Hari minggu sebagai seorang bujang, bagi seorang yang masih bujang, adalah satu syurga dunia yang tidak mempunyai satu perkataan pun di dalam kamus dewan dapat menggambarkannya. Aha...
Bangun pagi (kalau pagi) golek-golek sikit atas katil, mata still terkebil-kebil, kita check henpon kita. Nak pastikan samada kita ada terlepas sebarang panggilan ataupun SMS semasa kita tidur. Jika ada, kita reply semula panggilan atau SMS itu. Kalau rasa-rasa macam tak penting, kita biarkan sahaja. Tunggu lepas makan baru nak reply. Tapi awas, jika ada panggilan atau SMS dari awek, harus segera reply. Kalau tak, malam nanti kita akan miss soru pula. Biasa kalau malam hari minggu, awek yang belanja makan sebab mesti dia akan ajak keluar. Ihiks.
Bangun pagi, malas pula nak bersiap awal. Tapi perut dah lapar. Buka peti ais, keluar segala frozen food yang ada. Nugget la, sosej la, ayam goreng segera la. Kendian kita panaskan kuali yang telah sedia ada atas dapur, siap ada minyak masak sekali dalam tu. Sambil-sambil tunggu minyak jadi panas, hisap rokok sepam dua sambil basuh pinggan yang dah menimbun dalam sinki. Kalau tak basuh, nak makan dalam apa pulak kan? Kita pun masak la segala macam yang kita dah keluarkan dari dalam peti ais tadi. Bila dah masak, keluarkan peket-peket sos McD atau KFC baki makan minggu lepas. Kita makan dengan makanan yang kita dah goreng tadi.
Basuh baju? Nanti je la. Banyak lagi baju bersih dalam almari. Baju kotor dalam bakul baju pun sama banyak dengan baju bersih. Takpe, kita basuh spender dengan stokin la dulu. Takut nanti esok nak pakai tapi tak sempat kering pula. Kita basuh cincai-cincai, ala kadar tapi mesti rendam dengan softlan sebelum perah. Biar bau wangi skit.
Kendian bila tak tahu nak buat apa lagi, kita kemas katil. Lepas kemas katil, baru sedap nak sambung tidur semula. Gosok gigi? Petang nanti je la. Sebelum keluar makan dengan awek nanti.
Tapi bila difikir-fikirkan semula, dah 10 tahun juga repeat Modul Pagi Bujang ini yang sama. Dah mula lah pula rasa boring.
Kalau kahwin nanti, pagi bujang aku jadi macam mana pula ek?
Sarapan dengan anak dan bini. Basuh dah siap basuh. Katil dah kemas. Main dengan anak. Pergh... Bila aku nak tukar modul pagi aku ke Modul Pagi Kahwin ni?
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku