Saturday, December 24, 2011

NIAT TAK MENGHALALKAN CARA?

Kebelakangan ini aku baru sedar sikap aku yang aku rasa kadang-kadang melangkaui norma kehidupan rakyat Malaysia. Cewah, macam la rebellion sangat statement. Tapi aku rasa macam itu-lah. Kebelakangan ini aku macam lebih suka banyak berfikir. Aku macam tak boleh nak terima bulat-bulat apa yang orang beri. Aku nak ada alasan atau sebab yang kukuh. Nak bukti. Pergh, bercakap macam orang tak ada agama, bak kata golongan konon beragama.

Bagi aku, kita ada pelbagai cara untuk menjadikan perkara mencari ilmu itu sesuatu yang menggembirakan dan di luar norma, selagi tidak bercanggah dengan tuntutan agama dan mengganggu kesejahteraan umat. Yang penting, niat.

Baru-baru ini aku suka letak status aku dengan perbincangan perkara-perkara yang bagi sesetengah pihak, tak perlu untuk dibincangkan sebab melibatkan hal-hal agama. Tetapi niat aku untuk mencerahkan sesetengah perkara yang orang kita selalu kata, "Ala, dah ustaz kata haram, haram je la. Jangan nak melawan. Murtad karang". Tapi bila ditanyakan, "Kerana haram?", jawap dia, "Entah". Nohorom.

So, bila kita nak pandai kalau kita follow suruhan tanpa tahu sebab disebaliknya. Kan? Lagipun, dalam medium komunikasi  Facebook, kita ramai kawan yang boleh diajak berbincang. Tapi setakat komen, "Kau jangan cakap banyak lagi. Kau murtad." , tak mencapai matlamat dah kalau macam ini. Ataupun letak komen, "Ah, malas la layan kau. Putar belitkan aku cakap plak.". Letih.

Aku rasa niat aku baik. Menuntut ilmu agama rasanya tiada cara tertentu, bukan sekadar kita mendengar syarahan agama atau pergi belajar di sekolah pondok. Tapi ada juga yang kata, "Niat kau tu tak menghalalkan cara". 

Haih, bosan.

P/s : Nanti mesti Pais Ateman komen "Kau berdosa besar!". Ha ha ha.

3 comments:

  1. yang bagusnya, memang kita kena tahu sebab pengharaman kepada satu perkara.
    kalau takde sebab, takkan diharamkan. betul wak?

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal. Aku paling hangin kalau orang cakap buat gini haram tapi bila tanya kenapa haram, dijawapnya, kalau haram, haram jugak. Hangin je aku.

    ReplyDelete

Komenlah Aku