Sejak kecil lagi, sedang kanak-kanak seumurnya leka menonton Power Ranger dan siri kartun Jepun yang lain, Fahmi pula leka menonton filem berteraskan siri pengembaraan Pengembara Kulit Putih yang mempunyai azam untuk mencari harta karut di seluruh dunia. Jika tidak diasuh oleh datuknya, nescaya Fahmi masih lagi leka seperti kanak-kanak lain yang hanyut dalam dunia kartun Nihon.
Datuk Fahmi bukan berasal dari keluarga senang. Sewaktu mudanya, dia menghabiskan masa seperti remaja seusianya sewaktu itu. Berjoget lambak dan menonggak arak. Sekitar tahun 1966 dulu, tak siapa yang ambil pusing sangat tentang hal ehwal agama dan moraliti. Tetapi dia sangat rajin bekerja dan disenangi majikannya, tauke Ladang Dorado iaitu Tuan Robert Pizarro. Beliau berasal dari Brazil. Masuk ke tanah melayu atas jemputan kerajaan untuk memajukan ladang getah di sini. Sebelum Tuan Robert Pizarro meninggalkan tanah melayu, beliau mewasiatkan agar seluruh hartanya di sini dijaga oleh datuk Fahmi. Jika selepas 10 tahun Tuan Robert Pizarro tidak kembali ke sini, seluruh harta ini akan diwarisi oleh datuk Fahmi.
Sejak usia dah senja sebegini, datuk Fahmi hanya berehat di rumah melayan karenah cucu. Terima kasihnya yang tidak terhingga kepada Tuan Robert diabadikannya sebagai nama sebuah sekolah umum yang dibuka di kawasan ladang sebagai inisiatif kepada pendidikan percuma untuk pekerja ladang.
Sewaktu Fahmi di usia muda lagi, datuknya telah mengasuhnya untuk mendekati aktiviti luar pintu yang mencabar. Impian datuknya untuk melihat Fahmi sebagai Pencari Harta Karut tak pernah pudar. Untuk permulaan, dibiasakan tubuh badan Fahmi dengan aktiviti memanjat gunung. Kebanyakkan gunung di Malaysia sudah berjaya Fahmi tawan. Ramai otai-otai di persatuan mendaki gunung kagum dengan kebolehan dan kesungguhannya. Dengar khabar, ada syarikat ternama yang mahu menaja segala perbelanjaan Fahmi untuk menakluk Gunung Everest, seterusnya menjadi penawan gunung Everest termuda Malaysia. Namun, atas faktor kesihatan datuknya yang tidak menentu, dia terpaksa menolak. Tapi dia tidak kecewa sebab datuk adalah segalanya baginya. Ibubapa sibuk menguruskan perniagaan di London. Sebulan sekali baru berjumpa, itu pun jika tiada aktiviti perniagaan.
Di saat berasa di usia emas begini, datuk Fahmi tidak berupaya untuk menyimpan amanat Tuan Robert Pizarro lagi. Sudah sampai ketikanya, dia harus menurunkan amanat ini kepada pewarisnya, iaitu Rahmat, bapa kepada Fahmi. Namun dek kerana faktor kesihatan yang semakin kronik, menunggu Rahmat pulang ke Malaysia hanya perbuatan yang merugikan. Pilihan terakhir, diwariskan kepada Fahmi. Tapi mampukah Fahmi untuk menanggung beban amanat ini sedangkan dia sendiri gagal untuk melaksanakannya seperti mana yang Tuan Robert Pizarro harapkan.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku