menambahkan hawa sejuk dan selesa. Kain alas punggung mereka melambai-lambai mengikut rentak angin. Fredo menenung tembus butiran bintang di hamparan langit. Kusut. Sekusut gelojak fikirannya.
"Apa yang kau fikirkan Mi Amor?"
"Tiada apa-apa. Cuma hati aku gentar mahu mengikut pakcikku minggu hadapan."
"Ke Semenanjung Emas?"
"Bukan. Pakcik Alfonso sudah belajar ke Semenanjung Emas minggu lalu. Sultan Charles ada menitahkan Pakcik Rodriguez untuk melengkap pasukan tentera untuk jelajah ke Dunia Baru." Fredo bercerita panjang lebar. Emelda yang sedari tadi melekapkan kepalanya ke dada Fredo mula mengambil serius dengan kata-kata Fredo.
"Bagaimana dengan kisah cinta kita Mi Amor?" Emelda cuba buat muka sedih meraih simpati Fredo agar tidak turut serta dengan Siri Jelajah Dunia Baru.
Sambil membetulkan duduknya, Fredo memegang muka Emelda dengan kedua belah tangannya.
"Kisah cinta kita ini kisah cinta agong Mi Amor. Jika aku berjaya dalam jelajah ini, aku akan kaya. Bila aku sudah kaya, aku akan upah si Francis, penyair agong untuk membukukan kisah kita ini!"
"Itu pun jika kau berjaya. Kalau tidak?" Mata Emelda mula bergenang.
"Kau boleh belajar untuk berfikiran positif Mi Amor."
Bibir mereka bertaut. Haba tubuh dikongsi. Nafas bersatu. Dan tiba-tiba suara si katak dan cengkerik makin tenggelam. Keluh desah mereka menjuarai acara beradu suara alam.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku