Sunday, February 27, 2011

BUKAN DIORANG DAPAT RASA PUN

Dulu. Ini dulu punya cerita lah. Cerita lepas-lepas aku diploma dulu. Mentah lagi dalam dunia orang dewasa. Waktu tu memang rasa diri ni muda sangat la. Ye lah, orang baru lepas habis belajar diploma. Muda lagi dalam umur 21 tahun. Workplace pula orang dalam lingkungan 27 - 63 tahun. Memang agak sukar la nak sesuaikan diri. Dari pelbagai sudut. Serba serbi kena biasakan diri. Lebih-lebih lagi dengan seorang akak yang agak hyper-aktif dan budget hot. Biasa suka pakai kebaya ketat ala-ala pramugari MAS. Corak batik pun sama. Aku suspek dia beli baju tu dekat bundle. Lepas itu claim dia tu ex-pramugari. LOL.

Ada satu kejadian tu, pagi sebelum masuk kerja. Dia datang naik motor dengan laki dia. Pernah juga aku tanya kenapa dia laki bini naik motor sedangkan ada kereta yang agak selesa. Dia cakap kalau naik motor lebih romantik. Boleh main pegang-pegang "telur". Waktu tu aku buat-buat tak faham je tapi boleh tahan merah telinga aku tahan malu. Tapi bila dah dewasa sikit ni, baru la aku terfikir, kalau naik kereta rasanya bukan takat boleh main pegang-pegang "telur", nak beromen seround pun lepas kot. Apa la punya naif aku masa itu. Ok, dah tersimpang jauh pula.

Masa dia turun motor, pakai pula kebaya ketat kain belah tepi, terselak juga sampai nampak spender. Kalau peha tu putih gebu boleh la tahan sedap mata memandang. Tapi kalau dah tahap kucing tengok pun boleh muntah, toksah la kome nak jadi bahan masuk toilet.

Bila masuk pejabat, diam-diam aku tanya la akak tu. Maklum la, orang muda ni banyak sangat benda yang aku tak tahu.

"Kak, masa akak turun motor pagi tadi, akak tak rasa kain terselak sampai nampak seluar dalam ke?"

Dengan selamba akak tu jawap,

"Alah dik, diorang tu takat nampak je. Bukan dapat rasa pun." *Sambil sengih-sengih*

Aku yang dengar pun boleh jadi malu. Dia yang cakap macam tu boleh gelakkan aku je.

Cilakak.

Friday, February 25, 2011

LEPAS USAHA KENA BERDOA

Ada satu malam, aku dok syok balas-balas mesej dengan seorang kawan perempuan yang sudah berkahwin. Masa tu boleh tahan suam-suam kuku dia punya malam. Kawan aku ni dulu aku tak berapa syok kalau nak borak peley sebab dia jenis skema. So, aku borak la style skema malam tu. Tiba-tiba esoknya, awal-awal pagi dalam pukul 6.30am, suami dia ada menyampuk dalam post yang berkenaan.

Aku : Awal bang bangun? Baru balik kerja ke?(Suami dia seorang polis)

Selang 30 minit, kawan aku pula yang reply.

Pida : Dia baru lepas qiammulail la.
Aku : Amboi, rajinnya qiammulail.
Pida : Ye la, dah "kerja kuat" malam tadi, pagi ni kena la doa lebih skit.
Aku : Amboi, dah pandai borak lucah dah sekarang.
Pida : Ye la, malam semalam dah "usaha" lebih, lepas tu baru minta agar Allah kurniakan rezeki anak. Hehehe.
Aku : Pergh, lawak lucah macam ni yang aku hangin nak baca ni.

Mak ai, psiko kaw-kaw betul. Esok kena cari bini la.

Monday, February 21, 2011

PENGALAMAN SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN STPM SATU KETIKA DAHULU

Nampaknya keputusan STPM 2010 akan diumumkan pada hari ini. Punya la terkenang masa aku nak ambil keputusan STPM aku dulu. Takut bukan main. Takut keputusan tak memuaskan hati ayah. Mau kena sesah balik rumah karang.

Pagi itu aku minta cuti satu hari dengan bos tempat aku kerja. Kerja kedai runcit je. Rugi gaji aku satu hari sebab nak ambil keputusan STPM. Dah la takde EPF. Perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa 3 jam kerana aku dulu sekolah asrama di Segamat manakala rumah aku di Johor Bahru. Dalam bas ekspress yang sejuk, aku masih lagi berpeluh. Peluh cuak.

Mengenangkan masa exam dulu aku study pun cincai-cincai je. Latihan pun nak tak nak je buat, separuh hati. Nota pendek pula aku fotostat je dari kawan-kawan lain. Kendian lipat kecik-kecik letak dalam poket. Ada masa terluang aku baca. Biasanya masa terluang aku tak baca pun. Melangut baca komik dengan majalah hiburan lebih menarik kot.

Sampai depan pejabat sekolah aku tengok GPK tengah tunggu pelajar untuk ambil keputusan. Tersengih memanjang. Kawan-kawan yang dah ambil keputusan semua tunggu di kantin sekolah. Tengah sembang dengan brader kantin sambil ushar adik brader tu. Aku malu sebenarnya nak jumpa diorang. Takut kena bahan.

Alhamdulillah, keputusan aku agak baik! Yeay!


**** Pergh, sempena bebudak nak ambil keputusan STPM ni, teringin pula aku tulis pengalaman masa aku ambil keputusan STPM dulu tapi masalahnya, aku tak ambil pun exam STPM tu, nak ada pengalaman macam mana? So, aku tulis la cerita bohong untuk menenangkan hati budak-budak yang nak ambil keputusan nanti. Cerita aku ni menenangkan tak?

BUAH

Ketika aku sedang menyediakan rojak buah untuk pelanggan dalam satu karnival sukan yang diadakan di ibu pejabat, datang sepasang suami isteri untuk mengorder 2 mangkuk rojak.

Suami : Dik, rojak buah dua.
Isteri : Bang, nak makan kat sini ke dekat rumah.
Suami : Dekat sini la. Kalau dekat rumah, makan buah lain.
Isteri : Jahat >_<"

Gangguan seksual betul.

Sunday, February 20, 2011

MODUL PAGI BUJANG

Hari minggu sebagai seorang bujang, bagi seorang yang masih bujang, adalah satu syurga dunia yang tidak mempunyai satu perkataan pun di dalam kamus dewan dapat menggambarkannya. Aha...

Bangun pagi (kalau pagi) golek-golek sikit atas katil, mata still terkebil-kebil, kita check henpon kita. Nak pastikan samada kita ada terlepas sebarang panggilan ataupun SMS semasa kita tidur. Jika ada, kita reply semula panggilan atau SMS itu. Kalau rasa-rasa macam tak penting, kita biarkan sahaja. Tunggu lepas makan baru nak reply. Tapi awas, jika ada panggilan atau SMS dari awek, harus segera reply. Kalau tak, malam nanti kita akan miss soru pula. Biasa kalau malam hari minggu, awek yang belanja makan sebab mesti dia akan ajak keluar. Ihiks.

Bangun pagi, malas pula nak bersiap awal. Tapi perut dah lapar. Buka peti ais, keluar segala frozen food yang ada. Nugget la, sosej la, ayam goreng segera la. Kendian kita panaskan kuali yang telah sedia ada atas dapur, siap ada minyak masak sekali dalam tu. Sambil-sambil tunggu minyak jadi panas, hisap rokok sepam dua sambil basuh pinggan yang dah menimbun dalam sinki. Kalau tak basuh, nak makan dalam apa pulak kan? Kita pun masak la segala macam yang kita dah keluarkan dari dalam peti ais tadi. Bila dah masak, keluarkan peket-peket sos McD atau KFC baki makan minggu lepas. Kita makan dengan makanan yang kita dah goreng tadi.

Basuh baju? Nanti je la. Banyak lagi baju bersih dalam almari. Baju kotor dalam bakul baju pun sama banyak dengan baju bersih. Takpe, kita basuh spender dengan stokin la dulu. Takut nanti esok nak pakai tapi tak sempat kering pula. Kita basuh cincai-cincai, ala kadar tapi mesti rendam dengan softlan sebelum perah. Biar bau wangi skit.

Kendian bila tak tahu nak buat apa lagi, kita kemas katil. Lepas kemas katil, baru sedap nak sambung tidur semula. Gosok gigi? Petang nanti je la. Sebelum keluar makan dengan awek nanti.

Tapi bila difikir-fikirkan semula, dah 10 tahun juga repeat Modul Pagi Bujang ini yang sama. Dah mula lah pula rasa boring.

Kalau kahwin nanti, pagi bujang aku jadi macam mana pula ek?

Sarapan dengan anak dan bini. Basuh dah siap basuh. Katil dah kemas. Main dengan anak. Pergh... Bila aku nak tukar modul pagi aku ke Modul Pagi Kahwin ni?

Friday, February 18, 2011

INHERIT

Tiba-tiba pagi tadi masa dengar Hot FM dengan tetamu jemputan trio KRU, dapat sikit idea untuk tulis pagi ini. Berkenaan adik beradik dan berkenaan asrama. Apa kaitannya pula kan?

Teringat pula ada satu adat yang mungkin orang tak perasan atau tak ambil port sangat dengan hal ini. Tapi bagi aku ianya satu trend yang COOL dan harap-harap di asrama sekolah aku yang lama (walaupun aku dah tinggalkan lebih dari 10 tahun) masih mengekalkan trend ini.

Warisan Nama.

Kalau adik beradik korang bersekolah di sekolah yang sama dan tinggal di asrama yang sama, terutamanya asrama sekolah aku masa dulu, aku yakin adik-adik korang akan mewarisi nama gelaran kamu pada masa akan datang. Ia terpulang pada korang (yang paling abang) samada korang seorang yang popular (samada popular nakal atau popular baik atau popular nerd) atau tidak. Kalau korang jenis yang pasif, kalau kena bahan pun buat bodoh je, slowpoke macam kena sakit parkinson, kebarangkalian untuk adik-adik korang mewarisi nama gelaran kau adalah sangat rendah. Juga kepada adik-adik korang yang berlainan jantina. Yang itu kes terpencil kalau mewarisi pun.

PUSAT
Dulu ada seorang senior aku nama dia PUSAT. Dia ala-ala samseng sekolah lah sebab badan dia quite besar juga lah. Jadi ia tergolong dalam golongan popular nakal. Lepas dia pindah sekolah selepas PMR, adik dia masuk sebagai junior aku. Oleh kerana makan hati dengan tindakan nakal abang dia dulu, junior itu juga dinamakan PUSAT. 2 tahun lepas itu, adik junior itu pun masuk sekolah asrama yang sama dan nama PUSAT itu terus diwarisi. Oleh kerana dalam satu asrama tak boleh ada nama yang sama sebab susah nak bezakan, PUSAT yang tua tu dipanggil PUSAT BESAR (walhal orangnya kurus) dan PUSAT yang junior tu dipanggil PUSAT KECIK.

KOYA
Ini pun sama kes dengan kes PUSAT. Tapi bezanya cuma dia ada 2 beradik je yang masuk sekolah yang sama. PUSAT ada 3 beradik.

AMAN / PORAK
Kes yang ini lain sikit. Si abang dinamakan AMAN oleh kerana perwatakannya yang COOL dan STEADY. Somemore dia seorang pengawas. Dihormati. Bila masuk adiknya ke sekolah asrama yang sama, adiknya totally opposite of AMAN. Nakal, suka buat kacau, ada saja hal yang mendapat perhatian warden dan guru. Tak kan nak wariskan nama AMAN pada adik dia ni kan? So, budak-budak batch dia namakan dia sebagai PORAK (nama panjangnya ialah PORAK PERANDA tapi panjang sangat kan).

BATMAN / ROBIN
Gandingan nama ni agak COOL sebab guna nama superhero. Si abang dah dapat nama BATMAN dulu then adik mesti dapat nama ROBIN, sidekick kepada BATMAN. Sebab? Dua-dua atlit popular dan feveret pada waktu itu.

Tapi ada juga yang namanya diwarisi dari senior yang terdahulu namun tiada sebarang ikatan persaudaraan kecuali saudara seislam. Ini adalah daripada faktor humor dan bengong seperti mengaitkan perbezaan saiz atau persamaan saiz fizikal seseorang.

AWANG / GNAWA
AWANG merupakan senior di sekolah itu dan memiliki susuk tubuh yang amat gergasi (seperti aku) tetapi seorang junior (yang masuk sekolah selepas AWANG keluar dari sekolah) yang memiliki susuk tubuh yang terlalu beza bagai langit dan bumi, dinamakan sempena nama AWANG tetapi diterbalikkan namanya menjadi GNAWA. Dia mendapat nama ini kerana budak batch dia mendapati nama sebenar GNAWA terlalu formal untuk dijadikan panggilan harian. Rasa macam tak best.

WARAS
Ini adalah contoh warisan nama berdasarkan susuk tubuh dan paras. WARAS yang terdahulu dan WARAS yang kemudian berkongsi tubuh, ketinggian dan paras rupa yang agak sama jika dilihat dari sudut tingkat 3 asrama. Serius.

Ah tu je yang aku ingat. Kau yang baca ni, kalau ada pengalaman yang sama di asrama sekolah ke kolej ke universiti ke, sila-sila kongsi di ruangan komen. Bukan apa, boleh aku tumpang gelak sekali nanti, kan? Hehehe.

Thursday, February 17, 2011

KONSTREN BERCINTA ZAMAN DULU


Contoh surat cinta yang dikumpul oleh seorang sahabat. Bayangkan, adakah budak-budak sekarang mampu tulis surat panjang begini untuk bercinta? Nak tulis SMS pun shortform gila punya short.


Bulan Februari biasa orang kaitkan dengan bulan percintaan kerana dalam bulan ini terdapat Hari Valentine ataupun Hari Kekasih. Walaupun semua tahu bahawa cinta dan sayang itu perlu dirai bukan setakat pada bulan Februari tetapi pada setiap hari. Ok, mari baca cerita yang aku rasa macam perlu dikongsi kepada orang lain. Semoga menjadi panduan dalam hubungan percintaan yang lebih utuh.

Pada zaman sebelum terkenalnya internet dan social network, zaman dimana percintaan tetap disemai walaupun dipisahkan kilometer. Budak-budak zaman sekarang sudah semakin mudah untuk berhubung sesama sendiri. Tekan tekan terus hantar teks. Tekan tekan terus kemaskini blog, facebook dan twitter. Mudah. Tapi apa yang dilakukan oleh mereka yang mula hendak berjinak-jinak dengan bercinta pada akhir 90'an dan awal 2000 lakukan untuk flirting dan berhubungan? Sudah tentu aku tak nak bincangkan cara-cara bercinta tahun sebelum itu sebab zaman aku membesar adalah range timeline yang aku berikan tadi.

Ini adalah berdasarkan pemerhatian aku terhadap kawan-kawan aku yang kebanyakkannya penghuni asrama era 90'an. Ia mungkin berbeza dengan mereka yang bersekolah harian berbanding budaya sekolah asrama. Apatah lagi sekolah agama berasrama.

LETAK SURAT BAWAH MEJA
Untuk berkirim salam adalah sesuatu yang agak sukar kerana pelajar wanita dan lelaki dipisahkan di kelas yang berlainan. Cara ini adalah sesuai bagi mereka yang berhati cekal kerana si lelaki sanggup ke kelas si awek pada waktu tengah malam bagi mengelakkan ditangkap oleh warden asrama, dengan ditemani geng-geng yang lain kerana takut hantu. Begitulah selanjutnya aktiviti mingguan atau harian, berutus surat dengan letak surat bawah meja sehingga mereka dapat keluar dating pada hari Jumaat nak balik kampung, di dalam keretapi mahupun di stesen bas ekspress.

KIRIM SURAT MELALUI ORANG TENGAH
Biasanya yang menjadi orang tengah ini adalah seseorang (selalu junior) yang ada pertalian dengan si awek. Contohnya, sepupu atau jiran. 2 keadaan yang memungkinkan mereka untuk berutusan surat. Pertama, hujung minggu bila ibu bapa si awek atau si sepupu datang melawat. Dan kedua, sewaktu nak balik kampung, kirim surat sekali kepada sepupu awek tu.

TELEFON MASA BALIK KAMPUNG
Masa ni la galak telefon guna telefon rumah. Rasa takut nak call selalu memang ada sebab takut bapa si awek yang angkat panggilan dan kalau tak bernasib baik, memang kena marah.

MESYUARAT PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM/RUMAH SUKAN
Biasanya si lelaki akan join persatuan/kelab/badan beruniform/rumah sukan yang sama dengan aweknya/awek yang ditarget. Dalam mesyuarat, si lelaki akan cuba untuk dapat jawatan yang tinggi (biasanya senior punya taktik) supaya ada point nak bercakap dengan awek/awek yang ditarget (yang biasanya junior). Bila nak suruh jumpa di kantin pun ada point, takde la orang pandang serong sangat. Mesyuarat pula tak selalu ada sepanjang tahun. So, si lelaki kena budget-budget la nak mengorat sampai mesyuarat kali ke berapa sebelum dapat tackle awek yang ditarget.

ATLIT SEKOLAH/AHLI SUKAN
Golongan ini sangat bernasib baik, samada atlit lelaki mahupun wanita. Regardless sukan apa yang mereka wakili, paras rupa ataupun darjat, mereka ini tetap ada peminat. Kakak angkat la, abang angkat la, adik angkat la. Mereka tak perlu bersusah payah nak bagi surat ke ape ke sebab para peminat mereka yang akan cari ikhtiar untuk kirimkan surat kepada mereka. Mereka juga digelar selebriti dan atlit yang paling popular ialah bola sepak dan olahraga.

AUTORITI
Ini biasa disalahgunakan oleh para pengawas. Dikebanyakkan sekolah asrama, para pengawas akan ditugaskan menjaga kelas adik-adik junior dan kebanyakkan kelas adik-adik junior dah mula digabungkan pelajar putera dan puteri, pada waktu kelas persediaan (prep class) petang dan malam. Dengan autoriti yang ada, mereka akan berjalan dari kelas ke kelas kononnya untuk menjaga keamanan kelas junior pada waktu kelas persediaan (prep class). Bila dah jumpa junior yang agak comel (biasa ini kerja terkutuk pengawas lelaki) dia akan pura-pura borak dan minta swap (tukar jadual jaga kelas) dengan pengawas yang sepatutnya menjaga kelas berkenaan dan swap kelas. So, boleh bayangkan. Sehari ada 2 kali prep class. Seminggu ada 5 hari wajib ke prep class. Makanya seminggu mereka ini ada 10 kali peluang bertentangan mata dan mengatur strategi mengorat junior.Oh My! Rugi tak jadi pengawas masa sekolah dulu. Huhuhu.

Jangan bohong la kata korang tak pernah buat...

HANGIN

Aku sering disindir oleh kawan-kawan lama, yang mana aku tak terasa hati sangat pun. Bila jumpa je tanya "Eh, kau tak kahwin lagi?" atau "Bila lagi nak kahwin?". Aku dah lali dengan soalan itu atau lebih tepat aku dah imun. Kalau lelaki yang tanya memang aku tak kisah sangat sebab ada unwritten bro-code antara kami, lelaki. Kalau kami soalan itu biasanya ia diikuti dengan gelak ketawa. No offense. Kami hanya bergurau, tiada serius.

Tapi yang aku hangin bila perempuan yang tanya. Tak tahu la kenapa. Tapi aku tetap hangin. Sebab dorang akan tanya soalan yang sama tapi diikuti dengan jawapan mereka sendiri "Memilih sangat kau ni." atau "Jangan la memilih sangat."

What The Hell?

Dulu masa aku nak mengorat mereka, mereka tak nak terima. Bila aku tak kahwin lagi, kata aku yang memilih. The hell? Siapa yang memilih sebenarnya ni?

Wednesday, February 16, 2011

HANTU SAMPUK BELAJAR MENYAMPUK

Di sebuah kejiranan hantu, tinggal 3 ekor hantu sampuk yang tidak mempunyai kerja tetap dan masih lagi keliru dengan tujuan mereka wujud. Selaku hantu baru dalam kejiranan tu, mereka cuba mendapatkan khidmat nasihat hantu-hantu yang lebih terdahulu daripada mereka. Dan oleh kerana mereka adalah hantu jantan, maka nilai kejantanan jelas menonjol, mereka cuba dapatkan khidmat nasihat hantu betina. Maka menurut kata hantu-hantu yang lain, di kawasan kejiranan itu hantu yang paling betina sekali ialah Pontianak. Maka tanpa segan silu mereka bertanyakan nasihat daripada Pontianak.

“Cik Pon, kami baru je la di kejiranan ini. Boleh bagi nasihat apa yang kami perlu buat?” Tanya hantu sampuk A yang hanya mahu dikenali sebagai A.

“Kau ni hantu apa?” Tanya Pontianak semula dengan nada kerek. Maklum la, hantu cantik. Kena jual mahal sikit.

“Kami hantu sampuk.” Jawab hantu sampuk B yang selesa dipanggil B. Tersengih-sengih macam minta penampor.

Tiba-tiba Pontianak tersengih sendirian. Idea jahat mula datang.

“Oh, korang hantu sampuk. Kalau macam itu yang pertama sekali korang kena belajar sampuk perempuan. Dekat sana..,” Kata Pontianak sambil menudingkan jari ke arah sebuah bangunan, ”…ialah asrama perempuan. Kau pergi sampuk mereka. Kemudian jumpa aku balik.”

Tanpa dilengahkan dan penuh dengan kenaifan, hantu sampuk bertiga terus terbang menuju bangunan itu. Bangunan yang dipenuhi warga sekolah berjantina wanita. Dan Pontianak yang melihatkan telatah hantu sampuk hanya tertawa sambil merenung bulan mengambang malam tu.

Selepas beberapa jam ketiga-ketiga hantu itu datang semula. Semuanya tak sabar-sabar nak berkongsi cerita dengan Pontianak.

“Cik Pon, bila saya masuk bilik tu, saya tengok perempuan tengah nangis-nangis. Saya apa lagi, terus sampuk dia. Saya ingat bila dah sampuk senang nak handle perempuan. Tapi hampeh. Kepala saya asyik ingat lelaki sahaja. Henpon pon asyik bunyi aje. Pastu bila angkat dengar suara laki marah-marah. Celaka betul. Susah rupanya sampuk perempuan yang tengah gaduh dengan pakwe." Rungut Hantu sampuk A.

"Cik Pon, saya pula ragu-ragu nak sampuk. Cik Pon kata tu asrama perempuan. Tapi kenapa saya bila saya masuk bilik tu ada lelaki pula. Tapi lelaki tu nampak pelik." Kata Hantu sampuk B.

"Pelik yang macam mana?" Tanya Pontianak kehairanan.

"Lelaki tu ada dada besar. Macam perempuan." Jawap Hantu sampuk B kenaifan.

"Ha ha ha," Ngilai Pontianak,"Kamu pula, macam mana? Dari tadi asyik diam je."

Hantu sampuk C tak menjawap. Mukanya asyik berkerut dari tadi sambil tangannya mengepit bahagian alat sulitnya.

"Saya.... sakit.....sengguguut...."

Tuesday, February 15, 2011

REVIEW FILEM : NO STRING ATTACHED (BUKAN ALBUM N'SYNC)



Tahun lepas aku gembirakan hati aku dengan menonton filem “Valentine Day”. Filem yang aku cukup suka sebab Taylor Swift berlakon dalam filem itu. Semua orang datang menonton dengan pasangan masing-masing sebab mereka sambut Valentine Day. Aku datang seorang saja sebab aku tak sambut Valentine Day.
.
Tahun ini aku tonton filem “No String Attached” pula. Lakonan Natalie Portman dan Ashton Kutcher. Apa kena la si Ashton Kutcher, tahun lepas filem dia juga yang ditayangkan masa Valentine Day, tahun ni filem lakonan dia juga. Nice movie but me still watched alone sebab aku tak sambut Valentine Day. Filem ini tidak sesuai ditonton bersama kanak-kanak sebab terlalu banyak unsur dewasa. But for me, I satisfy enough to fill up my bored Sunday.




Emma: Congrats? For what, having sex with you?
Adam: You did a good job, so... I thought you deserved a balloon.


Emma (Natalie Portman) dan Adam (Ashton Kutcher) berkenalan sejak 15 tahun lalu dan semenjak itu mereka saling terjumpa dan terpisah sehingga satu ketika selepas Adam mengetahui ayahnya, Alvin mengadakan hubungan dengan bekas kekasihnya, Vanessa. Terdapat pelbagai adegan lucu sepanjang pertengkaran mereka.


Alvin: She's just so hot.
Adam: I know how hot she is.
Vanessa: [peeking out into the hallway] That's really sweet, thanks guys!
Adam: Fuck you!

Seperti kebanyakkan filem barat yang lain, bagi menenangkan jiwa, mereka akan berjimba dan beralkohol dengan kawan-kawan dan melakukan perkara bodoh yang akan disesali kemudiannya.

Eli: You know what the best part about my gay dads is?
Adam: What?
Eli: They're never gonna eat out my ex-girlfriends.
Wallace: You and your dad are tunnel buddies, huh?



Selepas bangun dan sedar diri dalam keadaan bogel, Adam rupanya berada di rumah Emma dan dikongsi bersama 3 rakan doktornya yang lain. Macam ala-ala Grey’s Anatomy pun ada. Emma, Patrice, Shira dan Guy the Gay. Dan dari sini bermulanya hubungan Adam dan Emm
a sebagai Fuck Buddies (ini merupakan tajuk cadangan pertama tetapi ditolak oleh MPAA) ataupun teman seks. Syaratnya, no heart feeling and definitely, NO STRING ATTACHED. Mereka bersetuju untuk beberapa ketika sehingga Adam mahukan hubungan yang lebih serius. Emma dilihat sebagai seorang wanita yang takut kepada komitmen. Dia tidak mahu segala kelakuannya dikongkong.

Dan apa yang paling sweet bila Adam datang ke apartment Emma sewaktu semua penghuninya (Emma, Shira, Patrice) mengalami kitaran haid kecuali Guy the Gay. Datang bawa cupcakes dan CD Mix dengan lagu-lagu yang berkaitan dengan menstrual. Aku dah lupa antara lagu-lagunya tapi aku ingat satu lagu, Bleeding Love oleh Leona Lewis.

Skrip filem ini agak sinikal. Aku suka. Tiap apa yang mereka sebut itu adalah kelakar bagi mereka yang faham. Aku nak ceritakan sampai habis tapi kalau aku cerita sampai habis, apa gunanya mereka bikin filem, tayangan di pawagam atau DVD lanun jika aku ceritakan secara detail, kan? Go out there, watch this movie. Natalie Portman nampak kurus sangat tapi masih lagi menawan hati.